Tuesday, May 24, 2011

'Saya membaca Tampalan Ini' ( SMTI )

Saya sedar sebilangan bloggers berasa kecil hati atau terkilan jika tiada pembaca langsung pengunjung meninggalkan komen di tampalan mereka.

Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah sebegitu. Saya menulis untuk berkongsi berita terkini dan ilmu, motif saya menulis blog, jelas. Samada pembaca sudi meninggalkan komen atau sebaliknya, itu perkara kedua.

Kekadang kita membaca blog milik bloggers lain untuk mengetahui kandungan utama tampalan mereka. Ada waktunya, kita terpanggil untuk meninggalkan komen, ada ketikanya tidak, terutama apabila topik diulas bukan berada di dalam ruang lingkup pengetahuan kita.

Pada masa sama, kita tidak dapat menyangkal kenyataan, majoriti bloggers menganggap setiap komen dicatatkan pembaca, simbol sokongan moral terhadap blog terbabit. Jika kita melontarkan komen, mereka tahu identiti pembaca blog mereka.

Untuk mencetuskan suasana menang menang, saya mencadangkan ...

Selepas ini, setiap kali kita berkunjung ke blog lain, kita tinggalkan jejak, isyarat menunjukkan kita membaca blog mereka sekaligus menghargai karya penulis dan pemilik blog.

... ringkasnya, kita tuliskan "Saya membaca tampalan ini", 4 perkataan melambangkan penghargaan kita sesama bloggers. 'SMTI', jika ingin catatan lebih ringkas.

Terlalu mudah menaip 'SMTI' berbanding usaha penulis blog menghasilkan tampalannya. Jika ekspresi 'OMG!' atau 'Oh my God!' boleh dikenali di seluruh dunia, singkatan 'SMTI' juga mampu terserlah andai dipraktikkan di negara kita.

Boleh diterima ide itu?

Saya berharap dapat melihat banyak SMTI di blog ini dan di blog lain. Jika maksud ringkasan perkataan itu tidak difahami sebilangan bloggers, jelaskan kepada mereka.

Kalau bukan kita memulakan budaya ini, siapa lagi?

artikel dipetik dari http://www.mazidulakmal.com

p/s : tinggalkan je ape jejak sekalipun...asal tinggalkan...

4 comments:

Kaz said...

Saja je nak tanya, adakah Bidadarindu ni construction manager projek rumah banglo Mak Teh tu?? Sebabnya setiap perkembangan construction rumah tu dibuat laporan dan entry kat blog. Agak2nya by the time banglo tu siap, akan ada entry tapak banglo Hazullah part 10,000 agaknya ye, hehe...

bidadarindu said...

He he he...Mungkin iye jugak kak..Tapi dilakukan secara percuma jek...N3 tu just utk tatapan saudara mara yg jauh dimata..mcm org kat kemaman tu..uda yg kat kg,wanie anak makteh yg dah fly gi matrik arau..(umah dia tu..)..

saje suka2..lagipun tapak projek depan mata jek..he he..

Hafidzin said...

he..he.. nak tergelak baca komen ina! Mak Teh x sabar2 nak umah dia siap!

Bidadarindu - terima kasih la ingat pada kami yang jauh nie!!

cik kamu said...

SMTI!