Wednesday, June 3, 2009

Selamat Tinggal Akhirnya...

ku menangis,
degupan hati tergetar,
kau tinggalkan ku sepi,
seorang diri,
tak ku sangka
takdir kita berbeza
ku doakan kau temu bahagia



terkenang diri mu
aku mengenal hidup
teringat saat pertama hingga akhir
kau ungkapkan kata
selamat tinggal akhirnya



kisah kita berdua menyentuh jiwa ku
ooh wira..
kisah kita berdua menusuk hati ku
ooh wira..



terkenang diri mu
aku mengenal hidup
teringat saat pertama hingga akhir
kau ungkapkan kata
selamat tinggal akhirnya

oooooohhhhhoooohhh
kisah kita berdua menyentuh jiwa ku
ooh wira..
kisah kita berdua menusuk hati ku
ooh wira..

kisah kita berdua menyentuh jiwa ku
ooh wira..
kisah kita berdua menusuk hati ku
ooh wira..

Thursday, May 28, 2009

Dua Generasi..

Gambar nie diambil oleh jurugambar wanita separuh professional menggunakan VideoCam berjenama Panasonic NV - GS25 pada 10 Mei 2009 jam 3.08 pm masa kenduri kahwin Arzery - Huda di Dewan Beringin,Taman Seri Gombak..

Dato' Aziz Satar lahir pada 8 Ogos 1925 dan Danish lahir pada 22 April 2005. Beza umur antara 2 generasi ini ialah 80 tahun.. Tapi nampak Dato' masih steady lagi...Macam dulu-dulu jugak...Terima Kasih sebab sudi bergambar ngan Danish..Peminat Dato' tu..."Walau rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku" he he...


NAJU

Ari tu adik kate gambar dia langsung x dek dlm nie..nah..amik...nie dia gambar naju...he he..kate adik,arwah makcik je yang panggil nama dia cam nie..alfatihah untuk makcik...Gambar kakak (Nadi) nanti abg saiful masukkan ye..x jumpe yang sesuai lagi..he he..

Tuesday, May 5, 2009

"Amukan Jebat."

"Jebat mengamuk??"..Patutnya percutian keluarga nie jadi manis sebab dapat bersama-sama habiskan masa setelah asyik penat bekerja x kira masa..tapi lain lak jadinye...orang nie mengamuk la..orang tu mengamuk la...x tahu la kenapa nak kena mengamuk2 sampai mood bercuti tu hilang..salah masuk jalan marah..mcm la aku nie duk kat melaka...x kan la aku dah nampak signboard masuk tapi dengan bodohnya dan sengaja terus je kejalan lain...hotel penuh pun marah...nak mengamuk...abis cam maner?marah dan mengamuk boleh,tapi kena tengok tempat dan masa la..sesuai ke idak..

Memula tu aku rasa marah jek dalam hati ni..kenapa x tentu pasal nak mengamuk..bukan ke patutnya kalau percutian secara berkumpulan ni setiap keputusan yang hendak dibuat perlu berbincang sama-sama dahulu sebelum buat keputusan...tapi x...buat keputusan secara individu..ikut kepala memasing...pas tu keputusan x bagitahu pulak tu...nak mengamuk...decide sengsorang nak naik river cruise..x bgth kul bape nak pegi...pas tu dengan poyonye pecut keta konon cam tahu sangat..last2 pusing je la pekan melaka tu...dia sampai lambat x dek sape pun marah...bile org lain sampai lambat dgn laser je marah org..mane aku x bengang..same jek 2x5

aku nie bukannya budak-budak lagi nak kena marah2 cam tu...walaupun tempiasnya...dah tua dah pun..buat macam aku sorang yg x boleh buat keputusan...buat macam aku budak kecik...macam keputusan dia jek betul...org lain punye keputusan salah..

Tapi bile dikenang2 balik,aku bukannya marah dengan "org-org" nie...tapi lebih bersifat KECEWA dengan sikap diorang...KECEWA...KECEWA...kenapa nak kena marah2 x tentu pasal??

Sabda Rasullullah : “Bukanlah dikatakan orang yang kuat karena dapat membanting lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah”.

“Barang siapa menahan marahnya padahal ia sanggup untuk melampiaskannya, maka kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk, sehingga ia diberi hak memilih bidadari yang disukainya”

tak semestinya kita lebih tua,kita tak boleh memohon maaf pada orang yang lebih muda pada kita..buang la ego tu jauh-jauh...tengok la next time punya percutian nak join ke idak..

artikel ini tidak ditujukan pada sesiapa secara khusus...siapa makan cili,dia la terasa pedas...cuma nak meluahkan perasaan yang terbuku (hari tu simpan jek dlm hati) dan jugak pengajaran bagi diri aku sendiri melayari liku-liku kehidupan pada masa-masa akan datang...

Thursday, April 30, 2009

Pendekar Danish

Happy Birthday Farah

Happy Birthday Farah..
Moga panjang umur..Murah rezeki..
Hidup sentiasa diberkati Ilahi..Meningkat taqwa dan iman dalam hati..
Berjaya dalam menempuh hidup ini..



Wednesday, April 22, 2009

Happy Birthday Ke 4 Danish Sayang


Tak dek perkataan lain yang mampu abah ucapkan selain drpd "abah sayang sangat-sangat kat danish..selama-lamanya..." happy birthday sayang..patutnya hari nie abah bawak sayang gi petrosains klcc..cuti dah apply..dah approve..sayangnya cuti ummi pulak x approve sbb uncle khairul x balik dr k.terengganu lagi...so kita tunda yek..hadiah??tu la..baru 4 tahun,abah dah x tahu nak beli apa kat anak abah nie...mainan punya la banyak..sampai x tahu nak beli yang mana satu...yang danish minat sume dah ada...nak kena carik something yang danish minat dan x dek lagi...Walaumacammanapun,abah harap danish x lupakan abah sampai bebila pun...sayang danish.......................

Saturday, March 21, 2009

Steven Tea Garden






Konsep Terkini…
Dengan Bermodalkan
Minima RM360, Anda Dapat
Kad Keahlian Prepaid Untuk Makan
Bernilai RM360…
Anda Hanya Perlu Swipe Kad Keahlian
Anda Ketika Mahu Buat Pembayaran,
Tidak Rugi, Tak Buat Bisnes Sekali Pun,
Anda Masih Dapat Makan.
Kad Keahlian Prepaid
Ini Tiada
Expiry Date/Tarikh Luput.
Anda Berpeluang Menjana Pendapatan
RM30,000 ~RM300,000 Sebulan
Dengan Mengajak Rakan-Rakan
Anda Menyertai
Program Ini
Untuk Keterangan lanjut sila hubungi no telefon 013-2516307 atau 0192563878

Tuesday, January 6, 2009

Perkara Sunat 10 Muharram (Rabu 7 Januari 2009)



1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X (byk kali). Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Friday, January 2, 2009

Salam Maal Hijrah 1430 & Selamat Tahun Baru 2009

Lama sangat x update blog nie...banyak perkara yang nak dituliskan tapi tidak berkesempatan untuk berbuat demikian..Alasan yang sama sibuk...Tak sempat...he he..So dikesempatan yang ada nie kita update la mane yang termampu...


Ya Allah Ya Tuhan Ka
mi,Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami Yang Telah Kami Lakukan,Dosa Kedua IbuBapa Kami,TunjukkanLah Kami KeJalan Yang Benar,Limpahkanlah Kami Rezeki Yang Melimpah Ruah,Panjangkanlah Umur Kami Untuk Kami terus Beribadat KepadaMu Ya Allah,Permudahkanlah Segala Urusan Kami,Kurniakanlah Kesihatan dan Kebahagiaan Sepanjang Tahun Baru Ini Ya Allah..Sesungguhnya Hanya KepadaMu Tempat Kami Meminta Dan Tempat Kami bergantung Harapan Ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin...

HAPPY BIRTHDAY KEMBAR

Happy Birthday Kembar Dua...Sweet 17teen..Kalau ikut orang zaman dulu kala mesti dah kena masuk minang dah nie...silap2 umur cam nie dah ada anak dah..tapi dulu dan sekarang lain...wanita sekarang bekerjaya...So untuk bekerjaya kena belajar lagi..Dapat Keputusan SPM nanti baru boleh tengok nak pegi maner...perjalanan jauh lagi...Banyak peringkat belum dilalui...sekarang ada pakwe "ok la"...kalau sambung belajar nanti jumpe pakwe "hensem"...dah abis belajar,keja...jumpe pakwe "lagi hensem" tapi tak boleh lawan abg saiful yang hensem nie...he he..Ambik Hadiah Sorang Satu....Sampai Bebila pun tak boleh bukak punya....Surprise...


PMR

Tahniah anak abah -kak ani,amirah dan effi untuk result PMR yang baru keluar baru-baru nie..Walaupun tak dapat beat kak chik punya result tapi bersyukur sebab ada budak lain lagi yang dapat lagi teruk dari apa yang korang dapat..So kalau nak beat kak chik,SPM ada lagi...he he..Masih Ada Harapan..Start Dari Sekarang tau...

SELAMAT HARI RAYA HAJI



Raya Haji Tahun nie Raya kat Kampung...Kampung Sungai Merab..Besederhana...Hujan jek Sepanjang Hari...Mungkin tahu kesedihan Aku...tak berkesempatan nak ziarah pusara 2 puteri tersayang dan tercinta..Tapi tak pernah lupa..belum pernah sehari pun lupa..Doa mengiringi kalian berdua..Al-Fatihah..

MAK SAKIT

141, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim
11600 Pulau Pinang
04-657 1888

Dapat call dari Mak Teh kata mak sakit..Masa tu tgh ada kat umah Bandar Seri Putra.Hari ahad.Kelam kabut...sebab kantin baru seminggu bukak..sape nak handle kantin..ada katering lagi..Tukang masak tak datang..So cuma harapkan Wandi,Aldi dan Gee je...Lepas buat katering diorang declare tutup Kantin...He he...Pengalaman...Balik Penang terus petang tu jugak...Hujan je sepanjang perjalanan..Dalam pukul 8.40 mlm sampai Hospital, mujur boleh masuk tgk lagi...semua ada..Kesian tgk mak..Danish pun tengok mak...dia sedih tgk tok nek masuk wayar kat hidung...Tapi Alhamdulillah..Sekarang Sihat...Cuma Tak larat je..

Malam tu kitaorang sume bermalam kat 1926 Heritage Hotel..Lang Lelaki ada share kat hotel tu..Pakai Manager Rate...he he..Walaupun sume org bersempit2..tapi best..bukannya bercuti..ziarah org sakit...

UPSR



Tahniah pada Hanani dan Amir Syazwan..Boleh Buat baik lagi PMR nanti...kira ok la tu....Exam dalam BI pulak tu...Terror la tu...Kalau BM mesti lagi Skor kan..he he..Dah besar korang kan...Baju dan Seluar dah tukar Kaler...

Thursday, October 30, 2008

Dosa Manusia..


Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catitkan dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan". Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Tuesday, October 14, 2008

Doa Mengiringi Perjuangan Kamu..Best of Luck For Your PMR

Doa-doa Menghadapi Peperiksaan

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”



Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”



Doa memohon kejayaan cemerlang:


اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Sunday, September 28, 2008

Balik Kampung..

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Tuesday, September 23, 2008

Raya


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

A good story and points to ponder...lebih2 lagi raya menjelang tiba nih.
Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4 orang anak perempuan, seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak??????

Ateh & Acik : Betul....mestilah rumah ibu dulu.........

Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim,rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Rumah ibulah.....sebab dekat

Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).

Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)

Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapa nya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua ,islam tu indah.......setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak akan kemana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar…

Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan.(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. telefon kampungnya dan menyerahkan ganggang telefon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu- cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain..

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.

Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu????????

Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnnnnn

Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka,Allah tu Maha Adil,Kalau x rasa sekarang anak kita akan buat cam tu pulak kat kita masa kita tua nanti...

Al-Fatihah buat kedua2 anak kesayangan Abah, Hurin Syauqina dan Humaira Shafiyyah..Abah sangat rindukan korang berdua..

Wednesday, July 30, 2008

Jangan Bersedih Lagi...Al - Fatihah...



Ummi,Abah,Abang..
Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata di pipimu

Ummi,Abah,Abang..
Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan
Impian bersama
Jangan dikesali
Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia

Ummi,Abah,Abang..
Adik tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka
Jangan berdendam pada sesiapa

Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha
Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi
Adik masih mengharap
Segalanya kan
Berulang semula

Ummi,Abah,Abang..
Adik tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah Menerima
Segala-galanya dengan redha

Tuesday, July 15, 2008

Aku Seorang CEO.... & kue tiaw goreng

Islam itu indah.............................

Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku ialah guru. Alhamdulillah.. aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahariterbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan... dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.Selepas bertungkus-lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun. Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia. Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini.

Alhamdulillah... aku dilantik sebagai Pengarah Urusan. Aku bekerja siang dan malam... bertungkus lumus... dunia aku hanyalah di pejabat. Dalam keadaan kelam-kabut sempat juga aku mendirikan rumahtangga.Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan dipapan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasilpenat lelah selama ini ahkirnya berbaloi.... aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah...

SyukurAlhamdulillah.Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!!Kebahagian keluarga.....Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagaiseorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus... yang sulung dah tak macam orang... rambut warna merah... bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi. Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting.... main golf pun bincang pasal kerja.... dinner pun meeting lagi!!!!... sampai tiada masa untuk bersolat!! Setiappagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku... sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik.... kekadang buat...kekadang terlupa...

Masyaallah!!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun. Aku mungkin kaya... tetapi jiwa aku kosong... kadang kala jiwa aku tertekan!!! Bila aku pulang ke rumah lewatmalam aku bersolat.... aku menangis... aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.Selang seminggu aku bernekad...!!!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO. Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat.Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis.... tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO... tetapi menangis kerana gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Tiaw Goreng..!!!! Aku diketawakan oleh mereka.... tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari.... Alhamdulillah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari. Anggaran kasar pen! dapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai.Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras... dari 2 gerai aku membuka 3.. dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan.

Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60,000.00 SEBULAN.Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K.Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalankan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau... atau lebih kurang jadi 'chairman'.... dan anak-anak aku sebagai Directornya.Dan sekarang baru ku sedar yang Nabi Muhammad SAW pernah bersabda....9/10 dari kekayaan itu datangnya dari berniaga!

Alhamdulillah.

Tuesday, May 27, 2008

DuniaKu Biru..





Home Phototheraphy Services - Perkhidmatan Fototerapi Di Rumah.

Sebahagian Koleksi Gambar2 Baby yang diambil semasa menjalani sesi fototerapi..
Rawatan nie perlu dijalankan sekurang-kurangnya 15 -18 Jam sehari dan selama 3 hari.Doakan baby cepat sembuh ye kak ani,najwa,nadia,amirah..n sume rakyat Malaysia...


Friday, May 23, 2008

Adik Danish..

Ummi : Nisha
Abang : Danish Muqri
Abah : Saiful
Lahir : 22 Mei 2008
Masa : 6.53 pm
Berat : 2.65 kg
Jantina : Baby Girl

Friday, May 16, 2008

Eppy Teacher's Day..



Selamat Hari Guru ditujukan Khas Buat Cikgu Hadzimin Binti Abd Hamid..dan x lupa juga Selamat Hari Guru buat semua insan mulia bergelar cikgu/teacher/sir/ustaz/ustazah dsb samaada yang cuti belajar atau pun yang berada dan bertugas di sekolah-sekolah. Tak lupa juga buat semua makcik-makcik kantin seluruh dunia yang telah memberi tenaga kepada guru-guru semasa waktu rehat; walaupun tiada hari makcik kantin. Dengan ucapan kekalkan harga karipap walaupun petrol naik harga.