Monday, August 2, 2010

Lebih mahal disimpan lama




Di sebalik bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.

Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.

Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.

Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.

"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.

"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.

Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.

Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.

Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.

Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.

"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.


KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.


Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.

Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).

"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.

"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.

Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.

Konsep kekayaan

Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.

"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.

"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.

Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.

Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.

"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.

"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.


EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit.


Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.

Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.

Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.

Mas kahwin

Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.

Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.

"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.

"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).


NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir.


Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.

Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.

"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Friday, July 30, 2010

Happy Birthday Dadima...a.k.a Kajol Subang Bestari..

Lama x update blog...antara sebabnya TERLALU sibuk dengan kerja...tambah pulak mak (nenek Yan)..pulak masuk Hospital PUSRAWI...Paru2 masuk kuman..kalau perasan blog jiwang karat tu pun lama x update...sbb dia dok berkampung kat PUSRAWI tu...seronok sangat la tu...uda pun lama x comment...sama gak...berkampung...tapi mak semakin pulih...mungkin esok boleh balik...balik mana x tahu lagi...



Hari nie birthday dadima yang ke......tutttttttttttttttt.....beza umur banyak tu ngan Cinta...he he he...apa2 pun moga dengan bertambahnya satu angka baru lagi hari nie akan memberi kehidupan yang lebih bermakna bersama suami (yang nampak lebih muda dan maintain)he he he dan keluarga tercinta...




Thursday, July 22, 2010

Ku Di Sini..

Aku Suka Lagu Nie...Aku Suka Cerita Nie...

Wednesday, July 21, 2010

Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun


Harian Metro 2010/07/20

LONDON: Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.

Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.

70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi


p/s : saper2 yang dah lepas usia tu boleh la amik part "Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat."

Tuesday, July 20, 2010

Wajib Baca Sampai Abis...

Cerita nie aku dah pernah dapat dari email lama dah...kalau x silap la kak sieha yang bagi...tapi masa tu buat x tahu jek...Last year ada jumpa Halim, best friend aku masa belajar dulu, dia pun ada cakap pasal nie...tapi x berapa detail...dia kata nak emailkan kat aku kalau dia jumpa email tu balik...x jumpa la tu...tu sebab x dapat smp ari nie...

Last2 aku jumpa secara x sengaja...aku nak share ngan sume org...takut gak bila abis baca...Fikir-fikir la...

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni. Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat.""pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi).
Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, ada org Malaysia yang byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia. Maknanya mereka memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank.

Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis.
Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.
Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."
Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".

Friday, July 16, 2010

Emas Public Gold & Public Dinar


Citer EMAS lagi...he he...Org pompuan cukup suka kalau citer pasal EMAS nie.. Naper Yek? Tapi tu dulu...sekarang x kira pompuan ker,lelaki ker,tua ke,muda ker even budak kecik pun suka EMAS gak...

Naper aku tulis cam tu? Dan kenapa aku pilih EMAS Public Gold (PG) & Public Dinar (PD)...OK jom kiter share lagi....

1. PG & PD nie EMAS gak..tapi dalam bentuk Jongkong...Senang nak bawak mana2...

2. Aku ngan Danish lelaki - Kalau beli Barang Kemas, kitaorang nak pakai kat mana?x kan Cinta ngan Ummi jek nak ada EMAS..kan Danish kan...

3. Danish n Cinta pun boleh @ mampu beli EMAS, sebabnya Harga 1 Dinar tu lebih kurang RM580 (skrg nie)..Cuba calculate umur dorang 15 Tahun akan datang brape nilai 1 Dinar tu nnt......Tu kalau 1 Dinar...Kalau 10 Dinar...100 Dinar....

Tapi kalau Danish n Cinta nak beli Tanah or Beli Rumah dengan duit RM580 tu, lepas duit booking jek kot...Balance tu cam mana pulak...??Dorang mana ada slip gaji nak buat loan...Loan kat FAMA(Father Mother) pun x lepas...

So duit Raya Danish ngan Cinta tahun nie akan Abah convertkan dalam bentuk EMAS ...Bukan untuk Abah ngan Ummi pun...Untuk masa depan korang berdua gak...
Kan Abah dah kata kitaorang nie cuma pemegang Amanah jek..Kitaorang cuma tolong uruskan jek...Semua yang ada dalam dunia nie, Allah yang punya...Bukan Ahmad Albab yang Punya....Ha Ha Ha

4. Nie yang paling penting naper aku pilih PG n PD...-->Sebab ia boleh dipajak gadai..

Katakanlah...nie katakanlah...tetiba mana la tahu...Road Tax Chevy Mati..Insuran pun Mati...
Dalam bulan yang sama gak nak raya...Nak beli baju, kasut raya Danish n Cinta lagi..Tayar keta plak dah botak nak kena tukar...Macam2 lagi...So PG & PD nie boleh la membantu...Takkan nak pinjam kat orang yang kaya raya kot (jari masin kaz yang tulis)...or pinjam kat AhLong ker...So gi la Pajak...Jangan la gi pajak kat "Kedai Pajak Gadai Wah Wah Wah" atau "Kedai Pajak Gadai Velo Semy"...

Gi la Gadai kat Bank Rakyat ker..Agro Bank ker...Bab Gadai tu kita citer kat topik lain..Tu semua kena ada ilmu...x semestinya kita pajak gadai tu kita rugi atau kita susah...
Kalau tahu caranya dengan pajak gadai jugak kita boleh buat duit atau tambah harta kita...tapi kena ada ilmu la...Ada masa kita share lagi....

Point kat sini, kalau kita beli barang kemas...boleh gak gadai ....TAPI...ada tapinya....
contoh :"Raya tahun depan org kampung tanya, mana rantai EMAS kau pakai tahun lepas Minah??? "Takkan nak cakap "dah gadai la Mak Ngah,tengah sesak"...or "ada kat kedai pajak gadai la Pak Itam"....Mesti segan nyer nak cakap cenggitu...
Tapi kalau EMAS PG or PD kita pajak,saper pun x tahu...betul x??

Bukan nak promote PG n PD nie...tapi kira promote la jugak...Cuba gi kat Kedai2 EMAS yang famous...Ada gak Jongkong2 EMAS nie...Tapi mesti ada kelebihan PG n PD nie...
Tu nnt kita bukak n3 lain....penat nak menaip...klu dok sembang je boleh citer sumer....he he...
Ada masa kita sembang2 lagi pasal nie....

Website Public Gold & Public Dinar nie boleh dilayari di






Apa2 soalan boleh tanya kat aku...Yang aku tahu aku bgth.....

p/s : Uda pernah nampak kot board nie...

Thursday, July 15, 2010

Radix Fried Chicken...


Bila Kaz bukak topic Dinner @RFC ari tu,mulut nie teringin sangat nak rasa...sedap sangat ker??...

Kebetulan 2 malam lepas pulak, jumpa boy (member lama dari melaka) dia pun bukak topik Radix FC nie kat Melaka...

Sedap dia kata...Orang Islam punya...Design lebih kurang sama cam KFC...ada set pun lebih kurang KFC gak...Tu yang buat lagi teringin sangat nak rasa tu...Tapi x pernah nmpk plak kat KL nie lagi...ada saper2 yang tahu kat KL nie kat maner?

Ada Berani org Ganu datang KL, kita try RFC kat Melaka...Tak yah tggu Raya...He he...

Emas..



Actually apa yang aku nak tulis hari nie kat sini adalah untuk share ngan sume org sedikit ilmu yang aku tahu...Mmg semenjak 2 menjak nie n3 n3 aku lebih banyak mengajak kita semua berfikir...sebabnya...Aku nak tengok anak cucu kita senang di masa hadapan...x dek la susah macam aku nie...

Contoh Pertama
Kalau fikir2 balik, cuba kita bayangkan (tengok kat siling, tangan pegang kat dagu) dulu nasi lemak kat Kg Sg Kecik Ilir tu cuma 3 kupang...(masa baru2 kawin dulu)..pas tu naik 4 kupang...la nie rasanya dah 5 kupang or 6 kupang...lama dah x balik Kg..

Cuba fikir, sebab apa jadi cam tu...saper nak bagi jawapan...?

Jawapannya ialah Inflasi...x tahu inflasi tu apa? Inflasi tu macam harga barang makin naik tapi gaji tetap cam tu gak...boleh rujuk kat sini

Contoh ke2,
Cuba bayangkan konon2nya kita simpan kat bank RM10,000...Nak guna masa 10-15 Tahun akan datang...untuk anak2 masuk Universiti...Rasa2nya cukup x RM10,000 tu nak masuk universiti masa tu...??(Kan dah kira Bank ABC bagi brape % peryear...) Macam citer nasi lemak gak...dah x dapat lagi nasi lemak 3 kupang....Silap2 Kos anak2 kita nak masuk Universiti masa tu RM100,000...Duit RM10,000 kita pada masa tu hanya bernilai lebih kurang RM100 jek...

Tapi cuba RM10,000 yang kita ada tu sekarang kita beli emas...dalam masa 10-15 tahun akan datang rasa2nya masa anak2 nak masuk universiti nnt berapa nilai emas tu...RM10,000 jugak ker...dah tentu tak kan...Avarage dalam 20-25% tu...tu average...

Sebab tu tu jugak la Abu Bakar Ibn Abi Mayam berkata bahawa, beliau mendengar Rasullullah s.a.w bersabda "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah dinar dan dirham.."

Point dia kat sini, sama jek, daripada kita simpan duit kat Bank ABC ker, ASB ker, Bawah bantal ker...baik kita convertkan duit 2 tu semua dalam bentuk EMAS....kalau umah terbakar pun EMAS x leh cair punyer...duit bawah bantal???

Contoh ke3
Satu lagi contoh...duit simpanan ada RM100K kat bank..tetiba ada musibah berlaku kat negara kita...huru-hara cam kat thailand ari tu...(harap2 x la) Keadaan darurat...Nak cabut lari gi US....kita pun lari2 pegi bank ABC nak bawak kuar duit kita(RM100K tu)...Bank ABC tutup...takut...sebab darurat macam2 boleh jadi....Cam mana??

Katalah dia bukak gak...pas tu kita pun kata kat dia kita nak kuarkan duit kita RM100,000 tunai...Dia kata "Encik, Bank Negara dah tutup skrg nie...x leh bawak kuar duit"...ataupun dia kata "Yang kat buku bank Encik tu cuma angka 1 dan 0 jek...Mana ada duit dah...duit sume dah terbakar...penunjuk perasaan dah bakar....x dek sapa nak ganti".....ha...x ke naya...

Katakanlah jugak boleh bawak kuar duit RM100k tu...berani ker nak bawak berguni2 RM100k tu masa darurat...x takut ke kena ragut ngan mat rempit tengah jalan???

Katakanlah jugak, selamat bawak guni2 tu gi lari kat US..masa darurat tu nilai duit RINGGIT MALAYSIA jatuh teruk...Nilai RM100,000 kita tu dah jadi RM 1000 jek kat bila convert ke US dollar...boleh survive ke idup...Kat Malaysia kita kaya raya...lari US kita kena merempat lak...Nampak x?

Tapi kalau RM100K kita tu kita tukar ke bentuk EMAS, senang je nak bawak lari ke US...RM100K boleh dapat lebih kurang sekilo emas...masuk poket pun org x tahu...dah sampai US or mana2 ceruk kat dunia nie pun, EMAS tu masih sama nilai dia kat mana2 negara pun...

Tak kira la EMAS apa sekali pun kita simpan...EMAS "toh kong" ker,"tomoi"ker,"pak habib" ker..janji EMAS..

Macam aku..ada la sikit2 gak simpan..Tapi aku pilih EMAS Public Gold..."Apa..!!! EMAS Public Gold??? x pernah dengar pun..."Sama gak tak pernah dengar pun Kedai Emas Wha Tat kat negeri Pasir 2 Butir tu..(kedai ubat wha tat kat umah mak teh ada la..) x penah dengar pun "Kedai EMAS Ton Sang Pah" kat Kampung Dusun tu..he he.." Nilai EMAS nie sama je kita beli kat mana pun..Beza dia x lari banyak sangat..contoh kos upah..Lain kedai lain kos dia...Orang yang jual jek lain2...

Apa kelebihan EMAS Public Gold...nanti aku sharekan lagi kat entry seterusnya...baca2 la balik apa yang aku tulis tadi..

Nanti aku share lagi apa2 yang aku tahu pasal emas nie ye...kalau nak tahu la....

p/s : Nie EMAS tau...bukan Kak MAS yang kat johor tu ke...Saidatul MAStura ker, kapal terbang MAS ke...

Wednesday, July 14, 2010

Impian 5

Ok...let's talk about rich again...semua org suka sangat bila cerita pasal duit, pasal kaya kan......

Selain daripada Saving dalam Bank ABC, ASB,Unit Trust, ada satu lagi saving...--> KWSP dividen KWSP bagi Tahun 2008 -->4.50% & bagi Tahun 2009 -->5.65%
boleh refer kat sini.
Masih rendah jugak if nak banding ngan ASB...

Apa menda lagi yang semua orang boleh / mampu miliki, boleh simpan dan dalam masa yang sama harga dia sentiasa meningkat???

Apa yang aku nak share kat sini sama gak mcm saving yang dah diceritakan dalam Impian 4...Long term Saving...mana ada dalam dunia nie simpan duit ari nie RM10, esok lusa beranak jadi RM100...Skim cepat kaya je ada cam tu...Ataupun..."Dengan izin Allah,daun-daun kering boleh menjadi duit....ha ha ha..." bestnya....

Jawapan bagi entry2 Impian, Impian1,Impian 2, Impian 3 dan Impian 4 adalah....

EMAS.....Simpan EMAS...



Naper banyak cik kak2, makcik2 bila gi kenduri kawin ker, raya ker, gi mana2 majlis suka pakai Emas...dan kita pun akan terbeliak bijik mata bila nengok org dok pakai gelang emas sampai ke ketiak...rantai emas sampai rabak leher2 sbb berat sangat...Banyak duit tu.....he he...

Cuba ingat2 balik, EMAS masa nak kawin dulu, 1gram masa tu beli berapa RM...?? Cuba gi kedai Emas tengok tahun 2010 nie 1 Gram berapa RM...Nampak x???

So...berdasarkan statistik yang dibuat (cewah, mcm ayat buku @ skema kaz pulak..he he..) purata kenaikan harga emas dalam masa setahun ialah 20 - 25%...

Dan yang paling memeranjatkan sekali, purata % kenaikan pada tahun lepas ialah sebanyak 37%....Wowwww...

Cuba Calculate RM10,000 yang kita ada tu, kita beli Emas...37% maknanya...RM3700 tu...Yahoooooo.....Pakcik Kayooooo......

So...Apa lagi...buat saper2 yang nak sambut birthday x lama lagi tu jangan lupa masukkan dalam list hadiah nak mintak dari husband tu....(macam kenal jek saper...DALAM MENITI BAHAGIA, CINTA ITU PENTING, DALAM MERASA BAHAGIA, KASIH ITU PERLU, DALAM MEMUPUK BAHAGIA SAYANG ITU MESTI, DALAM HATI PASTI BERBUNGA BAHAGIA - Jiwang Giler...He He...)

Tuesday, July 13, 2010

Impian 4

OK, meh kita sambung sikit cite pasal Impian nie...dah lama x citer...
Agak2nya apa menda dalam dunia nie yang bila kita simpan nilainya akan meningkat...?

Kereta???? Salah...bila kita jual balik harga dia mesti jatuh...

Rumah??? Betul...-Tapi nak kena tengok lokasi yang strategik...-Contoh rumah yang harga jatuh...kat Bukit Beruntung..

Tanah??? Betul....-Modal kena banyak...Lokasi kena Strategik...Nie semua Aset...Kalau Bukan untuk kita pun,untuk anak cucu kita...

Duit??? Betul ...he he he...

Ok jom kita fikir dan buat kajian sikit...

Contoh la...contoh...kalau kita ada RM10,000....

1.Kita simpan kat Bank ABC...Dalam masa setahun berapa % kita dapat pulangannya...
Average dalam 1-2%...Kita amik la 1.5%...Dapat RM150...Syukur...sape nak bagi Free2 RM150 kan...or

2.Kita simpan kat ASB...Setahun Average 7-8% Ambik 7.5%...Dapat la RM750...Wow...Lagi banyak...or

3.Kita simpan kat Unit Trust...Nie bergantung pada keadaan...ada masa pulangan dia bagus..
ada masa x berapa bagus...bergantung pada keadaan ekonomi..Let's say kita amik contoh aku punya acc..1 1/2 Year saving, interest dapat +-18%...
So dapat la RM1800...Wowwww...He he...tu kalau simpan RM10,000...Kalau simpan RM20K,RM30K...RM100K...Kira la sendiri...he he....

Tapi tu pun macam aku tulis tadi bergantung pada keadaan ekonomi + kehebatan ilmu agent yang menguruskan satu2 akaun tu...Dan agent yang uruskan akaun aku tu mmg sorang yang expert dalam bidang tu...Alhamdulillah...Nak gunakan perkhidmatan agent tu? jgn malu2 boleh tanya aku...Yang nyata Agen tu bukan Agen 007 atau Aku sendiri...he he he...


So buat masa nie mana pilihan yang lebih baik???

Tapi tu semua bukan point aku nak citer kat sini...Ada pilihan lain selain dari kat atas tu.....Yang aku nak share sangat2 ngan semua org....tapi ...ada kerja nak buat sikit..nnt kita sambung lagi ya...

Thursday, July 8, 2010

Buka Minda...Buka Fikiran...

Nie ada satu artikel yang menarik dipetik dari Malaysiakini.com..Tulisan Hisammudin Rais..Bagus untuk pengetahuan Am...Ia bersifat politik tapi berkaitan dengan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia...x salah rasanya untuk pengetahuan....Sapa yang nak baca boleh click kat sini --> "Menembak mati si pembawa berita"

Saja wujudkan entry nie sebelum sambungan cerita Impian , Impian 2 & Impian 3...

Tuesday, July 6, 2010

Syukur...Mujur...

Rabu, 30 June 2010 -

Danish call - "Abah, malam nie kita tido x dek aircond ngan lampu, tadi rumah atuk terbakar,ada api..asap banyak..."

Aku -"Ohhh...Iye...Danish ngan adik kat mana skrg?cam mana boleh jadi cam tu?"

Danish - "Kat umah...tadi ada kilat..letrik kat atas meja komputer terbakar...Api dah padam,atuk padam"

Perghhh....Syukur sangat2 pada Allah s.w.t...x dek pa pa berlaku pada org2 kat umah tu...
Mujur jugak masa kejadian tu jadi, ada orang kat umah...cuba masa x dek saper2 kat umah...api pulak sambar kat langsir sebelah tu....mahu hangus sebijik rumah...dan Mujur jugak dorang sumer tgh dok lepak2 kat depan...sedar bau asap...buatnya Abah ngan Ibu gi ngaji...Ummi,Danish & Cinta dok tidor kat bilik atas....fuhhh.....memang ngeri...

Alhamdulillah....Semuanya selamat...

Lambat citer kat sini sbb bateri kamera abis...x leh nak charge sbb letrik kat umah x dek...kami tidor mlm tu bertemankan sang nyamuk dengan alunan lagunya di tepi telinga...
Yang tak tahan masa terbakar tu,nisha cerita ikan kat dlm kolam tu melompat2 sbb kena renjatan elektrik....kesian...Mujur x dek ikan2 yang terkorban....he he he...

Panadol..

Semalam kepala aku rasa sakit sangat kat bhg belakang nie...picit2,urut2 banyak angin keluar ikut mulut...tengkuk rasa cam keras jek..

Balik kerja singgah umah kak min sbb dorang ada kat sana..cakap pening kepala kat nisha...dia kata makan panadol...pas tu aku kata x yah la..dia paksa gak...aku tetap kata x yah la..sebenarnya nak suruh dia picit2 kat tengkuk nie bagi keluar angin,dia suruh makan panadol gak...aku tetap berkeras x nak makan...last2 dia tengok jek kat muka aku...

Dalam hati dia..."Hey...degil betul dia nie...cakap org x mahu dengar"
Dalam hati aku.."Tahu la abang nie hensem,jgn la dok tengok lelama cam tu"he he...

Pasal apa aku x nak makan panadol,baca cerita nie...aku amik kat "Buletin Pengguna Islam,Persatuan Pengguna Islam Malaysia"

Menda nie dah lama aku tahu dan memang aku x manjakan pun diri aku dengan panadol nie...cuma bila betul2 perlu jek aku telan...

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Monday, July 5, 2010

Mega Projek Masjidil Haram...

Suatu Hari nanti...InsyaAllah...

Friday, July 2, 2010

Sayangi ibu, bapa, mentua sama rata

Oleh Mohd.Zawawi Yusoh

JIKA Allah menurunkan hidayah, segeralah bertaubat tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya kita pernah menderhaka kepada mereka?

Maka ziarahilah pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya. Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka. Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa.


Walaupun ibu bapa sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa. Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat, kemudian baru hendak bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Contohnya, tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini.

Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Allah? Jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa?

Pastikan hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalin hubungan baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.

Lazimnya dalam hubungan ini, ibu yang dilebihkan sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Rasulullah meminta ibu didahulukan.

Tiga kali ibu memanggil, barulah sekali kepada bapa. Bagaimanapun, sebaik-baiknya kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.

Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya, golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.

Walaupun Allah tidak mengambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua. Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Jika mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggung hati ibu bapa kita.

Kita sayang anaknya, jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang melahirkannya?

Saya tahu, ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung

. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua. Kelima barulah isteri. Jadi, isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa kerana itu memang wajar.

Sebaliknya, anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah adalah ibu bapanya.

Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak mengenali mentuanya.

Menantunya berkasar, menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang, Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu, meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru.

Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menggambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pesanan. Nabi Ismail sedar, itu adalah bapanya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.

Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa baginda. Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang, baginda berpesan lagi, dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Doa pagi Jumaat nie...

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati,
izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah…
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya,
kekalkanlah cintanya,
tunjukilah jalan-jalannya,
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Aminn..

Wednesday, June 30, 2010

Y CINTA...??

Ada orang tanya...Kenapa aku panggil Cinta??

Aku nak tanya balik...
Kenapa panggil Yan??Ya nti ker?? Azeyan??
Kenapa panggil Sayang??Abis semua org panggil Sayang...Abg Lan pun x terkata apa dah..
Kenapa panggil Telah??Apa yang "telah" dilakukan??
Kenapa panggil ChiTak?? Nak belajar Tai Chi ke Tak nie??
Kenapa panggil Abg Daeng?? Adik beradik Daeng Chelek, Daeng Merewah, Daeng Perani ker??
Kenapa panggil Pak CikChop?? Chopp@TV9 tu ker??


Kenapa panggil Kak Ani??Tua drpd aku ke minah tu??
Kenapa Amirah,Najwa,Nadia n Kak Ani panggil Abg Saiful Hensem?? Sebab mmg Hensem....he he he...(ini la kelebihan blog...)

Kesimpulannya saper yang dapat jawap kenapa nama dorang dipanggil cam tu, sama la naper aku panggil CINTA..he he..

Saper org yang tanya tu?? Entah....aku cuma berimiginasi jek...he he...

Tuesday, June 29, 2010

Comment...

dah lama uda x comment kat sini...naper?sibuk ker?

Danish Demam..

Hari tu Danish Demam...add another 1 week cuti skolah...skrg dah baik...




Monday, June 28, 2010

Sama Jek Semua...

Ptg tadi gi Birthday Party Anak Maria, Mawaddah..Pas tu singgah umah MakTeh solat Asar..Hanani je ada...MakTeh kat umah Kak Min..

Tengah lepak2 dengar bunyi Mamak jual roti...panggil je mamak...ada org pangil babu...tapi yang tadi tu India kot...Beli la roti...Dukung Cinta...Cinta dok pandang je kat India tu...India tu "acan-acan" ngan dia...kak ani tahu ke acan2 tu aper...cam tegur2 la kat dia...pas tu India tu kata

"Adik....Jangan takut...Kulit saja Hitam, tapi Hati Putih" he he...

Sebenarnya ada banyak msg disebalik kata2 tu...Salah satunya, Allah x pandang pun pada paras rupa, miskin kaya dll...Macam2 manusia yang aku jumpa masa gi Umrah dulu....Semuanya sujud pada yang Esa x kira apa bangsa sekalipun...Yang paling penting Hati..................Bersyukurlah dengan kejadian yang telah Allah Ciptakan.......

Sunday, June 27, 2010

Towing Chevy...

Chevy masa sangkut kat SUK ari tu..Panggil towing Insuran..150KM pertama Free..

Wednesday, June 23, 2010

Chevy Problem...

Fuhhh...skrg masih kat Shah alam lagi...turun dari meeting tadi nak balik keta x boleh start...dah panggil member try mcm2 x leh gak...tinggal dulu kat sini sbb dah nak maghrib...jap lagi balik naik komuter...penat2....

Syukur....

Kak Ani,

Hujung minggu nie kiter gi tgk Karate Kid kat Mid Valley nak...Pas tu kita gi makan Burger King Kat KLCC.. Pas tu kita gi Main Bowling Kat Alamanda...Makan Pizza Hut kat Pavillion...Malam kita jalan2 kat Uptown Danau Kota....He he he...

Mungkin kejadian yang menimpa kak Ani boleh KITA semua ambik iktibar....Kita patut rasa bersyukur sebab kita masih mempunyai kaki yang kuat untuk melakukan aktiviti...Kak Ani nie bersifat sementara....Cuba bayangkan org yang tidak mempunyai kaki seumur hidup...macam mana kesusahan mereka untuk buat sesuatu kerja...???

Untuk mat2 n minah2 rempit semua...jangan la cuba2 nak merempit sana sini x tentu pasal...kalau eksiden putus kaki menyesal seumur hidup pun x boleh tumbuh balik kaki tu...

Oleh sebab tu marilah kita belajar mensyukuri nikmat yang Allah bagi pinjam kat kita di dunia nie...

p/s : Kaki nie nak guna lagi untuk Tawaf Kaabah tahun 2015 nanti....
Wan Uda ngan Wan Teh jgn lupa tau simpan duit...takut2 bidadarindu x cukup duit 2015 boleh mintak
wan uda n wan teh....he he he....




HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah KepunyaanMu tidak ada sekutu bagiMu.

Tuesday, June 22, 2010

2 Zaman...

ABC Abah & Ummi ******** ABC Danish & Cinta

Impian 3...

Sambungan dari Impian 2...

Lambat sangat la nak tggu Kakcik bgth apa tu pasif income...kira betul je la jawapan kakcik tu...mmg org pandai....he he...

Ok jawapan kepada pasif income tu ialah..Pendapatan sampingan la...he he....Rata2 Orang2 di Malaysia nie tak buat satu kerja je bagi tiap2 orang...Kebanyakkannya
selain dari makan gaji mesti buat site income lain....contohnya jual tudung kat office,amik upah basuh baju, jual cupcake guna blog, jual kuih tart(mcm aku la...tapi kuih tart nie mmg sedap...x pernah ada org kata x sedap...promote sikit sbb dah nak raya nie..he he)...

Ada org buat part time mlm kerja kat shopping kompleks, ada orang jadi waiter, ada orang ...
ada org tolong2 masak katering...(he he he aku la lagi tu...sape nak tempah boleh gi kat sini http://nasibaryaninona.blogspot.com/

Tu semua adalah masuk dalam kategori pasif income...tapi pasif income yang aku nak ialah masa aku tidor pun duit boleh masuk kat bank...masa aku bawak lori gi pasar beli barang2 katering pun duit masuk kat bank...masa aku tgh tawaf keliling kaabah pun duit masuk kat bank (Labbaik Allah humma labbaik, Labbaik la sharika laka labbaik, Innal hamda, Wan-ni'mata, Laka walmulk, Laa sharika lak.windunyeee...) dan masa aku tgh buang air kat toilet pun duit masuk kat bank...best kan cam tu....
Semua org mesti suka cam tu...persoalannya sekarang cam mana kita nak create pasif income jenis cam tu...?? Jawapannya....he he he...

Amirah nak tahu...Baca ayat nie dulu (x kira la baca dalam hati ke,baca dalam kepala ke) "Abg Saiful memang Hensem" Wa ka ka ka ka...Kak Sayang kena baca "Saiful yang hensem apa jawapannya?" he he he...

Ala jawapannya ada antara bakal jutawan kita dah buat pun....Salah satunya ialah SAVING la...Apa yang kita nak Saving??Duit....selain daripada Duit???

1.ASB ialah salah satu Pasif Income..
Kita tengah sibuk dok antar anak gi skolah, tengah sibuk dok siram pokok bunga, tgh sibuk dok masak kat dapur,YBhg Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman umumkan dividen asb pada tahun ini ialah sebanyak................yahooooooooooo........

2.Duit sewa rumah...
Tgh bancuh susu anak pun, penyewa masukkan duit kat bank...tahu2 dah ada duit dlm bank ...best kan klu cam tu...tapi untuk sewa rumah nie modal kena la besar sikit... lokasi rumah nak kena strategik.. banyak faktor kena ambik kira...

3.Forex..
Ilmu kena penuh betul2 didada...kalau ilmu sikit lebih baik x yah main Forex nie...lagi menyusahkan ada..

4.Unit Trust...
Pun macam ASB gak..tapi nie pun ada masa bagus..bagus la pulangannya...bila x bagus x bagus la pulangannya..so far aku letak duit ok la pulangannya..

5.Lain-lain cam biasa la...part time katering, jual tart, jual tudung, jual cendawan, jual chicken mc nugget, - nie semua jualan bermusim...ada masa ok ada masa x patut jual...

Sebenarnya banyak lagi pasif Income yang kita boleh senaraikan kat sini..cuma nak kena usaha jek...Lagipun Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)iye kan

Ada x drpd senarai Pasif Income nie yang kiter dah buat..?? Atau satu pun x buat..Memang susah sikit nak buat cam kat atas...x per.. Ada lagi satu benda yang kita boleh buat saving selain daripada duit....(tapi masih memerlukan duit, tapi modalnya x la besar mcm beli sebijik rumah utk buat sewa) long term investment...(bukan long kawan mak yang datang jalan2 dari kampung ari tu...)

Jawapannya....Jeng Jeng Jeng...Amirah n Kak Sayang ...tahu kan nak cakap apa....he he he...

Penat la Taip...Nanti la kiter citer....Kalau saper x sabar nak tahu, kena belajar bersabar...Long term Investment nie banyak bersabar...sebab pulangannya bukan ari nie simpan esok boleh untung...klu cam tu dah kira skim cepat kaye...

Jgn risau...Nie bukan jual baju dalam pompuan yg nak bagi kurus badan tu ke, jual penapis air ke, kerusi urut ke, vakum ke,...Skim Cepat kaya Ke...e-book ker...sumer bukan...Tungggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........

Thursday, June 17, 2010

Berita Kurang Enak Untuk Uda...

"Kadar tol jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan dari RM 7.00 sehala kepada RM 9.40 untuk menyelaraskannya dengan jambatan kedua yang masih dalam pembinaan."

Bacaan selanjutnya click kat sini -->



p/s: susah2 sangat pencen je la Uda.. Kasi Farah Kawin cepat2, jaga cucu kat umah...he he he..

Impian 2

Nie sambungan dari Impian....

Pastinya semua org di dunia nie impikan kekayaan...sume org nak jadi kaya..nak banyak duit...nak jadi jutawan...

Sama jugak macam aku...aku pun ada impian nak jadi cam dorang gak..nak bagi anak isteri n family senang...mesti ada target.
.
Mcm pakcik chop dah target umur 55 --> Millionaire..Abg Lan pun target umur lebih kurang tu jugak..Aku ???Aku target umur 40..Fuhhh...sekarang 32..maknanya ada 8 tahun lagi untuk aku capai target tu...Boleh ker??

Tapi target aku umur 40 tu bukan la jadi Millionaire..tapi jadi "Kaya"...kalau jadi Millionaire masa umur tu ia satu bonus pada danish,cinta n nisha..(dengan Izin Allah)

Jangan Salah Faham pulak...Kaya dalam maksud aku ialah "bila pasif income kita lebih banyak dari perbelanjaan"...faham x? x faham

Ok Jom kita mula berfikir...Kita ambik contoh, apa guna kalau kita ada rm500k @ rm1M dalam akaun pun tapi hutang belambak2, hutang rumah, hutang kereta, hutang credit card, hutang personal loan, hutang kain, hutang belanja kawin, hutang Along opsss....jgn buat gile hutang ngan Along....hutang itu, hutang ini...haji x pergi lagi...umur makin meningkat...dan bila kita ada rm500k @ rm1M mesti hutang pun besar2 gak kan..x kan nak pakai keta kancil, dok umah teres biasa jek...,makan ikan bilis ngan ikan masin jek...buat majlis kawin anak kat umah jek...mesti nak buat kat hotel...he he...mesti keta bmw x5,umah banglo kawasan org kaya2...

Bila income besar, perbelanjaan pun mesti besar gak kan...so maintenance pun mesti tinggi..iye kan..

So aku cuma harap umur aku 40 nanti , aku dah bebas dari beban2 hutang tu semua...fikiran aku pun x pening dah malam2 cam mana nak cari duit utk settlekan hutang2 tu semua...

Pada aku, duit yang kita dapat tiap2 bulan dari gaji tu sebenarnya bukan duit kita...Duit org lain..Kita nie cuma pemegang amanah dan ditugaskan untuk menguruskannya aje..
nape aku tulis cam tu...cuba fikir baik baik...kita ambik contoh

Gaji sebulan RM2500...contoh la..
Rumah RM 1100
Kereta RM 600
Kad Kredit RM 200
Astro RM80
Bil Api & Air RM 50
Personal Loan RM 100
PTPTN RM 50
Belanja Dapur RM 400
Minyak Kereta RM 300
Tol RM 150...

nie dah lebih dari gaji nie...nie cuma contoh...apa yang aku nak tunjuk ialah gaji yang kita dapat tu kita bagi kat org lain...bagi kat bank,bagi kat org astro,bg kat tokey minyak...kat org tol...kita cuma tolong uruskan aje duit2 tu bagi kat org tertentu...betul x?mana ada duit kita...

Kata la ada lebih dan buat saving...sebenarnya untuk saper saving tu...buat belanja repair kereta,bayar road tax n insuran,repair rumah, beli pasu bunga, beli mainan anak, dan yang paling penting saving tu untuk masa depan anak2...
tengok tu kan dah jelas...bukan untuk kita tapi untuk anak-anak kita...last2 bukan kita punya pun duit tu...duit anak2 kita..kata la x de anak...duit saving banyak2 tu dapat la kat org lain...waris2 ke..pemegang amanah ker...nampak tak...

Satu lagi contoh...katakan la gaji RM2500 gak..umur 40.contoh....
Hutang Rumah dah settle,Hutang kereta pun dah settle,Kad kredit dah x pakai lagi,Personal Loan n PTPTN pun dah settle...

Astro masih RM80,
Bil Api & Air RM50
Belanja Dapur RM400,
Minyak RM300,
Tol RM 150 =
RM980.
RM2500 - RM980 = Bulan2 ada lebih kat tangan RM1520..nie dah dikira kaya dah nie...

Haji pun dah pergi umur 37 dulu...nampak x beza dia...

Dah jauh dah pegi nie...sambung balik..so aku cuma ada 8 tahun je lagi utk "kaya"...Kena usaha lebih nie...Semua org ada cara masing2 untuk kaya...sama gak macam aku...Aku rasa macam dah nampak cam mana nak "kaya"...

opsss...lupa plak...apa maksud pasif income yang aku tulis kat atas tu??? Orang macam Afiqah mana tahu apa pasif income...apa??Frangipani??kura2 dia tahu la...he he he...

tanya kak ani pun tak tahu...ummi jua ngan ummi dia yang skolah tinggi pun x tahu rasanya....kak cik yang cantik dan bijak bestari tahu ke apa itu pasif income?? Jawapannya......Jeng Jeng Jeng....

Kita Tunggu selepas ini...(Ala-Ala Dato Jalaluddin Hassan dalam Who want's to Be A MillionAire..)...Penat taip....Lagipun dah banyak rasanya...nanti uda boring lak nak baca...mcm blog jiwang karat tu....he he he...

Jaga-Jaga...Kot2 ada bawah Meja...

Wednesday, June 16, 2010

Impian

Aku tahu semua org dalam dunia nie punya impian...ada org impikan keluarga bahagia,ada org impikan kereta besar n rumah besar..ada org impikan
kedamaian dan ketenangan dlm diri dia..org2 di palestin pulak impikan negara mereka merdeka dan aman damai...kesian kan kat dorang..

Aku juga punya impian..Sekarang impian aku yang utama cuma satu...Aku nak pergi haji...bukan sbb nak dapatkan title haji tu...tapi sbb nak lengkapkan rukun islam tu..
sebenarnya aku amat rindukan kaabah...Masjidil Haram ...x pernah aku rasa serindu ini pada sesiapa pun...nie bukan rindu yang dibuat2...aku rindukan solat di hadapan kaabah.. aku rindukan berdoa di hadapan kaabah...sama macam tgk bola jugak..tgk live ngan tgk tv lagi best tgk live walaupun tv lcd HD 52" ada kat depan mata...sebab apa??...kepuasan..feeling..tu yang susah nak dapat..no wonder la masa zaman rasullullah dulu umat dia amat takutkan Allah dan cintakan Rasullullah...
hanya org yang dah pernah sampai ke sana je akan mengalami perasaan ini...x dinafikan ada jugak org yg x dek perasaan tu langsung..

Buat masa ni,untuk mengubat kerinduan aku tu,setiap hari aku mesti bukak blog

tq cl..ada rezeki dan umur panjang kita jumpa disana suatu hari nanti ye..nasib baik ada org cam cl kat sana..lepas rindu...dan aku bertekad untuk kembali ke sana suatu hari nanti...hopefully kita jumpa ye cl ...kita kumpul duit tau wande n wanteh...

-click gambar untuk besarkan dan rasai dan nikmatinya dengan penuh perasaan-

p/s : dadima jgn jeles sebab mention name wande n wanteh jek, sbb org cam kami yang kena kumpul duit...cam dadima n lain2 x yah kumpul2...anytime boleh pegi...

Cerita2 Jutawan..

Best betul pagi nie, jalan lancar jek sejak cuti skolah nie...x dek tension sangat..kurang la sikit masa tua aku dlm kereta..

Dulu masa nisha kerja pagi antar dia,pas tu gi keja,balik amik dia baru balik umah...keja plak masa tu kat ranhill,jln tun razak,mmg jem gile waktu org masuk ngan balik keja...cakap ngan dia,"sha,kita nie nampaknya tua dlm keta je la" he he..

Smlm petang gi visit kak ani kat hukm..masih kat emergency lg..kaki dah simen bukak balik sbb bila x-ray semula salah letak kepala lutut tu..bukak balik simen tu...betulkan balik...pastu simen balik...kak ani pun loklak,doc tu pun loklak..

Sambil2 tggu k.ani tgh simen ajak pak teh ngan fatin gi minum dulu...borak2 pak teh bukak citer pasal "labur RM500 dok diam2 setahun dapat rm 40k" mcm yg dia antar sms kat aku sblm nie..rupanya beli e-book.."beli e-book smp rm 500..aku beli gak e-book nie tapi x dek la smp rm500 dan e-book yg aku beli semua nya yg aku mmg nak baca dan dah baca smp abis...antaranya e-book yg aku dah beli "Mari belajar Cashflow","pentingnya pasif income dalam seharian","langkah demi langkah penanaman cendawan", "Chapter M - A"Malaysian Guide To Profit From Click Bank n Paypal","Menyingkap rahsia pelaburan Emas" dan ada la beberapa lagi..Dan yang paling penting semua e-book2 tu harga dia x lebih rm50..average dlm rm20an je kot..

Aku tanya pak teh,buku rm500 tu nak buat apa?"baca la..x nak baca boleh jual"...cam mana nak dapat rm 40k tu?..dia digenerate oleh sistem komputer bla bla bla..dia nie MLM ye..?dia bukan MLM bla bla bla dia terangkan kat aku..Mak Teh beli gak ker?Mak Teh pun amik gak,Fatin share ngan Pak Teh "Dlm hati aku naper x share jek baca buku tu 3 org...nape nak kena beli rm500 smp 3 org..dah jadi rm1000..pak teh explain lagi kat aku,org tu kata "kita bukan nak jadikan u jutawan..cukup la target rm40k"...dan explain dan explain dan terus explain aku tahu tujuannya ialah utk dapatkan setiap sorang tu dapat rm40k dlm masa setahun..

Tak pe la...tapi pada aku nie sama je mcm MLM sbb kena cari org gak klu nak dapatkan balik duit yg kita laburkan tu...x cari boleh gak tapi lmbt la kot...sama je cam cni,hai-o,beautiful tu sume...x cari boleh gak...pakai je la barang2 tu...e-book pun sama...baca je la buku2 tu..dan tak semua org Allah jadikan tu sama...mungkin dorang boleh berjaya dalam bidang tu dan apa yang aku tahu aku x pandai sangat dalam bidang cari2 org nie...

Aku rasa dah banyak skim2 yang kata dia digenerate by sistem komputer tapi sejauh mana keberkesanannya x dapat dipastikan..x dinafikan mungkin ada org yang berjaya tapi kebanyakkannya entahlah...x per kita tgk setahun dari sekarang rm40k tu..


Lepak umah mak teh...mak su n family pun ada...sembang2 ngan pak cik chop..terkejut aku..rupa2nya yang tengah dok sembang ngan aku tu bakal jutawan rupanya...perghhh...dah la maintain muda...jutawan pulak tu...he he..dia kata umur dia 55 dia dah millionaire...mmg betul betul pun...kwsp airod potong tinggi dlm 16%...tu x masuk dlm asb lagi.. asb dia ngan maksu boleh cecah lebih kurang rm700k...pakcik chop buat loan asb...aku cakap ngan dia yang aku pernah baca article yg kata buat loan asb tu rugi sikit compare ngan kalau kita simpan bulan2..aku rasa ngan gaji cik chop skrg nie mmg boleh simpan bulan2..x yah buat loan pun x per..tapi dia kata dia dah kira dah..ok mungkin betul la dia kira tu..untung mmg untung tapi lagi untung kalau kita simpan sendiri tiap2 bulan dengan gaji mcm pak cik chop tu...kalau mcm gaji aku nie mmg patut la buat loan..cuba baca kat sini ...aku pun bukannya pakar sangat dalam bidang nie..he he..


p/s : pakcik chop adalah bakal jutawan ke2 yang aku tahu dlm family selepas tokey minyak kat ganu tu..mari kita sama2 doakan mereka...tapi yang paling penting jgn lupa doakan untuk diri kita dulu agar sama2 jadi mcm diorang...amin....

Tuesday, June 15, 2010

Wanie Anakku Jatuh..

Kesiannya kak ani...jatuh kat umah tadi..licin kata mak teh...skrg baru lepas x-ray...tgh tggu dr ortopedik datang untuk adjust balik lutut dia...cara cam mana x tahu la..


Aduh pasti sakit...kesiannya ummi wanie...

Tuesday, June 8, 2010

Sedih..

Cerita nie dapat dari email...so nak share ngan sume org...

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine ... Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)
Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel ...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine


Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...
SINGAPURA ! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.

Thursday, June 3, 2010

Imam Muda..

Sejak kebelakangan nie sibuk betul rasanya...macam2 nak kena buat...x sempat nak tulis kat blog..idea banyak tapi x sempat...nmie pun curi masa kejap sblm masuk meeting..



nisha selalu kata " sibuk je memanjang,gaji cam tu gak x naik2..."