Friday, July 30, 2010

Happy Birthday Dadima...a.k.a Kajol Subang Bestari..

Lama x update blog...antara sebabnya TERLALU sibuk dengan kerja...tambah pulak mak (nenek Yan)..pulak masuk Hospital PUSRAWI...Paru2 masuk kuman..kalau perasan blog jiwang karat tu pun lama x update...sbb dia dok berkampung kat PUSRAWI tu...seronok sangat la tu...uda pun lama x comment...sama gak...berkampung...tapi mak semakin pulih...mungkin esok boleh balik...balik mana x tahu lagi...



Hari nie birthday dadima yang ke......tutttttttttttttttt.....beza umur banyak tu ngan Cinta...he he he...apa2 pun moga dengan bertambahnya satu angka baru lagi hari nie akan memberi kehidupan yang lebih bermakna bersama suami (yang nampak lebih muda dan maintain)he he he dan keluarga tercinta...




Thursday, July 22, 2010

Ku Di Sini..

Aku Suka Lagu Nie...Aku Suka Cerita Nie...

Wednesday, July 21, 2010

Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun


Harian Metro 2010/07/20

LONDON: Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.

Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.

70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi


p/s : saper2 yang dah lepas usia tu boleh la amik part "Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat."

Tuesday, July 20, 2010

Wajib Baca Sampai Abis...

Cerita nie aku dah pernah dapat dari email lama dah...kalau x silap la kak sieha yang bagi...tapi masa tu buat x tahu jek...Last year ada jumpa Halim, best friend aku masa belajar dulu, dia pun ada cakap pasal nie...tapi x berapa detail...dia kata nak emailkan kat aku kalau dia jumpa email tu balik...x jumpa la tu...tu sebab x dapat smp ari nie...

Last2 aku jumpa secara x sengaja...aku nak share ngan sume org...takut gak bila abis baca...Fikir-fikir la...

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni. Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat.""pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi).
Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, ada org Malaysia yang byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia. Maknanya mereka memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank.

Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis.
Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.
Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."
Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".

Friday, July 16, 2010

Emas Public Gold & Public Dinar


Citer EMAS lagi...he he...Org pompuan cukup suka kalau citer pasal EMAS nie.. Naper Yek? Tapi tu dulu...sekarang x kira pompuan ker,lelaki ker,tua ke,muda ker even budak kecik pun suka EMAS gak...

Naper aku tulis cam tu? Dan kenapa aku pilih EMAS Public Gold (PG) & Public Dinar (PD)...OK jom kiter share lagi....

1. PG & PD nie EMAS gak..tapi dalam bentuk Jongkong...Senang nak bawak mana2...

2. Aku ngan Danish lelaki - Kalau beli Barang Kemas, kitaorang nak pakai kat mana?x kan Cinta ngan Ummi jek nak ada EMAS..kan Danish kan...

3. Danish n Cinta pun boleh @ mampu beli EMAS, sebabnya Harga 1 Dinar tu lebih kurang RM580 (skrg nie)..Cuba calculate umur dorang 15 Tahun akan datang brape nilai 1 Dinar tu nnt......Tu kalau 1 Dinar...Kalau 10 Dinar...100 Dinar....

Tapi kalau Danish n Cinta nak beli Tanah or Beli Rumah dengan duit RM580 tu, lepas duit booking jek kot...Balance tu cam mana pulak...??Dorang mana ada slip gaji nak buat loan...Loan kat FAMA(Father Mother) pun x lepas...

So duit Raya Danish ngan Cinta tahun nie akan Abah convertkan dalam bentuk EMAS ...Bukan untuk Abah ngan Ummi pun...Untuk masa depan korang berdua gak...
Kan Abah dah kata kitaorang nie cuma pemegang Amanah jek..Kitaorang cuma tolong uruskan jek...Semua yang ada dalam dunia nie, Allah yang punya...Bukan Ahmad Albab yang Punya....Ha Ha Ha

4. Nie yang paling penting naper aku pilih PG n PD...-->Sebab ia boleh dipajak gadai..

Katakanlah...nie katakanlah...tetiba mana la tahu...Road Tax Chevy Mati..Insuran pun Mati...
Dalam bulan yang sama gak nak raya...Nak beli baju, kasut raya Danish n Cinta lagi..Tayar keta plak dah botak nak kena tukar...Macam2 lagi...So PG & PD nie boleh la membantu...Takkan nak pinjam kat orang yang kaya raya kot (jari masin kaz yang tulis)...or pinjam kat AhLong ker...So gi la Pajak...Jangan la gi pajak kat "Kedai Pajak Gadai Wah Wah Wah" atau "Kedai Pajak Gadai Velo Semy"...

Gi la Gadai kat Bank Rakyat ker..Agro Bank ker...Bab Gadai tu kita citer kat topik lain..Tu semua kena ada ilmu...x semestinya kita pajak gadai tu kita rugi atau kita susah...
Kalau tahu caranya dengan pajak gadai jugak kita boleh buat duit atau tambah harta kita...tapi kena ada ilmu la...Ada masa kita share lagi....

Point kat sini, kalau kita beli barang kemas...boleh gak gadai ....TAPI...ada tapinya....
contoh :"Raya tahun depan org kampung tanya, mana rantai EMAS kau pakai tahun lepas Minah??? "Takkan nak cakap "dah gadai la Mak Ngah,tengah sesak"...or "ada kat kedai pajak gadai la Pak Itam"....Mesti segan nyer nak cakap cenggitu...
Tapi kalau EMAS PG or PD kita pajak,saper pun x tahu...betul x??

Bukan nak promote PG n PD nie...tapi kira promote la jugak...Cuba gi kat Kedai2 EMAS yang famous...Ada gak Jongkong2 EMAS nie...Tapi mesti ada kelebihan PG n PD nie...
Tu nnt kita bukak n3 lain....penat nak menaip...klu dok sembang je boleh citer sumer....he he...
Ada masa kita sembang2 lagi pasal nie....

Website Public Gold & Public Dinar nie boleh dilayari di






Apa2 soalan boleh tanya kat aku...Yang aku tahu aku bgth.....

p/s : Uda pernah nampak kot board nie...

Thursday, July 15, 2010

Radix Fried Chicken...


Bila Kaz bukak topic Dinner @RFC ari tu,mulut nie teringin sangat nak rasa...sedap sangat ker??...

Kebetulan 2 malam lepas pulak, jumpa boy (member lama dari melaka) dia pun bukak topik Radix FC nie kat Melaka...

Sedap dia kata...Orang Islam punya...Design lebih kurang sama cam KFC...ada set pun lebih kurang KFC gak...Tu yang buat lagi teringin sangat nak rasa tu...Tapi x pernah nmpk plak kat KL nie lagi...ada saper2 yang tahu kat KL nie kat maner?

Ada Berani org Ganu datang KL, kita try RFC kat Melaka...Tak yah tggu Raya...He he...

Emas..



Actually apa yang aku nak tulis hari nie kat sini adalah untuk share ngan sume org sedikit ilmu yang aku tahu...Mmg semenjak 2 menjak nie n3 n3 aku lebih banyak mengajak kita semua berfikir...sebabnya...Aku nak tengok anak cucu kita senang di masa hadapan...x dek la susah macam aku nie...

Contoh Pertama
Kalau fikir2 balik, cuba kita bayangkan (tengok kat siling, tangan pegang kat dagu) dulu nasi lemak kat Kg Sg Kecik Ilir tu cuma 3 kupang...(masa baru2 kawin dulu)..pas tu naik 4 kupang...la nie rasanya dah 5 kupang or 6 kupang...lama dah x balik Kg..

Cuba fikir, sebab apa jadi cam tu...saper nak bagi jawapan...?

Jawapannya ialah Inflasi...x tahu inflasi tu apa? Inflasi tu macam harga barang makin naik tapi gaji tetap cam tu gak...boleh rujuk kat sini

Contoh ke2,
Cuba bayangkan konon2nya kita simpan kat bank RM10,000...Nak guna masa 10-15 Tahun akan datang...untuk anak2 masuk Universiti...Rasa2nya cukup x RM10,000 tu nak masuk universiti masa tu...??(Kan dah kira Bank ABC bagi brape % peryear...) Macam citer nasi lemak gak...dah x dapat lagi nasi lemak 3 kupang....Silap2 Kos anak2 kita nak masuk Universiti masa tu RM100,000...Duit RM10,000 kita pada masa tu hanya bernilai lebih kurang RM100 jek...

Tapi cuba RM10,000 yang kita ada tu sekarang kita beli emas...dalam masa 10-15 tahun akan datang rasa2nya masa anak2 nak masuk universiti nnt berapa nilai emas tu...RM10,000 jugak ker...dah tentu tak kan...Avarage dalam 20-25% tu...tu average...

Sebab tu tu jugak la Abu Bakar Ibn Abi Mayam berkata bahawa, beliau mendengar Rasullullah s.a.w bersabda "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah dinar dan dirham.."

Point dia kat sini, sama jek, daripada kita simpan duit kat Bank ABC ker, ASB ker, Bawah bantal ker...baik kita convertkan duit 2 tu semua dalam bentuk EMAS....kalau umah terbakar pun EMAS x leh cair punyer...duit bawah bantal???

Contoh ke3
Satu lagi contoh...duit simpanan ada RM100K kat bank..tetiba ada musibah berlaku kat negara kita...huru-hara cam kat thailand ari tu...(harap2 x la) Keadaan darurat...Nak cabut lari gi US....kita pun lari2 pegi bank ABC nak bawak kuar duit kita(RM100K tu)...Bank ABC tutup...takut...sebab darurat macam2 boleh jadi....Cam mana??

Katalah dia bukak gak...pas tu kita pun kata kat dia kita nak kuarkan duit kita RM100,000 tunai...Dia kata "Encik, Bank Negara dah tutup skrg nie...x leh bawak kuar duit"...ataupun dia kata "Yang kat buku bank Encik tu cuma angka 1 dan 0 jek...Mana ada duit dah...duit sume dah terbakar...penunjuk perasaan dah bakar....x dek sapa nak ganti".....ha...x ke naya...

Katakanlah jugak boleh bawak kuar duit RM100k tu...berani ker nak bawak berguni2 RM100k tu masa darurat...x takut ke kena ragut ngan mat rempit tengah jalan???

Katakanlah jugak, selamat bawak guni2 tu gi lari kat US..masa darurat tu nilai duit RINGGIT MALAYSIA jatuh teruk...Nilai RM100,000 kita tu dah jadi RM 1000 jek kat bila convert ke US dollar...boleh survive ke idup...Kat Malaysia kita kaya raya...lari US kita kena merempat lak...Nampak x?

Tapi kalau RM100K kita tu kita tukar ke bentuk EMAS, senang je nak bawak lari ke US...RM100K boleh dapat lebih kurang sekilo emas...masuk poket pun org x tahu...dah sampai US or mana2 ceruk kat dunia nie pun, EMAS tu masih sama nilai dia kat mana2 negara pun...

Tak kira la EMAS apa sekali pun kita simpan...EMAS "toh kong" ker,"tomoi"ker,"pak habib" ker..janji EMAS..

Macam aku..ada la sikit2 gak simpan..Tapi aku pilih EMAS Public Gold..."Apa..!!! EMAS Public Gold??? x pernah dengar pun..."Sama gak tak pernah dengar pun Kedai Emas Wha Tat kat negeri Pasir 2 Butir tu..(kedai ubat wha tat kat umah mak teh ada la..) x penah dengar pun "Kedai EMAS Ton Sang Pah" kat Kampung Dusun tu..he he.." Nilai EMAS nie sama je kita beli kat mana pun..Beza dia x lari banyak sangat..contoh kos upah..Lain kedai lain kos dia...Orang yang jual jek lain2...

Apa kelebihan EMAS Public Gold...nanti aku sharekan lagi kat entry seterusnya...baca2 la balik apa yang aku tulis tadi..

Nanti aku share lagi apa2 yang aku tahu pasal emas nie ye...kalau nak tahu la....

p/s : Nie EMAS tau...bukan Kak MAS yang kat johor tu ke...Saidatul MAStura ker, kapal terbang MAS ke...

Wednesday, July 14, 2010

Impian 5

Ok...let's talk about rich again...semua org suka sangat bila cerita pasal duit, pasal kaya kan......

Selain daripada Saving dalam Bank ABC, ASB,Unit Trust, ada satu lagi saving...--> KWSP dividen KWSP bagi Tahun 2008 -->4.50% & bagi Tahun 2009 -->5.65%
boleh refer kat sini.
Masih rendah jugak if nak banding ngan ASB...

Apa menda lagi yang semua orang boleh / mampu miliki, boleh simpan dan dalam masa yang sama harga dia sentiasa meningkat???

Apa yang aku nak share kat sini sama gak mcm saving yang dah diceritakan dalam Impian 4...Long term Saving...mana ada dalam dunia nie simpan duit ari nie RM10, esok lusa beranak jadi RM100...Skim cepat kaya je ada cam tu...Ataupun..."Dengan izin Allah,daun-daun kering boleh menjadi duit....ha ha ha..." bestnya....

Jawapan bagi entry2 Impian, Impian1,Impian 2, Impian 3 dan Impian 4 adalah....

EMAS.....Simpan EMAS...



Naper banyak cik kak2, makcik2 bila gi kenduri kawin ker, raya ker, gi mana2 majlis suka pakai Emas...dan kita pun akan terbeliak bijik mata bila nengok org dok pakai gelang emas sampai ke ketiak...rantai emas sampai rabak leher2 sbb berat sangat...Banyak duit tu.....he he...

Cuba ingat2 balik, EMAS masa nak kawin dulu, 1gram masa tu beli berapa RM...?? Cuba gi kedai Emas tengok tahun 2010 nie 1 Gram berapa RM...Nampak x???

So...berdasarkan statistik yang dibuat (cewah, mcm ayat buku @ skema kaz pulak..he he..) purata kenaikan harga emas dalam masa setahun ialah 20 - 25%...

Dan yang paling memeranjatkan sekali, purata % kenaikan pada tahun lepas ialah sebanyak 37%....Wowwww...

Cuba Calculate RM10,000 yang kita ada tu, kita beli Emas...37% maknanya...RM3700 tu...Yahoooooo.....Pakcik Kayooooo......

So...Apa lagi...buat saper2 yang nak sambut birthday x lama lagi tu jangan lupa masukkan dalam list hadiah nak mintak dari husband tu....(macam kenal jek saper...DALAM MENITI BAHAGIA, CINTA ITU PENTING, DALAM MERASA BAHAGIA, KASIH ITU PERLU, DALAM MEMUPUK BAHAGIA SAYANG ITU MESTI, DALAM HATI PASTI BERBUNGA BAHAGIA - Jiwang Giler...He He...)

Tuesday, July 13, 2010

Impian 4

OK, meh kita sambung sikit cite pasal Impian nie...dah lama x citer...
Agak2nya apa menda dalam dunia nie yang bila kita simpan nilainya akan meningkat...?

Kereta???? Salah...bila kita jual balik harga dia mesti jatuh...

Rumah??? Betul...-Tapi nak kena tengok lokasi yang strategik...-Contoh rumah yang harga jatuh...kat Bukit Beruntung..

Tanah??? Betul....-Modal kena banyak...Lokasi kena Strategik...Nie semua Aset...Kalau Bukan untuk kita pun,untuk anak cucu kita...

Duit??? Betul ...he he he...

Ok jom kita fikir dan buat kajian sikit...

Contoh la...contoh...kalau kita ada RM10,000....

1.Kita simpan kat Bank ABC...Dalam masa setahun berapa % kita dapat pulangannya...
Average dalam 1-2%...Kita amik la 1.5%...Dapat RM150...Syukur...sape nak bagi Free2 RM150 kan...or

2.Kita simpan kat ASB...Setahun Average 7-8% Ambik 7.5%...Dapat la RM750...Wow...Lagi banyak...or

3.Kita simpan kat Unit Trust...Nie bergantung pada keadaan...ada masa pulangan dia bagus..
ada masa x berapa bagus...bergantung pada keadaan ekonomi..Let's say kita amik contoh aku punya acc..1 1/2 Year saving, interest dapat +-18%...
So dapat la RM1800...Wowwww...He he...tu kalau simpan RM10,000...Kalau simpan RM20K,RM30K...RM100K...Kira la sendiri...he he....

Tapi tu pun macam aku tulis tadi bergantung pada keadaan ekonomi + kehebatan ilmu agent yang menguruskan satu2 akaun tu...Dan agent yang uruskan akaun aku tu mmg sorang yang expert dalam bidang tu...Alhamdulillah...Nak gunakan perkhidmatan agent tu? jgn malu2 boleh tanya aku...Yang nyata Agen tu bukan Agen 007 atau Aku sendiri...he he he...


So buat masa nie mana pilihan yang lebih baik???

Tapi tu semua bukan point aku nak citer kat sini...Ada pilihan lain selain dari kat atas tu.....Yang aku nak share sangat2 ngan semua org....tapi ...ada kerja nak buat sikit..nnt kita sambung lagi ya...

Thursday, July 8, 2010

Buka Minda...Buka Fikiran...

Nie ada satu artikel yang menarik dipetik dari Malaysiakini.com..Tulisan Hisammudin Rais..Bagus untuk pengetahuan Am...Ia bersifat politik tapi berkaitan dengan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia...x salah rasanya untuk pengetahuan....Sapa yang nak baca boleh click kat sini --> "Menembak mati si pembawa berita"

Saja wujudkan entry nie sebelum sambungan cerita Impian , Impian 2 & Impian 3...

Tuesday, July 6, 2010

Syukur...Mujur...

Rabu, 30 June 2010 -

Danish call - "Abah, malam nie kita tido x dek aircond ngan lampu, tadi rumah atuk terbakar,ada api..asap banyak..."

Aku -"Ohhh...Iye...Danish ngan adik kat mana skrg?cam mana boleh jadi cam tu?"

Danish - "Kat umah...tadi ada kilat..letrik kat atas meja komputer terbakar...Api dah padam,atuk padam"

Perghhh....Syukur sangat2 pada Allah s.w.t...x dek pa pa berlaku pada org2 kat umah tu...
Mujur jugak masa kejadian tu jadi, ada orang kat umah...cuba masa x dek saper2 kat umah...api pulak sambar kat langsir sebelah tu....mahu hangus sebijik rumah...dan Mujur jugak dorang sumer tgh dok lepak2 kat depan...sedar bau asap...buatnya Abah ngan Ibu gi ngaji...Ummi,Danish & Cinta dok tidor kat bilik atas....fuhhh.....memang ngeri...

Alhamdulillah....Semuanya selamat...

Lambat citer kat sini sbb bateri kamera abis...x leh nak charge sbb letrik kat umah x dek...kami tidor mlm tu bertemankan sang nyamuk dengan alunan lagunya di tepi telinga...
Yang tak tahan masa terbakar tu,nisha cerita ikan kat dlm kolam tu melompat2 sbb kena renjatan elektrik....kesian...Mujur x dek ikan2 yang terkorban....he he he...

Panadol..

Semalam kepala aku rasa sakit sangat kat bhg belakang nie...picit2,urut2 banyak angin keluar ikut mulut...tengkuk rasa cam keras jek..

Balik kerja singgah umah kak min sbb dorang ada kat sana..cakap pening kepala kat nisha...dia kata makan panadol...pas tu aku kata x yah la..dia paksa gak...aku tetap kata x yah la..sebenarnya nak suruh dia picit2 kat tengkuk nie bagi keluar angin,dia suruh makan panadol gak...aku tetap berkeras x nak makan...last2 dia tengok jek kat muka aku...

Dalam hati dia..."Hey...degil betul dia nie...cakap org x mahu dengar"
Dalam hati aku.."Tahu la abang nie hensem,jgn la dok tengok lelama cam tu"he he...

Pasal apa aku x nak makan panadol,baca cerita nie...aku amik kat "Buletin Pengguna Islam,Persatuan Pengguna Islam Malaysia"

Menda nie dah lama aku tahu dan memang aku x manjakan pun diri aku dengan panadol nie...cuma bila betul2 perlu jek aku telan...

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Monday, July 5, 2010

Mega Projek Masjidil Haram...

Suatu Hari nanti...InsyaAllah...

Friday, July 2, 2010

Sayangi ibu, bapa, mentua sama rata

Oleh Mohd.Zawawi Yusoh

JIKA Allah menurunkan hidayah, segeralah bertaubat tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya kita pernah menderhaka kepada mereka?

Maka ziarahilah pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya. Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka. Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa.


Walaupun ibu bapa sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa. Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat, kemudian baru hendak bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Contohnya, tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini.

Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Allah? Jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa?

Pastikan hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalin hubungan baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.

Lazimnya dalam hubungan ini, ibu yang dilebihkan sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Rasulullah meminta ibu didahulukan.

Tiga kali ibu memanggil, barulah sekali kepada bapa. Bagaimanapun, sebaik-baiknya kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya, golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak mengambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua. Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Jika mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggung hati ibu bapa kita.

Kita sayang anaknya, jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang melahirkannya?

Saya tahu, ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung

. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua. Kelima barulah isteri. Jadi, isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa kerana itu memang wajar.

Sebaliknya, anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah adalah ibu bapanya.

Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak mengenali mentuanya.

Menantunya berkasar, menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang, Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu, meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru.

Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menggambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pesanan. Nabi Ismail sedar, itu adalah bapanya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.

Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa baginda. Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang, baginda berpesan lagi, dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Doa pagi Jumaat nie...

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah…
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya,
tunjukilah jalan-jalannya,
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Aminn..