Monday, October 31, 2011

Suasana Birthday Party Cinta..




Alhamdulillah,selamat jugak buat Birthday Party anak dara sorang tu... 


Buffet Station ala2 dalam Garden...

Main Menu Hari tu, Set Nasi Beriani, Mee Kari...

 Hasil kerja tangan sendiri...Hu Hu...



Kambing Golek 2 Ekor....Perghhhh...Terbaekkkkk....Rugi sape x datang...
( Nie yg special utk CT tu...ari tu dia nak sangat...tapi x datang....)

Kek Birthday Girl......Home Made....

Saudara Mara dan Family tersayang yang hadir...
    
Terharu sbb Kak TZ n Family (9 org anak tu) datang..memang best la kak TZ... ~


Putera n Puteri Kak TZ yang sangat baik n sporting....
Pak Uda Family.... 
 Masa nak potong Cake...bebudak x nak dok ramai2 kat blakang tu...semua shy2 jek...

 Kek Haris yang x potong sbb tidor....~ buah2an yang disusun rapi....bila masuk perut abis gak...
p/s : suke amik gambar scenery, daripada ambik gambar muke je mcm org lain dok suke buat...supaya saper yg x datang tu tahu apa yg jadi.....gambar muke baik amik gambar passport...hu hu...

Friday, October 28, 2011

Birthday Party "Super Mak"

Dah 4 hari x masuk ofis..means..x mengadap laptop...nie pun curik masa sikit live dari PTGC..

Nak jemput semua pembaca yang boleh hadir ke Birthday Party Cinta yang ke2 tahun....Masa umur Cinta setahun,x buat sebab bulan puasa...tangguh punya tangguh,sampai la nie x buat2..tahun nie,birthday dia jatuh masa raya pulak....tangguh punya tangguh kena buat gak....So dah decide ianya akan dibuat esok...Sabtu (29 Okt 2011) jam 2.00 sampai 6.00 ptg...Maybe acara tiup2 lilin,potong2 kek kul 3.00...
So saper2 yg baca blog nie secara rasminya dijemput hadir ya...
 "Super Mak"...kemain suka dia bila kata dia SuperMak...
Sekarang memang kalau nampak camera je,ada je aksi posing dia,saper ajar pun x tahu...

Friday, October 21, 2011

Amanah...


"Di saat cinta tercipta, semestinya aku merasa" (Ring Tone nyanyian Bunga Citra Lestari berbunyi...Jiwang karat tu...)
PA Boss: "Rindu, kat mana??Boss nak jumpa"
Aku : " Ala,kat luar la..naper ye dia nak jumpa??"
PA Boss: "x tahu la..."
Aku :" Petang baru Rindu masuk ofis..mintak tolong budak rindu jumpa dia dulu..."
PA Boss " OK.."

Petang


PA Boss : " Rindu, Boss nak jumpa jugak..Dia nak suruh ambik iPad baru..tapi kalau nak iPad tu,Laptop kena pulang balik...."

Aku : "la,ingatkan dah settle pagi tadi...naper x bagi laptop tu kat budak technican jek...?"
PA Boss : "entah,dia nak bagi kat rindu gak...dia x percaya kat org lain kot...."
Aku : "pulak dah...ok ok.." ( sambil dalam hati, mintak2 la dia bagi aku iPad yang dia tengah dok pakai sekarang nie...he he he...)




- budak comel 2 orang nie,amanah dari Allah pada ku... -


p/s : mana lagi berat yek? amanah sesama manusia or amanah dengan Allah?

Tuesday, October 18, 2011

Rahsia Khasiat Durian Belanda

Nak share dengan sumer orang...sumber dari pakcik google...saper tahu nak beli kat mana yer?



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. 

Thursday, October 13, 2011

Budak Kotak Yang Comel


Ada je menda nak buat 2 beradik nie...tengah layan Citer Edisi Khas...tapi muka serius jek....Dorang pelik kot tengok perangai si Johan tu....Wa Ka Ka...

Kotak menarik kan...Libresse...He he he...ambik kat MYDIN, sbb hari sabtu kan x dek beg plastik...so beli barang, MYDIN kasi kotak free ganti plastik....ho ho...


Wednesday, October 12, 2011

Wajah Baru...

Nona Klasik dah berubah wajah la...lebih ceria sekarang nie...jom singgah japs...


p/s : Kak Ani ada Speaking Test untuk MUET kul 11 nnt...Tolong doakan dia berjaya ya...TQ TQ

Tuesday, October 11, 2011

MeRokok Haram !!!




FATWA MEROKOK ITU HARAM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah HARAM menurut pandangan Islam.
Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr.Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar ) dan lain-lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1.  Rokok menjejaskan akal (mental).
2.  Rokok membahayakan kesihatan fizikal.
3.  Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4.  Rokok membahayakan keturunan.
5.  Rokok mengganggu manusia lain.
6.  Rokok menimbulkan akhlak buruk.
7.  Rokok mensia-siakan waktu hidup.
8.  Rokok bercanggah dengan maruah keislaman.
9.  Rokok membazirkan harta (wang).
10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)


p/s : dari dulu lagi kalau bidadarindu nak beli burger, mesti cari yang masak burger tu perempuan, sbb risiko perempuan nak hisap rokok nie sangat rendah...bukan apa, biasanya yang buat burger tu, budak2 muda yg isap rokok...(biasanya...bukan semua) bila dah isap rokok, terus pegang roti n daging burger untuk masak tanpa basuh tangan dulu....iyekkk gelinyer...penah buang roti dia dan makan daging ajek sebab gara2 nmpk cam tu...he he...

p/s : sebagai manusia biasa, kita banyak buat dosa...x termampu kita nak ikut mcm junjungan kita dan para sahabatnya...so mana yang boleh kita jauhi dan elakkan, kita jauhi dan elakkan...

Monday, October 10, 2011

Peperiksaan Akhir Tahun...

Hari nie Danish ada Peperiksaan Akhir tahun...Doakan Danish ya...
Moga Danish berjaya...I LOVE U...

Wednesday, October 5, 2011

Awek Safee Sali...

Nie Awek Cilik Safee sali

Lambat Update la Bro...Hari Sabtu hari tu, layan anak2 tengok bola kat stadium Shah Alam...
Ajak adik n anak sedara aku sekali...Yang bestnyer Safee Sali pun main gak malam tu....Tapi dikawal ketat pemain Singapore...Keputusannya....Kami yang menang.....Menang sorak......Singapore score dulu....dah nak sampai minit ke 80,time kitaorang nak keluar stadium (nak balik awal elakkan jammed ) Selangor pulak score...punya la best kami bersorak...sampai nak keluar anak tekak nie....he he he....Cinta pun seronok jek malam tu....pas tu tetiba dapat tahu,score tu dibatalkan...he he he....kan dah kata kami yang menang.....x frust langsung pun...datang pun suka2 jek....he he...

- tiket -
Cinta yang super gembira pegang bendera...
Meriah tu masa kat luar stadium
Nak jugak ambik gambar....
Cinta langsung x meragam malam tu...Gud Girl....
Model Iklan Ubat Gigi dan Cermin Mata....
x sangka abg ngah minat sungguh bola nie...x sia2 bawak dia...next time kita pegi lagi yer...
Nie masa Veteran Selangor vs Veteran Singapore...Veteran Selangor Menang 3 -1...Kami melonjak bergumbira 3 kali.....Hu Hu...
Puluhan ribu peminat yang hadir memberikan sokongan....Selangor....
ade je makcik comel nie....
ingatkan uncle sokong arsenal jek..siap beli baju Selangor tu....he he he...
Amy Search pun ada gak...tgh nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu....
Jangan tengok budak 2 org tu,tengok kat belakang dorang tu...lautan manusia....
Ehhh? Mana Spek mata abg ngah....? Mungkin jatuh masa masa sorak tadi kot...he he....

p/s : malam tu, masa sampai umah, uncle masih terperangkap dalam keta kat stadium lagi...jammed.....ha ha ha....

Tuesday, October 4, 2011

PMR 2011...


Good Luck pada anak buahku Muhammad Amir Syazwan n Fatin Hanani bagi peperiksaan PMR yang mereka hadapi bermula hari nie....