Wednesday, May 19, 2010

Nape Yek??

14 Mei, CARDIFF - Seorang bapa kepada tujuh orang anak, Peter Davey enggan bekerja kerana dia menerima pendapatan lumayan menerusi hasil elaun sara hidup golongan penganggur kerajaan Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun dia dan isterinya, Claire, 29 menganggur, elaun sara hidup lebih £42,000 (RM207,765) setahun yang diterima mereka mencukupi untuk keluarga itu tinggal di rumah berkembar dan memiliki sebuah kereta Mercedes Benz selain sebuah kenderaan pelbagai guna.

"Mengapakah saya perlu bekerja kerana jika saya bekerja, saya belum tentu memperoleh pendapatan sebanyak ini, lebih baik kami menganggur," kata Peter, 35.

Di rumah berkembar mereka di Isle of Anglesey itu, keluarga tersebut memiliki televisyen skrin rata besar, sebuah permainan video Wii, tiga permainan video Nintendo dan sebuah komputer di samping empat telefon bimbit.

Namun, dia dan isterinya yang kini mengandung anak kelapan, masih tidak berpuas hati dengan elaun kebajikan tersebut dan mahukan kerajaan menaikkannya ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.


p/s : Persoalannya sekarang kenapa Malaysia x mcm tu...Malaysia kaya apa..ada minyak,ada balak...ada getah dll..Singapore yang kecik dan x de pa per tu pun rakyat dia boleh hidup senang..kereta best2, nilai duit besar...ada sesape nak komen???

ada sesape nak ikut pindah Britain?

4 comments:

rositahmdzain said...

a'a heran la, setahun penganggur blh dpt sampai 200ribu lbih di england. negara kita kaya tapi tau2 je la, mana nak dpt kat kita. kita keje sampai tua pun kalau setakat kumpulan sokongan mcm uda ini x merasa la nak mewah2. setakat boleh tahan je. tapi tetap jgk besyukur.

rositahmdzain said...

alamak lupe nak gtau bidadarindu, hujan emas negeri org hujan batu negeri sendiri. tp kalo bidadarindu nak g england, uda nak ikut..jom

bidadarindu said...

he he..bidadarindu nak gi england bukan nak jadi penganggur...tapi nak gi petik anggur..jalan2 cari makan...

rositahmdzain said...

NAAAKKKK IIIKUUUUT.....itulah kepakaran uda, petik anggur. Dadima pun kalo tau nak ikut jgk kot.. Mirah tlg bg komen.