Thursday, August 26, 2010

Kakitangan awam S'gor pula dapat RM500

Alhamdulillah....Syukor sangat2....Boleh buat downpayment beli rumah....he he he...-kak min jangan jealous-kak sayang jangan mintak2 ye...he he he-

Kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan depan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas itu akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas.

Sehubungan dengan pengumuman itu, 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Ia membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Khalid juga mengumumkan peruntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru kelas agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan dana RM1.3 juta.

“Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru Kafa supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan,” petik kenyataan itu.

Sebelum kerajaan Pakatan di Pulau Pinang mengumumkan pemberian wang raya sebanyak RM400 kepada kakitangan kerajaan negeri sempena Hari Raya Aidifitri.

Semalam, kerajaan pusat pula mengumumkan pemberian wang raya RM500 kepada kakitangan awam gred 1 hingga 54.

2 comments:

Tudung Syauqina said...

yahoo... "alhamdulillah.. Praises to Allah". Ni la peluang nak buat senarai ni... Berbelanja untuk anak dan isteri tu adalah yang lebih berkat.. tambah2 bulan ramadhan ni...

rositahmdzain said...

bidadarinduuu....asyik kata uda dpt tetiba org selangor yg dpt!!! guan engg....kami nak jgk!!!

Ina: tlg karang surat rayuan kaw-kaw punya nanti uda g hntr kat pejabat KM P.Pinang. Ofis uda ngn komtar dekat je..

Amboi tudung syauqina:)masukkan panggu uda dlm senarai tu k..