Monday, May 10, 2010

2 Hari ..Penat..

Alhamdulillah dah selesai dengan sempurna majlis hari jadi anak teruna kami..Jutaan terima kasih diucapkan pada tetamu2 yg hadir pada majlis tu...Paling Jauh dari Negeri Terengganu Darul Iman...tak lain x bukan penulis blog yang jiwang, skema dengan ayat2 buku dia tu.
Boleh katakan sume yang dijemput hadir..cuma harap ada kejutan dari uda datang tapi tunggu2 tak sampai2...emm..maybe uda ada hal lain...sedih beb..

Terima kasih gak untuk yang bagi hadiah pada danish...Dan paling terima kasih pada org2 yang membantu dalam persiapan majlis nie sampai sempurna...tukang masak..tukang gantung belon..tukang sepah rumah...tukang kemas umah..tukang handle sukaneka..dan tukang makan...

Danish nampak happy sangat...Abah ngan ummi pun happy bila danish happy...Nanti kita buat lagi ye..

Letih memang letih tapi best...Malam tu kena masak lagi...ada katering esoknya...Tido dalam kul 2.30... pepagi bangun masak nasi pulak...dah siap2 sume abah gi sorang hantar kat hulu kelang...area giant tu...ingat nak kemas2 sikit pas tu nak rehat + tido...last2 abah call suruh bawak van...lori rosak kat jalan...waduh2...cobaan...pegi la sampai umah org tu...pas tu gi beli kuih kat tempat a.li n k.min tunjuk...mmg macam2 kuih ada jual kat situ...best...siap ada blog lagi... http://karipappanas.blogspot.com



Lori balik petang semalam operasi cuci mencuci plak...sampai kul 9.30 mlm...Pas makan sikit(penat-x lalu sangat nak makan) terus tidor..Dalam kul 10.30 ada msg masuk...punya la ngantuk nak tgk msg...tgk2 dadima..dia punya msg "CADANGAN:BANGLO JE SHARE,MAKAN MASING2.MASA NAK MAKAN IKAN BAKAR,KIRA IKUT FAMILY A) SETUJU B)TIDAK SETUJU..." semangat betul "org tua" nie...wa ka ka ka...(nanaji nampak lebih muda dari dadima)...Ingatkan dadima msg kata "DANISH,NANAJI DAH BERSETUJU UNTUK MENUKARKAN HADIAH TABUNG RUMAH TU DENGAN IPHONE"sedap la sikit nak baca...he he he..
jawapan aku masa tu C)LETIH, NAK TIDOR,ESOK BARU KOMEN...- tapi jawap dalam hati je la...sori dadima...dia x tahu dalam 2 hari nie je...dah 3 kali mesyuarat hangat,hangit,hampeh berlaku...HE HE...by the way..nak tanya dadima, mana pen hitam masa meeting ari tu...pagi tadi nak gi keja cari pen tu x jumpe2...kertas kira2 ari tu pun dah tak dek...kena congak balik...

p/s : dalam 2 hari nie jugak baru kita tahu mana satu teman sejati...masa makan steamboat,sama2...masa demam muka merah2,hantar gi klinik pun x...siap balik lagi,walaupun hujan2...he he he...

7 comments:

rositahmdzain said...

wahai bidadarindu, bukan kah masa kita plan cuti dulu nak tidor di a famosa 1 mlm je n mlm kedua tidor di bandar hilir? uda baca blog jiwang tadi tgk bajet mcm nak luruh jantung hati..Ni uda nak taip komen pun rasa x bermaya. Tolong jawab dengan kadar segera ya..

bidadarindu said...

Tu la masalahnya..dorang kate x best n x puas tido 1 malam...2 malam baru best..banglo tu yang buat mahal tu..tapi x per keputusan muktamad belum diputuskan oleh pengerusi..he he..kita ikut cakap pengerusi..saper x bersetuju x yah ikut..gulingkan pengerusi pada mesyuarat agung akan datang...lantik diri sendiri jadi pengerusi..cuba handle family day...pas tu kita bantai plak dia ramai2....he he he...

hafidz said...

amboi, uda nak komen kat bidadarindu aje, kat blog jiwang tu x nak pulak komen apa2. Selaku bendahari saya ikut sahaja apa keputusan pengerusi. Janji semua happy..

Hafidzin said...

kenapa nama sama tapi orang lain? Heran2...

myra said...

abg saiful, ayah kata : tabung bentuk rumah tu sebagai motivasi supaya danish ada keinginan untuk beli rumah yang cantik. dia boleh simpan duit banyak2. iphone buang masa sahaja. HAHA
ibu kata: pen yang hilang itu tidak dapat dikesan kerana setahu ibu pen ibu tak ambil. ibu hanya mengambil kertas sahaja. :D

*cehh, ayat bm yg penuh teratur

bidadarindu said...

Myra,pastikan paper BM nanti dapat A..Ayat Skema betul...
Pen carik makan dah jumpa...danish yang jumper..
Cakap ngan Nanaji,OK rumah yang lebih cantik..TQ...

rositahmdzain said...

uda memang sokong bidadarindu sbg pengerusi n keputusan yang akan dibuat..saper yang nak rampas kuasa pengerusi? bgtau cikit, kita nak gulingkan siap2..td dah cakap ngn bendahari merangkap setiausaha penyelaras HSDF. Sebelum tu uda terima mesej dari beliau memaklumkan kos percutian kita. Pengerusi dah dimaklumkan? apa kata bidadarindu? setuju x? Blog jiwang - uda bkn xmau post komen tp x boleh. dah brape kali taip tapi x blh antar.