Wednesday, July 21, 2010

Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun


Harian Metro 2010/07/20

LONDON: Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.

Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.

70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi


p/s : saper2 yang dah lepas usia tu boleh la amik part "Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat."

5 comments:

Kaz said...

Fizin, Sesuai sgtlah entry ni utk kita yg baru berumur 31 tahun ni kan. Memang kita ni cantik sempurna, bukan saja ketika berumur 31 tahun tp dulu, kini dan selamanya.

bidadarindu said...
This comment has been removed by the author.
bidadarindu said...

Iyo lah tu umur 31 kaz n fizin oiii...cuba timbang berat ngan rositahmdzain yang beranak 5 tu..maintain jek...kalau boleh lawan ngan dia baru boleh kata dulu,kini dan selamanya...he he he...

rositahmdzain said...

Amin..hidup bidadarindu. I lap u very STRONG..dulu, kini dan selamanya..kah kah..kah..Tapi uda kena control gelak xmau sampai pecah perut.
Sayang n Kaz jgn kecik ati..hik

Kaz said...

Takpa Uda, tak kecik hati punya. Tu mmg kenyataan, mmg tabik spring kat Uda. Tp bab cantik ni very subjective. Di mata husband kami, kami tetap yg tercantik bg mereka. Betul kan fizin?