Tuesday, November 29, 2011

Rindu Ker??


Ada ke Orang Rindu kat Bidadarindu sebab lama x update blog???

Friday, November 11, 2011

Ziarah...

Petang semalam,balik dari ofis terus ke sini


Naik lif ke aras ni...



 Cari-cari kemana ni...


 OK,dah sampai pun kat sini...


Tapi malangnya x dapat masuk pun jumpa patients...hanya family terdekat jek boleh masuk...tak per...aku pun faham...bukan wad biasa...wad icu....

Sape patients tu? Kakak kawanku...Sape kawanku tu? Manzlie @ CL Owner blog nie -->
http://manzlie-makkah.blogspot.com/

Difahamkan kakak dia beransur pulih dari penyakitnya dan mungkin akan dipindahkan ke ward biasa beberapa hari lagi...Bidadarindu mohon agar kita sama2 mendoakan kesihatan kakak CL beransur baik agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa....

p/s : terima kasih pada pak itam --> http://rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com/  yang telah memberi info tempoh hari.


p/s : Cantik tarikh hari nie kan...jarang jumpa.......11.11.11

Wednesday, November 2, 2011

Tamu tak di Undang...

Apa Tu??
Zoom Sikit....
Laa..Ada tamu x balik lagi dari birthday Party rupanya...x dapat makan kek agaknya....

Birthday Party, hari Sabtu.. Hari Ahad tu Danish tengah main Belon...pas tu tetiba dia terberhenti main belon..."Ular2" dia jerit...Lepas Ular tu dah balik umah dia, aku tanya Danish...

Aku : "Cam mana Danish boleh nampak?" 

Danish : "Memula Danish tengok...(ehh apa tu?...(Danish cakap dalam hati) ) 
Danish ingat mainan budak2 tertinggal..Pas tu tiba-tiba dia keluarkan lidah dia...tu yang Danish terus jerit tu..

Aku : Ohh...Danish la Penyelamat Bumi...(BoBoy Boy)

X bunuh pun ular tu...Sbb dia nak keluar dari rumah dengan baik nampaknya...

Kebetulan, malam tu Balqish, Afiqah n Hanani ada tido kat situ...main ngan Cinta...So dorang pun menyaksikan kejadian yang jarang2 jumpa tu....Tapi rasanya, Ular tu mesti jelmaan putera Raja yang sangat hensem dan telah terkena sumpahan...Barang siapa yang sudi mencium ular tersebut, barulah sumpahan tersebut akan hilang selama-lamanya...Malangnya, ketiga2 anak dara yang ada kat situ x berani nak menciumnya...he he he...

p/s : (Cinta kecik lagi kalau nak kawin ngan Putera Raja....) Hu hu..

Tuesday, November 1, 2011

Keletah Birthday Girl...

Happy Birthday Sayang...Jadi anak yg solehah nanti ya...



Sepanjang Sesi Bukak Hadiah nie,sengih je budak kecik nie....


Budak yang dah penat senyum...

Beg Skolah SpongeBob dari Auntie Suria n Family...TQ Auntie...

Beg Skolah Dora dari Uncle Sidiq n Family....TQ Uncle...

Tunduk Malu pulak....

Set Pinggan Mangkuk Barbie dari Wan Teh...TQ Wan Teh....

Beg Angry Bird dari Kakak Mawaddah....TQ...TQ...

Mainan dari Uncle Iky,Umie Lin & Anak2....TQ...TQ....

"Ball" dari kawan Abg Danish...ShahIman....(Kesian x dpt sembang sangat...sibuk)TQ Uncle Rushdan

 Dari Mummy n Family...TQ...TQ....

Muka dah penat Senyum....Senyum yang dibuat2....hu hu....

 Cek Angry Bird Bernilai $90,00000 dari Kak Ya...Cinta, kita Kaya....Yahooooooo.....

 Tabung Duit Hello Kitty dari Kak Balqish yg Cinta Sayang sangat....

Speks Mata dari Mummy gak....

Barbie Doll dari Kakak Fifi dan Kakak Anis...So Sweet.....

Bagi tamu yang bagi duit dan hadiah2 diatas kat Cinta ,dan juga yang datang dari jauh dan dekat pada Majlis tempoh hari, tak lupa juga yang x dapat hadir tetapi memberi sokongan di Alam Maya ini JUTAAN terima kasih diucapkan....Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian sekalian......

Monday, October 31, 2011

Suasana Birthday Party Cinta..




Alhamdulillah,selamat jugak buat Birthday Party anak dara sorang tu... 


Buffet Station ala2 dalam Garden...

Main Menu Hari tu, Set Nasi Beriani, Mee Kari...

 Hasil kerja tangan sendiri...Hu Hu...



Kambing Golek 2 Ekor....Perghhhh...Terbaekkkkk....Rugi sape x datang...
( Nie yg special utk CT tu...ari tu dia nak sangat...tapi x datang....)

Kek Birthday Girl......Home Made....

Saudara Mara dan Family tersayang yang hadir...
    
Terharu sbb Kak TZ n Family (9 org anak tu) datang..memang best la kak TZ... ~


Putera n Puteri Kak TZ yang sangat baik n sporting....
Pak Uda Family.... 
 Masa nak potong Cake...bebudak x nak dok ramai2 kat blakang tu...semua shy2 jek...

 Kek Haris yang x potong sbb tidor....~ buah2an yang disusun rapi....bila masuk perut abis gak...
p/s : suke amik gambar scenery, daripada ambik gambar muke je mcm org lain dok suke buat...supaya saper yg x datang tu tahu apa yg jadi.....gambar muke baik amik gambar passport...hu hu...

Friday, October 28, 2011

Birthday Party "Super Mak"

Dah 4 hari x masuk ofis..means..x mengadap laptop...nie pun curik masa sikit live dari PTGC..

Nak jemput semua pembaca yang boleh hadir ke Birthday Party Cinta yang ke2 tahun....Masa umur Cinta setahun,x buat sebab bulan puasa...tangguh punya tangguh,sampai la nie x buat2..tahun nie,birthday dia jatuh masa raya pulak....tangguh punya tangguh kena buat gak....So dah decide ianya akan dibuat esok...Sabtu (29 Okt 2011) jam 2.00 sampai 6.00 ptg...Maybe acara tiup2 lilin,potong2 kek kul 3.00...
So saper2 yg baca blog nie secara rasminya dijemput hadir ya...
 "Super Mak"...kemain suka dia bila kata dia SuperMak...
Sekarang memang kalau nampak camera je,ada je aksi posing dia,saper ajar pun x tahu...

Friday, October 21, 2011

Amanah...


"Di saat cinta tercipta, semestinya aku merasa" (Ring Tone nyanyian Bunga Citra Lestari berbunyi...Jiwang karat tu...)
PA Boss: "Rindu, kat mana??Boss nak jumpa"
Aku : " Ala,kat luar la..naper ye dia nak jumpa??"
PA Boss: "x tahu la..."
Aku :" Petang baru Rindu masuk ofis..mintak tolong budak rindu jumpa dia dulu..."
PA Boss " OK.."

Petang


PA Boss : " Rindu, Boss nak jumpa jugak..Dia nak suruh ambik iPad baru..tapi kalau nak iPad tu,Laptop kena pulang balik...."

Aku : "la,ingatkan dah settle pagi tadi...naper x bagi laptop tu kat budak technican jek...?"
PA Boss : "entah,dia nak bagi kat rindu gak...dia x percaya kat org lain kot...."
Aku : "pulak dah...ok ok.." ( sambil dalam hati, mintak2 la dia bagi aku iPad yang dia tengah dok pakai sekarang nie...he he he...)




- budak comel 2 orang nie,amanah dari Allah pada ku... -


p/s : mana lagi berat yek? amanah sesama manusia or amanah dengan Allah?

Tuesday, October 18, 2011

Rahsia Khasiat Durian Belanda

Nak share dengan sumer orang...sumber dari pakcik google...saper tahu nak beli kat mana yer?



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.