Wednesday, March 9, 2011

Aku dan Kawan2

Aku
Aku demam teruk dalam 5 hari nie...siap kena masuk air dalam badan lagi...kena hari jumaat hari tu...sampai hari nie masih rasa lagi...doc bagi mc lagi hari ni...tapi memandangkan nak cuti hari jumaat, so terpaksa la datang kerja ... satu bdan rasa macam kebas2 skrg...maybe effect makan ubat banyak sangat kot...bawak keta pun rasa semacam jek tadi...

Aini
Pepagi dia dah datang jumpa, bincang pasal kerja...iye la banyak hari x datang means banyak la kerja tertunggak....masa last sebelum dia keluar dari bilik, dia bagitahu.. yang dia pregnant lagi...hopefully kalau nampak dia macam "lembik" ker, jangan la "marah" dia pulak...he he...alhamdulillah n tahniah aku cakap kat dia...

Arai
Dia pun datang jumpa aku pagi nie tanya khabar...Anak dia lagi sedih...aku pernah citer pasal anak dia kat sini...semalam anak dia masuk ward balik...masalah kuning dia x selesai lagi...hati pulak problem...maybe kena buat pemindahan hati...maybe..tapi doc akan check lagi macam mana...

Mazilah or sekarang aku panggil M
Aini bagitahu tadi dia kim salam kat aku, ehh...pelik lak aku naper dia kim salam...rupanya dia pergi buat umrah...Aku macam x percaya dia boleh pergi x bagitahu....aini kata hari jumaat hari tu dia nak bagitahu tapi nampak aku cam "lemah" je sebab demam ,so dia diamkan ajek...memang nak kena debik budak M nie....sampai hati dia tak bagitahu....aku cuma nak mintak dia kirim salam pada Rasullullah ajek....dan katakan yang aku rindukan untuk datang kesana lagi.....Mohon supaya M berdoa depan kaabah untuk aku dan keluargaku dapat sampai ke sana sekali lagi untuk menadah tangan memohon keampunan atas kesalahan yang aku lakukan selama ini.....M M...naper la x bagitahu....

Moral : Allah bagi bahagian masing2...ada yang gembira dan ada yang sedih...semuanya ada sekeliling kita untuk kita nilai dan ambik iktibar...untuk Arai, tabahkan hati, kalau kita rasa derita, ingatlah yang ada orang yang lagi menderita daripada apa yang kita terima nie....

p/s : kalau ada ayat yang x betul, aku sekarang berada dibawah pengaruh ubat-ubatan yang terkawal...

4 comments:

Kaz said...

Assalam, dah lama akak tunggu entry baru Bidadarindu ni. Sebabnya ialah nak cakap happy anniversary utk Bidadarindu dan Yan. Smg berpanjangan kebahagiaan dan diberkati dan dirahmati Allah selalu.

Teruknya demam sampai kena masuk wad, apapun Alhamdulillah sbb dah discharged. Smg akan cepat sembuh sepenuhnya.Mungkin faktor musim agaknya ya, ramai org demam sekrg.

bidadarindu said...

He He..Terima Kasih Kak untuk anniversary tu...bidadarindu sendiri x dek idea nak tulis pasal tu kat sini...bukan lupa...tak dek idea..

Bidadarindu nie susah gak la nak demam tapi bila sekali demam,teruk betul....

Farah said...

Masyaallah x tahu pn bidadarindu demam teruk smpai mcm tu..smoga dah makin sembuh sekarang ni ye..n jgn tinggal makan ubat-ubatan yg terkawal tu. hehe

rositahmdzain said...

Ya ampun..uda pun xtahu bidadarindu demam teruk. Kesiannya..uda dah lama sgt x baca blog sbb sibuk sgt kat ofis. Blk rmh dah letih. Tapi seronok la baca entri ni w/pun bidadarindu berada di bawah pengaruh ubat..hehe