Tuesday, May 18, 2010

Hari Sukan Al-Hikmah..

Pagi nie patutnya ada meeting ISO..tapi consultant x dpt datang sbb ibunya meninggal dunia malam tadi...Al-Fatihah..So meeting cancel... yahoooooo..

Kita citer pasal sukan Danish..ari tu keluar rumah sblm kul 7, sbb kena ada kat skolah dia kul 7 pagi...pegi naik bas..semangat betul dia...kami pegi berdua je mulanya..sementara tggu bas skolah smp,ummi dia plak datang ngan keta ummi qilah...cinta tido lagi...ummi kate sian kat danish...nak tgk danish sampai naik bas...cinta bangun nnt ummi pegi ngan atuk awak ngan tok nonah ngan ummi qilah ye..


Punyer suke naik bas ngan kengkawan...abah follow dari belakang ye...sampai kat sek keb taman seroja tanya dia,"best ke naik bas"..."best,cikgu bagi makan"he he..

Memula sebelum start sukan tu sume student ada pertunjukan dulu...tu la yang dia dok hafal kat umah selalu tu...lirik lagu tu aku x hafal...tapi part paling best tu dan buat ummi dia gelak "untuk rais kemenagan..rais...patutnya raih...iye la budak kan...kak ani masa kecik2 dulu pun cam tu jugak...kan wan teh kan...

Acara yang Danish masuk :

1. Lari Terus - Acara nie memula sekali dalam sume acara..dalam 4 buah rumah tu, diwakili oleh 1 je peserta...So rumah biru diwakili oleh Danish...Memula start tu pegi laju...kat tengah2 dah slow..kasut sebelah tercabut...lagi dekat garisan penamat...lagi slow...lagi sebelah kasut tercabut...ala..no 4 la jawapnyer...he he...Tok Awak datang kat Abah marah Abah..."Macam mana tu kasut dia tercabut tu..kenapa bagi pakai kasut tu.."tahu la tok awak tu cakap dia cam maner...aku buat dono je...dah paham sangat perangai dia tu....bukannya danish tu kalah main thomas cup ke...sukaneka je la...he he...pas tu tanya ibu kat maner...Gi kat ibu,qilah ngan yan,dorang pulak kena marah....lawak2...Tapi Abah nak Danish tahu yang Abah bangga dengan anak abah..Sbbnya baru je lebih kurang 2 minggu masuk skolah tu,dalam ramai2 student,danish yang dipilih wakil umah biru...hebat la danish...Untuk pengetahuan, ada 3 skolah yang terlibat dlm sukan nie...skolah danish je ada 2 rumah...biru ngan hijau..merah skolah ABIM lain,kuning skolah ABIM lain..2. Bawak bola ngan Gelung - No 2
3. Bawak bola ping pong dlm pinggan - No 2
4. Susun Tin - No 3
5. Cari dan Susun Kasut - No 2
6. Tarik Tali - No 3

Dah kul 1 bebudak nie sume masih x makan lagi...katerer hantar lmbt makanan...bila dah hantar mak bapak plak sebat dulu...danish kena tggu lagi satu trip..."abah,danish lapar la abah" jap ye..nnt diorang hantar makanan...siannya kat dia...Ada sorang member danish tu Adam nama dia...cakap mmg selamba jek..."cikgu, mati la adam cam nie x makan"

Sebenarnya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh penganjur...kelab kita kena ambik iktibar...
1.Masa habis acara dekat pukul 3.lewat sangat...
2.Acara untuk Ibu bapa x yah la buat...nie dok sibuk 2,3 acara utk dorang tengahari buta..kesian kat bebudak..jgn syok sendiri...
3.Makanan utamakan pada budak2 dulu..kena sampai pada masanya...pukul 2 baru budak dapat makan...
4.Cabutan bertuah boleh bagi sambil2 dari pagi tu...nie x,dah nak abis sume acara baru nak bagi..mak bapak dah ramai yang balik...hadiah tu organiser je la bawak balik umah...aper daaa...
Masa danish makan tu tanya la kat dia,nak balik ngan abah ke nak balik naik bas...?nak naik bas...tanya cikgu dia...bas ada lagi ke balik nie....x dek...bas pegi je...balik ngan ibu bapa....he he...muka jgn cakap dah macam uncle iky dah...he he...compare ngan cinta macam taik cicak...he he..Dalam keta je dah tidor...balik suruh dia mandi2...solat,terus tidor...

Malam tu aku ngan ibu kena gi ambik kerusi untuk katering esoknya kat tesco semenyih rumah kak min...balik dari situ dah tidor jugak kedua2 anak kesayangan abah nie...Keletihan....

Monday, May 17, 2010

Latest Update..

Tadi msg ngan owner blog jiwang karat..tanya pasal status HSFD..Malas tulis panjang2..Date dah bertukar 21,22 & 23 Dis 2010 (Selasa,Rabu,Khamis) sbb nak dapat price RM468 tu...buat apa nak bayar lebih kalau dapat rumah yang sama,pool yang sama...sehari je bezanya...iye kan...kita bukannya nak kejar apa pun...duit lebih boleh buat blanje lain...

p/s : kalau malaysia menang thomas cup ari tu x yah kita susah2 pegi keja ari nie kan uda..sebab cuti..

Sunday, May 16, 2010

Happy Teacher's Day..

Masih belum terlambat untuk ucap selamat hari guru kat semua guru2 yang pernah ajar aku...dari kecik sampai besar...x lupa jugak buat cikgu yang dok kat kem wardieburn tu...moga baik deman ..tak lupa juga untuk cikgu comey kat penang tu...



Sakit belakang..baru lepas basuh pinggan mangkuk,periuk belanga...petang tadi baru siap katering..nak tungku belakang jap lagi..anak2 dah tidur...danish letih semalam sukan x abis lagi kot...kulit dia dah terbakar kena matahari..ada ke patut sukan sampai dekat pukul 2.30 baru nak bagi hadiah...lambat gile habis...Ada games yang dia menang,ada yang kalah...esok dia cuti lagi...ganti sukan semalam...hari selasa baru cikgu dia bagi sumer hadiah yang dia dapat..

penat...esok je la citer..ngantuk...gud nite...

Friday, May 14, 2010

Hari Sukan Taski Abim Al-Hikmah...

Esok (15 Mei 2010 -Sabtu ) dijemput seluruh kaum kerabat, sedara-mara, sepupu-sepapat, orang2 kampung sg merab, orang2 kg sg kecik iliaq..,warga tentera kem wardieburn, ahli-ahli persatuan penduduk Taman Cheras Indah, Warga Kerja CariGali Petronas ,Para2 Hakim yang bijaksana Mahkamah Jawi - (dulu la skrg mahkamah Penang)..,Para Penumpang2 penerbangan Di Subang Airport ke Sukan Tahunan Taski Abim Al-Hikmah Di Padang Sekolah Bandar Baru Salak Tinggi untuk memberi sokongan padu kepada anak lelaki Kami yang akan menyertai acara sukaneka pagi esok...



Diharap dengan kehadiran Tan Sri2,Puan Sri2,Dato'2,Datin2,Tuan Haji2,Puan Hajah2 ke Sana esok akan menambahkan lagi semangat juang anak kami untuk meraih kemenangan...

Wednesday, May 12, 2010

Tak Dek Tajuk??

1.First nak bgth, Perasan x blog "jiwang karat" tu x dek saper pun comment..bukan x nak komen tapi x leh komen...since uda dah utarakan perkara nie,nak suruh "aya" tukar kat

1.setting
2.comment
3.who can comment?
tick ruang anyone...

baru la org boleh comment..

2.OK baju aisy tu boleh bagi kat Danish...sesuai sangat la tu...

3.Memang dah terfikir dari dulu lagi nak lantik as secretary,sbb mmg tu keja dia pun...so dah terlantik secara automatik..

4.HSFD - Tambahan untuk AJK..

Abah --> AJK Keagamaan
Abg Li --> AJK Keselamatan
Uda --> MC Majlis
Abg Lan -->AJK Karaoke..He he he...


Sajer...menda nie pun dah fikir dulu dah...nak libatkan sumer org...kita akan bincang dalam meeting akan datang nanti...Antara Lain...AJK Sukaneka,AJK Penginapan,AJK Hadiah dll...Dan Kita akan tetapkan juga "TEMA" HSFD nanti...Hari pertama tema apa,hari kedua tema lain dan hari ketiga tema lain...

Dengan kata lain kita akan buat aturcara yang terancang dan diharap semua keluarga akan ikut aturcara yang ditetapkan...Sebelum Pulang kita akan adakan sesi bergambar "Memori Indah HSFD 2010"...Buat masa nie tu je la dulu...banyak lagi idea dlm kepala nie....yang paling penting skrg nie duit kena collect dulu..

HSFD Part 3

Entri nie dicilok daripada blog secretary jiwang karat...Malas nak olah semula...isinya sama jek...cuma mungkin nak edit sikit2 jek...Senarai Ahli Jawatankuasa Kecil Akan dilantik pada Mesyuarat akan datang...

Tempat : Banglo 4 bilik A Famosa Resort Melaka
Kos : RM600 untuk satu family (satu pasangan & anak-anak)
termasuk penginapan, makan & minum selama 3 hari 2 malam
satu family satu bilik
Tarikh : Check in 19-12-2010 (Ahad) & Check Out 21-12-2010 (Selasa)

Ahli-ahli keluarga yang terlibat :-

1)Hajah Saodah binti Haji Saad [Ahli Lembaga Pengarah] - InsyaAllah Akan Hadir -

2)Puan Roseni Binti Md Zain [Ahli Lembaga Pengarah] - InsyaAllah Akan Hadir -

3)Hajah Rosnah Binti Md Zain & Haji Hamzah bin Haji Ahmad, Aqilah - InsyaAllah Akan Hadir -

4)Puan Rosmah Binti Md Zain & Encik Abas Bin Bakar, Arzefi,Aryana - Masih Belum beri Jawapan -

5)Puan Ramlah Binti Md Zain & Encik Zulkifli, Fatin Bazilah, Mohd Bazli, Fatin Zawani, Fatin Hanani - InsyaAllah Akan Hadir -

6)Puan Rositah Binti Md Zain - InsyaAllah Akan Hadir -
& Encik Abdul Halim & Norfarahiyah, Mohd Faiz, Norfarahin, Norfarahnadia
Norfarahnajwa

7)Puan Aniza Binti Md Zain - InsyaAllah Akan Hadir -
& Mohd Yusop, Nor Amirah, Mohd Amir, Nor Afiqah

8)Pakcik Din & Mak Cik Ina, -InsyaAllah Akan Hadir -
& Zakuan, Nana, Faiz, Baby

9)Puan Hadzimin Binti Abdul Hamid - InsyaAllah Akan Hadir -
& Encik Rosli, Mohd Mustaqim, Nurul Balqish, Mohd Muqorrabin

10)Puan Hafidzin Binti Abdul Hamid - InsyaAllah Akan Hadir -
& Encik Noor Azlan, Putri Zukhair'Awatif, Muhammad Zuhayr Aisy

11)Encik Mohd Saifulizan & Puan Hairunisha - InsyaAllah Akan Hadir -
& Muhammad Danish Muqri, Humaira Syauqina

12)Encik Arzeky Bin Abas - Masih Belum beri Jawapan -
& Lyn, Areej Qistina, Aleef Qawiem, Aqeel Qawiem

12) Encik Arzery Bin Abas - Masih Belum beri Jawapan -
& Huda, baby

13) Puan Arnie Binti Abas - Masih Belum beri Jawapan -
& Encik Khairul, Danial & Arissa

AHLI-AHLI YANG DILANTIK
Pengerusi : Encik Saiful
Bendahari : Puan Hafidzin
AJK Sukaneka : Cik Fatin Bazilah & Cik Aqilah
AJK Makanan : Puan Rosmah
Encik Arzeky & Encik Arzery

Memohon kerjasama dari pihak sepupu2 ku supaya mengesahkan kehadiran anda sebelum 15hb Mei 2010 ini. Tempat adalah terhad kerana musim cuti sekolah, oleh itu tempahan awal perlu dibuat selewat-lewatnya hari isnin depan.

Bagi mengurangkan bebanan, satu tabung akan di tubuhkan untuk mengutip sebulan rm100, jadi apabila sampai bulan 12 nanti tak ada lah terasa sangat. Saya selaku Bendahari akan memaklumkan anda semua tentang hal ini dari masa ke semasa. Akaun bank akan diberi pada penghujung bulan ini.

Menu Makan 3 hari 2 malam

Hari Pertama
Breakfast includes (max 2 orang satu bilik)
Lunch - ikut keadaan macamana, beli di kedai @ restoran
Makan Malam (malam pertama) - ikut keadaan

Hari Kedua
Breakfast includes (max 2 orang satu bilik)
Lunch - ikut keadaan
Makan Malam (malam kedua) - di UMBAI, makan ikan bakar

Hari Ketiga
Breakfast includes (max 2 orang satu bilik)
Lunch - ikut keadaan

**Yang pastinya, anda semua tak akan kelaparan..

Tuesday, May 11, 2010

BirthDay..Danish..Tadika

Sibuk...ada audit ISO..Malam tadi meeting ke 5 HSFD dalam masa 3 hari...masih x dek solution..sedang fikir2 lagi...


Monday, May 10, 2010

2 Hari ..Penat..

Alhamdulillah dah selesai dengan sempurna majlis hari jadi anak teruna kami..Jutaan terima kasih diucapkan pada tetamu2 yg hadir pada majlis tu...Paling Jauh dari Negeri Terengganu Darul Iman...tak lain x bukan penulis blog yang jiwang, skema dengan ayat2 buku dia tu.
Boleh katakan sume yang dijemput hadir..cuma harap ada kejutan dari uda datang tapi tunggu2 tak sampai2...emm..maybe uda ada hal lain...sedih beb..

Terima kasih gak untuk yang bagi hadiah pada danish...Dan paling terima kasih pada org2 yang membantu dalam persiapan majlis nie sampai sempurna...tukang masak..tukang gantung belon..tukang sepah rumah...tukang kemas umah..tukang handle sukaneka..dan tukang makan...

Danish nampak happy sangat...Abah ngan ummi pun happy bila danish happy...Nanti kita buat lagi ye..

Letih memang letih tapi best...Malam tu kena masak lagi...ada katering esoknya...Tido dalam kul 2.30... pepagi bangun masak nasi pulak...dah siap2 sume abah gi sorang hantar kat hulu kelang...area giant tu...ingat nak kemas2 sikit pas tu nak rehat + tido...last2 abah call suruh bawak van...lori rosak kat jalan...waduh2...cobaan...pegi la sampai umah org tu...pas tu gi beli kuih kat tempat a.li n k.min tunjuk...mmg macam2 kuih ada jual kat situ...best...siap ada blog lagi... http://karipappanas.blogspot.com



Lori balik petang semalam operasi cuci mencuci plak...sampai kul 9.30 mlm...Pas makan sikit(penat-x lalu sangat nak makan) terus tidor..Dalam kul 10.30 ada msg masuk...punya la ngantuk nak tgk msg...tgk2 dadima..dia punya msg "CADANGAN:BANGLO JE SHARE,MAKAN MASING2.MASA NAK MAKAN IKAN BAKAR,KIRA IKUT FAMILY A) SETUJU B)TIDAK SETUJU..." semangat betul "org tua" nie...wa ka ka ka...(nanaji nampak lebih muda dari dadima)...Ingatkan dadima msg kata "DANISH,NANAJI DAH BERSETUJU UNTUK MENUKARKAN HADIAH TABUNG RUMAH TU DENGAN IPHONE"sedap la sikit nak baca...he he he..
jawapan aku masa tu C)LETIH, NAK TIDOR,ESOK BARU KOMEN...- tapi jawap dalam hati je la...sori dadima...dia x tahu dalam 2 hari nie je...dah 3 kali mesyuarat hangat,hangit,hampeh berlaku...HE HE...by the way..nak tanya dadima, mana pen hitam masa meeting ari tu...pagi tadi nak gi keja cari pen tu x jumpe2...kertas kira2 ari tu pun dah tak dek...kena congak balik...

p/s : dalam 2 hari nie jugak baru kita tahu mana satu teman sejati...masa makan steamboat,sama2...masa demam muka merah2,hantar gi klinik pun x...siap balik lagi,walaupun hujan2...he he he...

Wednesday, May 5, 2010

Taski...ABIM Al-Hikmah..


Nak citer sikit yang Danish dah start skolah...Hari nie hari ke2 dah..semalam first time hantar dia...dah besar anak bujang abah sorang nie yer...x nangis pun...cume masam jek muka...pas tu sedih...cover line...nanti kengkawan gelakkan..."danish blajar dulu...abg gi work kejap..ummi gi ambik adik...karang ummi datang balik ye.."hujan pun nak turun...tapi tersekat2...sedih...tapi nangis x keluar...bagus anak abah...

Pagi tadi antar masam sikit jek...masa nak tinggalkan dah senyum2 dah...minggu nie n minggu depan,minggu sukan...so x pakai baju skolah lagi..main kat luar jek...training...suka la...sebab sukanneka...lari laju jek...he he..dia citer ada budak nama syauqina,shafiyyah,aqilah,adam,humaira...bila cikgu panggil nama dorang tu,mula la senyum2 kat kitaorang berdua...

Ada amik gambar dia tapi kamera tinggal lak kat umah...malam kang if x sibuk boleh upload gambar..

Abah doakan anak abah akan menjadi orang yang berguna,bijak,pandai,menghormati org tua,berjaya didunia dan diakhirat suatu hari nanti...Amin...

Selamat menempuhi alam persekolahan anak abah sayang...

Al-Hikmah...Boleh...Al-Hikmah...Boleh...Al-Hikmah...Boleh...Takbir...Allahhuakbar.

Birthday Invitation..

Fuh...dekat seminggu gak tak post ape2 cerita ye...dan nie post yang pertama bagi bulan Mei...mesti ramai yang tertunggu2 cerita2 baru dari blog nie dan bila bukak2 hampa...lebih2 lagi wan uda..he he..kak ani..amirah...dan yang paling hampa ialah "aya"...wa ka ka ka ka...

OK...cam nie...Kami ingat nak buat birthday anak kesayangan kami minggu nie..Nak buat minggu lepas ramai yang tak dek..Minggu nie pun k.sayang datang kl antar mak, cantik la tu,boleh tgk k.sayang gemuk ke x sbb minggu nie dia x diet langsung...hik..hik...hik...x la...aisy n robin ada...mesti danish happy...

tArikh majlis - 08-05-2010
hAri - sabtu
mAsa - pagi...dalam kul 10 ke...11 ke...makan tgh...tapi majlis tu...bergantung pada org yang nak balik terengganu tu...akan ditentukan kemudian.

semua dijemput hadir..

1.Yong n Mak..2.Abg Li n Family,3.Abg Lan n Family,
4.Abah n Ibu,(Confirm Hadir sebab Tuan Rumah),5.Atiqah n Family,Mok n Uncle Wandi..
6.Lang n Family,7.Arnie n Family,8.Arzeky n Family,9.Arzery n Huda,
10.Wan Teh n Family(Wajib...bukan wajib datang...wajib bawak hadiah...he he he...)
11.Wan Uda n Family(datang la uda...x bawak hadiah pun x per..sian danish)
12.Pakcik Din n Family,
13.Dadima n Family(Wajib datang(sbb last birthday x dtg langsung) & Wajib bawak hadiah sbb nanaji banyak duit - Amin...Fiqah dapat apa Fiqah?blueberry..iphone,
blueberry..iphone,blueberry..iphone) he he..

p/s : Mungkin pagi tu kita boleh bincang2 sikit pasal HSFD dan bendahari diminta menjalankan tugas pada hari tersebut ya...

Thursday, April 29, 2010

Bantuan Tiba...

Untuk "saya" yang mintak tolong adjust time tu...("saya" konon...guna je la nama sebenar...buang "s" tu..."aya" he he..)

Gi kat "setting" sebelah "posting" tu..pas tu gi "formating"gi kat time zone dia...pilih GMT Kuala Lumpur..Go"aya"Go.. Go"aya"Go..

p/s: asyik berblog n FB jek,jgn lupa tugas kutip yuran n bgth sume family tau...


(Klik imej untuk lebih jelas)

Happy Birthday Farah..Al-Fatihah Hurin Syauqina

Just nak ucap happy birthday kat Farah..dalam masa yang sama if arwah "kakak" ada, genap 6 tahun hari nie...dah masuk tadika dah..Al Fatihah..

Moga2 Farah dipertemukan dengan cinta sejatinya secepat mungkin...ucapan dan harapan yg sama mcm dlm msg yg baru dihantar baru kejap tadi..

Uda pilih la nak menantu yang mane satu..untuk Farah...bukan untuk Uda tau..he he...


Siang tadi ada cource kat Shah Alam..esok sambung lagi sehari...semalam sibuk sangat dgn ms iso...langsung x sempat nak update blog..

Pelik Tetapi Benar..Yag bagi Talk siang tadi...tgk muka sebijik muka melayu kita...bila diperkenalkan nama..Mr Raj Kumar...pas tu masa nak mulakan talk tu dia siap bagi salam lagi..."Assalamualaikum...Nama saya Raj Kumar....Raj Kumar bin Mahful..." Melayu + Islam tu...Ha ha..

sambung nanti...dah ngantuk...nak tido dulu..

Monday, April 26, 2010

Lawak Petang Pulak..


Cuba baca nie betul2...

http://sayang-cintakasihsayangdalamhati.blogspot.com/

Lawak x nama blog nie...jiwang karat...kalau anak mak teh yang "kerinting" tu dengar mesti geli-geleman dia...x sesuai langsung dengan brutal dia...he he...Ummi Fatin kata kulit dia sama ngan Cinta..



Betul x apa yang ditulis disini. "Macam-Macam 3"..."Lepas siap2 dan hantar dia pergi sekolah, mula la aktiviti aku, sampai rumah dalam pukul 9pg, first sekali tengok drama Korea channel 303 KBS World, 3 drama sekaligus, abis dalam pukul 10.30pg. Lepas tu baru call ibu (mmg rutin wajib) tanya mak macamana, gossip pasal artis (he..he..selalunya aku yang bagitahu kat ibu perkembangan artis2 ni, pagi ni cerita pasal Rozita Che Wan pergi umrah ngan adik dia, smlm cerita Anne nak bercerai - bukan apa sejak ibu dok umah kakak, tak ada bahan bacaan, paper pun tak beli, aku pun tak beli paper tapi selalu layan Murai, itu yang banyak pengetahuan tu he..he.) kadang2 cerita pasal mak2 sedara & sepupu2, kiranya gosip jugak la.
Dia x dek keja... He he he..

Esok nak pakai baju yang ibu belikan semalam..sebab esok ada Majlis Pelancaran MS ISO 9001:2008. So nie nak gi sambung keja balik...bukan cam org tu...Main FB jek...pas tu gosip2..Bulan2 dapat duit gak...bahagia hidup...Wa ka ka ka ka....

Lawak Tengahari...

Baru kejap nie berkumandang lagu Bunga Cinta Lestari menandakan ada msg masuk kat telefon..Ayat kat msg berbunyi "Pengumuman,dgn bangganya ksyg umumkan ksyg dah ada blog sendiri.Ha..ha,he..he.."ayat disalin semula sebijik2..
Lepas tu terus reply msg tu tanya ape add blog tu...boleh nak komen byk2...dia hantar balik "Ksyg ada kat luar skrg,bru blk amik aisy skolah,pastu dia nak singgah kt kedai beli gula2 + nasi ayam.Nnti smpai umah ksyg bg add + bca bidadarindu."

Kan lawak add blog sendiri pun nak tggu balik umah...x kan lupa kot...Wa ka ka ka ka...(kak ani x yah translate la kat bahasa jawi...nie org gelak la.....)

Macam-Macam

Macam-Macam 1

Baru je lepas submit borang e-BE guna e-Filing..Sesape yang belum hantar tu baik isi dan hantar cepat.tinggal berapa hari je lagi..nanti kena denda..

Macam-Macam 2


Semalam seharian dok umah kak min.Kesian kat danish x dek kawan.Biar dia main ngan Robin..Aish x datang minggu nie..Kak Sayang sibuk dok kemas umah..next week Mak,Yong n Kak Min's Family nak gi sana..Abg Lan dah tempah bilik kat Swiss Garden katanya..Dorang cerita Ari tu Mak ada kata nak dok bercuti n berehat kat Hotel..Tukar angin pulak..Iye la dengan keadaan Mak yang cam tu rasanya hanya 30% je keinginan nak dok hotel tu..yang 70% lagi tu rasanya org yang dok kat kemaman tu beriya-iya nak dok hotel...he he he...


Mulanya nak buat birthday Danish this week (1 Mei)..sebab kak Sayang n Uda x dtg minggu semalam (uda anak beranak gi jemputan kawin Ummie Aida...berlagak la tu..he he..)...



hopefullynya uda n k.sayang boleh la datang minggu nie...x teringat mak nak gi kuantan plak..boleh je buat minggu nie sebab wan teh,dadima,wan chik,wan lang sume ada...tapi x best la plak robin n aish x dek...tok nek pun cam berbelah bagi je nak gi kuantan bila cakap nak buat birthday danish...tapi bilik dah tempah...tengok la nanti cam mana...

Macam-Macam 3

Ari nie dah 26 April..So sume dah setuju nak kutip yuran untuk HSFD start bulan Mei...
Dengan kuasa yang telah dipertanggungjawabkan pada saya,dengan ini saya selaku Pengerusi Kelab Bidadarindu melantik Pn Hafidzin Abd Hamid untuk menjalankan tugas selaku bendahari bagi projek Hajah Saodah Family Day bagi tahun 2010.Dengan ini, puan bertanggungjawab untuk memberitahu kepada semua 13 keluarga dan seterusnya mengutip yuran pada setiap bulan.
Jumlah baru yang diputuskan bermula pada Mei - Disember ialah RM 300 setiap keluarga.

Pemilihan Bendahari bagi projek ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang Puan Hafidzin ni x banyak kerja nak buat...Asyik main FB jek...Kejap2 telefon umah Kak Min...Kejap2 telefon umah Kak Min...Lepas tu telefon umah Dadima...He he he...
Pelantikan AJK AJK lain bagi projek nie akan dilantik dari masa ke semasa...Siap sedia je la semua org...kalau boleh biar sume org terlibat dan ada peranan masing2 dlm menjayakan projek HSFD tahun nie ya...

Macam-Macam 4

Malam tadi gak Mok ketuk pintu bilik..Pas tu dia bagi sehelai baju..Dia kata ibu belikan kat Abang Saiful..."Terima Kasih Ibu"..Nak cakap depan2 takut ibu malu....he he...bukan ibu yang malu...aku yang malu sebenarnya..he he...bukan malu tapi lebih pada "terharu" kot..cam mana pun terima kasih sekali lagi...

Friday, April 23, 2010

Kisah Lembu..

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2. Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?

Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke bu?

Nie gambar yang Ummi Wanie katakan dlm "posting ini". Nostalgia betul..cube tgk minah2 baju pink bertiga tu...Muke waktu muda2..Paling perasan yang berdiri tu...Wa Ka Ka..menyombong dah sekarang nie minah tu...iye la...skrg kawan ngan doctor2 jek...He he..



Untuk Robin : Papa ngan Ummi Yan Sayang kat Robin Macam dulu2 gak...muahhh..

Thursday, April 22, 2010

Umi2 Yang Perasan..

Sorang pun x wish birthday kat Danish..Sume dah X sayang kat Danish Lagi...Ada sorang jek baru wish jap nie...cube teka saper?