Tuesday, October 11, 2011

MeRokok Haram !!!




FATWA MEROKOK ITU HARAM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah HARAM menurut pandangan Islam.
Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr.Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar ) dan lain-lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1.  Rokok menjejaskan akal (mental).
2.  Rokok membahayakan kesihatan fizikal.
3.  Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4.  Rokok membahayakan keturunan.
5.  Rokok mengganggu manusia lain.
6.  Rokok menimbulkan akhlak buruk.
7.  Rokok mensia-siakan waktu hidup.
8.  Rokok bercanggah dengan maruah keislaman.
9.  Rokok membazirkan harta (wang).
10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)


p/s : dari dulu lagi kalau bidadarindu nak beli burger, mesti cari yang masak burger tu perempuan, sbb risiko perempuan nak hisap rokok nie sangat rendah...bukan apa, biasanya yang buat burger tu, budak2 muda yg isap rokok...(biasanya...bukan semua) bila dah isap rokok, terus pegang roti n daging burger untuk masak tanpa basuh tangan dulu....iyekkk gelinyer...penah buang roti dia dan makan daging ajek sebab gara2 nmpk cam tu...he he...

p/s : sebagai manusia biasa, kita banyak buat dosa...x termampu kita nak ikut mcm junjungan kita dan para sahabatnya...so mana yang boleh kita jauhi dan elakkan, kita jauhi dan elakkan...

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sayang kalau banyak hisap rokok, suruh saving aje duit tu boleh buat pergi umrah selalu. Kalau belum buat ibadah Haji itu yg jadi haram sebab kata tak mampu tapi beli rokok tiap hari... Duit beli rokok kena saving sampai cukup utk tunaikan rukun Islam yg ke5 itu

psst: nasib baik bapak kakak, abang dan hubby kakak tak merokok.

bidadarindu said...

Betul tu Kak..Tapi yang paling penting --> Kesihatan...Duit banyak mana sekalipun, kalau x sihat lebih2 lagi sebab merokok tu,tak dek gunanya...

Kaz said...

Smg kenyataan ni dpt menginsafkan semua umat islam yg merokok. Terang2 merokok ni membahayakan kesihatan, entah kenapa masih ramai yg tak mahu berhenti.

Salah satu sebab utama akak terpikat kat Abg Rizal ialah krn dia tidak merokok!Hehe..

bidadarindu said...

he he..Kena suruh dia follow blog saya..baca comment nie...he he...

sekadar satu coretan said...

merokok merbahayakan kesihatan tapi masih ramai lagi yg merokokkan..

tapi nasib baik yg kat rumah tu tak merokok...kalau tak duit habis kesitu jer...baik beli benda lainkann...byk faedahnye...