Tuesday, September 29, 2009

SEPI


Baru je lepas tgk filem sepi..best betul..
Cool je cerita nie..memang best...5 bintang..

Happy Birthday Mak Teh..



Selamat Hari Jadi Mak Teh..SELAMAT HARI JADI ....semoga dipanjangkan umur..dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat...

Pada aku,mak teh nie seorang yang simple..berfikiran terbuka..bukan nak bodek bukan dapat aper pun..tapi tu la realitinya..Makteh ni duit banyak tapi mungkin dia simpan untuk masa depan anak2 dia..mane tahu satu hari nanti hanani nak study kat UK ke..Bazli nak gi US ke...mana tahu..kak ani?dia dlm malaysia jek...paling jauh sabah or sarawak..mana boleh berpisah ngan kitaorang..he he....Mungkin jugak saving untuk masa2 kecemasan ker..Tu belum masuk duit yang x nampak lagi..cam kat depan umah abah tu..tu yang aku nampak...yang x nampak saper tahu..kwsp,forex,saham,unit trust..mana tahu...

Tapi yang paling penting,semua orang senang dgn MakTeh nie..contoh yang paling jelas,walaupun rumah dorang kadang2 berselerak macam nak rak, tonggang langgang, tapi sume orang selesa...sume orang suke nak pegi...termasuk la aku dan anak aku..he he..asyik nak pegi umah wan teh dia jek.. klau boleh tiap2 ari nak gi umah wan teh..ape yang best pun x tahu..macam tu jugak ngan mak, apa yang aku tgk, bagi orang seusia mak, dia memerlukan ketenangan..nak ikut tenang, umah ibu lagi tenang, selesa...tapi mak lebih senang dok kat umah mak teh yang hiruk pikuk..ramai orang, cucu-cucu bising terjerit2..nak tido panjat naik tangga..tapi selesa..

Betullah kata sorang ustaz pada aku satu masa dulu..dia kata "rumah yang kita tinggal tu x kisah besar atau kecik,yang penting keselesaaan..walaupun rumah kecik, tapi selesa bagi orang yang nak duduk,itu dah memadai..x perlu pun umah terlalu besar macam istana tapi tak selesa..takut pencuri masuk la...takut hantu la... sebab tu islam suruh hidup dalam kesederhanaan"

Anyway terima kasih sebab jadi "Telah, Ibu, MakTeh & Wan Teh" yang best pada family Hajah Saodah...Happy Birthday..



p/s : Post raya x tulis lagi...banyak nak cerita tapi x sempat lagi..

Monday, September 14, 2009

Qiqah Cinta



Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah akan buah tamar atau seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462). Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.
Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakah rutob (tamar muda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih awla daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (Ibn Hajar, Fath al-Bari 15/390).
Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya. Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 7/269). Hadis ini menunjukkan sunnah tahnik bayi yang baru dilahirkan dan ia adalah sunnah sebagaimana ijmak ulama. Ia juga menunjukkan afdal melakukan tahnik dengan buah tamar

Friday, September 11, 2009

Zakat 1430H


Abah


Ummi


Hurin Syauqina


Muhammad Danish Muqri


Humaira Shaffiyah


Humaira Syauqina


?

p/s : Ummi Wanie boleh selesaikan x teka-teki nie..saper punyer yang ke 7 tu yek?

Wednesday, September 9, 2009

09 09 09

Cantik tarikh hari nie kan...tu je..

Monday, September 7, 2009

Gud Luck Mus..


Kami Mendoakan agar Mus mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR nanti..

Saturday, September 5, 2009

Assalamualaikum Cinta..


"Cinta" dah keluar daripada Ward..Alhamdulillah...

Thursday, September 3, 2009

"Bunga Cinta Lestari" Di NICU Hospital Serdang


Baby dah ada surat beranak...Abah dah daftar kat JPN Putrajaya tgh tadi..Nama kat surat beranak "Bunga Cinta Lestari Binti Mohd Saifulizan"..Comel nama tu secomel orangnya..Lagi sebulan MyKid Siap..

Adik kena kuning la...kena masuk Hospital Serdang..Sedih...Sian dia kena ambik darah kat merata tempat..Memula tu masa check kat hosital An=Nur kena ambik darah kat kaki..sblm ambik darah dr chech kata ada sikit kuning nie...bila result darah dapat,dr was very surprise sbb ada hari ke5 dia punya bacaan tinggi...14.3..kena masuk ward..

Kitaorang diberi pilihan samaada nak masuk wad or buat fototerapi dirumah jek..pas tu call dr azlina http://www.bluelite.com.my/ dia bg price rm475.wow..mahal gak ye..last year buat kat arwah syafiyyah dlm 300++ jek...dia bg alasan petrol n harga barang naik...so fikir2 balik baik pegi hospital je la...lagipun dr kata tahap dia tinggi...so risau gak klu pantau kat umah jek...

Memula kitaorang pegi hospital serdang..dah samapi...pikir2 balik ramai org la kat sini..why not kite gi putrajaya..Pegi la hospital putrajaya..sebab mesti x ramai org cam kat hospital serdang.dah sampai,org tu kata ward penuh.. kena pegi hospital serdang gak...pegi balik ke serdang..

Masuk kat kecemasan..yellow zone dia panggil..zone tengah2 sebelum ke red zone..tggu punya la lama..panas gak hati nie...tapi sabar..bulan puasa...lagipun sabar tu kan separuh daripada iman..mungkin ada org yang lebih memerlukan perkhidmatan dengan lebih cepat lagi...

Last2 kena masuk ward NICU..Maha Suci Allah...Masuk je kat situ berpuluh baby seusia adik ada kat dalam tu...Lagi kesian tgk baby2 tu...wayar penuh kat badan,hidung..merata...sedihnya tgk mak bapak dorang...tu la hikmahnya kami bersabar tadi...orang lain lagi besar ujiannya..

Best buka puasa dengan nisha malam semalam..walaupun makan tak seberapa tapi "sama-sama"tu yang best.."makin erat"dengan kata lain dugaan yang datang nie mengeratkan lagi hubungan kite berdua..susah sama-sama susah..senang sama-sama senang..tanpa harapkan bantuan orang lain..rasa hidup nie begitu bermakna..puas hati sebab buat keputusan...baru rasa macam ketua keluarga...nie x,nak buat kekah anak pun, orang lain buat decision..frust betul la...cam la aku x tahu nak buat keputusan...biar aku usaha cari duit hasil dari usaha sendiri...bukan pakai duit orang lain..Dah la yang dulu pun cam tu...yang sekarang pun sama..Frust betul..

emm...nak solat asar...nak pegi hospital balik...nak buka puasa kat sana lagi...danish dok ngan ummi qilah bebaik ye...jgn nakal2...abah ngan umi sayang kat danish...(pandai dia bawak diri sejak ada adik nie...sendiri2 jek...)Adik dah balik nnt kita main sesama ye...

p/s : Untuk perhatian, ada sedikit ralat pada nama adik pada artikel diatas..nama pada surat beranak yang sebenarnya ialah Humaira Syauqina binti Mohd Saifulizan...He he..