Thursday, November 4, 2010

Tokek..

Baca tajuk je dah macam nak gelak..bunyi macam kelakar...Apa menda Tokek nie??

Semalam, dok sembang2 ngan din, pasal tanam pisang la, bela udang galah la, sbb din nie ada experience dlm bab2 tu...dia pernah kerja kat kampung dulu...pas tu cam mana tah tetiba terbukak la pasal si Tokek nie (bukan si Capik ye..he he)..rupanya tokek nie ialah sejenis cicak rupanya...Cicak Tokek...



Apa yang bestnya pasal si Tokek nie..??Haa nie yang best nak bagitahu nie, Din kata si Tokek nie mahal harganya, ada abg kawan dia jual si Tokek nie RM80K dengan berat hanya 300gm sahaja..

Memula tu dalam hati aku, betul ker ? Pas tu aku mintak tolong pakcik google carikan pasal si Tokek nie, alangkah terkejutnya aku (alangkah?? skemanya bunyi..nie macam ayat kaz je nie..he he he) yang memang si Tokek nie salah satu binatang paling mahal dan berharga mengalahkan gading gajah, kulit harimau Bengal dan sebagainya..nie list harga si Tokek nie mengikut berat..

1) 400 gram = RM500K
2) 500 gram = RM1juta
3) 600 gram = RM2juta
4) 700 gram = RM3juta
5) 800 gram = RM4juta
6) 900 gram = RM5juta
7) 1000 gram = You Offer (6 juta dan ke atas)

Macam x percaya kan? tapi tu la kenyataannya..boleh search sendiri kat google pasal siTokek nie..salah satu sumber yang aku ambik kat sini --> http://www.jutawantokek.com/
Banyak lagi sumber lain...buat research sendiri...

Difahamkan siTokek nie digunakan dalam dunia perubatan dan dipercayai boleh mengubati penyakit HIV...Tu sebab harga dia melonjak mahal..dan yang paling best, spesis nie hanya ada di Asia Tenggara saje...

kat mana nak cari si Tokek nie? "Tokek boleh di temui di hutan-hutan di Asia Tenggara,Rumah Lama,Tangki Air Lama,Pokok Buluh,Celah Pokok Besar dan kadangkala menjadikan rumah manusia sebagai habitat."

Aku saje nak share, mana la tahu, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu...

Mana tahu rezeki kita kat si Tokek nie, mana tahu tetiba org tanya,

"huiiiii, rumah jutawan mana yang besar n cantik tu??

"ala, tu kan umah telah tokek " @ "ala,tu kan umah citak tokek" @ gantikan jek nama2 dlm ayat tu jadik nama sendiri....,sayang tokek ke, mirah tokek ke or wanie tokek...he he he..."

nama tak penting janji poket penuh...tapi yang penting bila dah dapat duit jual si tokek tu, jangan lupa datang jumpa bidadarindu,bukan nak mintak pun duit tu, just ucap terima kasih sebab share info ni...pas tu jangan lupa beli emas...he he he...dah kaya boleh jadi makin kaya...bila umat islam dah kaya boleh bantu org susah,tolong anak2 yatim,bersedekah,pegi haji,bina masjid dan lain2..

cuba bayangkan 1KG = RM6 Juta, tokek kat atas 64KG....he he..

7 comments:

zakie said...

SERIOUS BUYER TOKEK(350g dan keatas) Assalamu'alaikum dan salam sejahtera 1 Malaysia semua, Kami hendak membeli TOKEK(Gecko) 350 gram dan ke atas sahaja. Harga yang kami offer adalah TINGGI atau HARGA YANG ANDA OFFER KEPADA KAMI, KAMI BOLEH BAYAR.

Jika anda mahukan urusan yang cepat, sila bawa tokek anda ke tempat kami. Segala perbelanjaan anda akan kami tanggung. Jika anda datang ke tempat kami, anda tak perlu ambil gambar or timbang tokek, just bawa tokek dan kita deal. Kami faham, berat tokek akan menyusut jika anda timbang 2-3 kali. AKAN TETAPI, sekiranya anda mahu kami ke tempat anda, anda perlu mengikut "STANDARD PROSEDUR" iaitu:- -Menghantar GAMBAR TERKINI DI ATAS PENIMBANG BESERTA TARIKH dan MASA GAMBAR TERSEBUT DIAMBIL. -Kemudian, wakil daripada pihak buyer akan ke tempat anda dalam masa 24jam untuk double confirmation. Wakil ini akan datang bersama DOKTOR untuk menimbang dan memeriksa KEADAAN TOKEK. Selepas semuanya OK, barulah step yang seterusnya dibuat.

Jika anda datang ke tempat kami, proses akan menjadi LEBIH SINGKAT DAN MUDAH kerana kami sudah menyediakan tempat penginapan untuk owner2 dan broker2 tokek yang terlibat. Sebaik sahaja anda tiba, pihak kami akan segera menimbang dan memeriksa keadaan tokek anda. Sekiranya semuanya OK, surat agreement akan dibuat dan deposit sebanyak 10% akan dibayar.

Baki yang seterusnya akan dimasukkan ke dalam akaun anda dalam masa 24-48 jam. Sebaik sahaja agreement dibuat dan deposit dibayar, pihak owner, broker yang terlibat, dan tokek akan berada bersama-sama kami di hotel yang disediakan. Jika tiada masalah, insya ALLAH pada hari ke-2 atau ke-3, duit akan ditransfer ke akaun owner (mustahil jumlah wang yang besar akan dapat diselesaikan dalam tempoh 1-2 jam). Apabila duit ternyata telah dimasukkan ke akaun, barulah tokek anda diambil.

Dalam tempoh urusan tersebut, owner dan tokek perlu berada bersama kami di hotel. Untuk memastikan keselamatan lebih terjamin, pihak Buyer (yakni pihak kami) bersama pihak Owner boleh membuat temujanji berdekatan/bersebelahan dengan BALAI POLIS. -KAMI BOLEH DATANG KE TEMPAT ANDA SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT DATANG KE TEMPAT KAMI(DALAM MALAYSIA SAHAJA DLM MASA 24 JAM)-

Sekiranya anda berminat untuk deal dengan saya, sila hubungi saya di talian:- Zaki-012-564 0431

bidadarindu said...

ok en zakie..tq for your info

bidadarindu said...

x berani nak letak nama org kaya tu kaz tokek..takut kena marah...he he he..tapi x letak pun dah mmg kaya...

myra said...

hehee abg saiful, ni yg buat mirah nak cari TOKEK ni smpai dapat. nnt dah kaya bole beli emas *kening2 haha

Kazrina said...

Ni dah kecik hati ni sbb tak disebut dlm list tu, kak sedar kak ni manalah kaya mcm kaum keluarga Hajah Saodah. Kais pagi makan pagi je....

bidadarindu said...

mirah - kalau jumpe tokek 1000gm skrg,x yah pikir nak amik exam spm dah..dah kaya raye...he he he..

bidadarindu said...

kak kaz - he he...keluarga hajah saodah mmg kaya..tapi bidadarindu je belum kaya lagi...bidadarindu kaya gak..,kaya ngan idea cam mana nak jadi kaya...he he he..tapi modal x cukup lagi...

wafriy kena dapat adik girl dulu,tok dia yang kaya tu nak bagi set barang kemas...kaya tuu...he he he...

p/s : kekayaan di dunia ni x menjamin apa2 pun kita "disana" nnt kan kak...