Tuesday, July 26, 2011

Majlis Memperingati Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al - Kubro

Salam,

Ok, Sebenarnya malam yang pergi Maulid Hari tu sebenarnya ialah Majlis Memperingati Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al - Kubro...Saper dia tu?

Tak lain dan tak bukan, Isteri kesayangan dan paling dicintai oleh Baginda Rasullullah s.a.w.

just nak share sikit info yang bidadarindu dapat malam tu...oohhh sebelum tu,nak betulkan nama 2 Habib yang datang dan bagi tausiyyah tu...

1. Al-Mukkaram Habib Omar bin Abd Rahman Al-Jiffry dari Madinah Al-Munawwarah
2. Al-Mukkaram Habib Hassan bin Muhammad Al-Attas dari Singapura.


Ada satu cerita yang disampaikan oleh Habib Hassan mengenai Sayyidatina Khadijah, Beliau merupakan seorang perempuan yang kaya.
Beliau sanggup menghabiskan seluruh hartanya demi untuk perjuangan Rasullullah s.a.w menegakkan Islam.
Diriwayatkan, semua hartanya disedekahkan ke jalan Allah sampaikan baginda tiada duit untuk membeli kain kapan semasa beliau meninggal dunia....

Disaat beliau melalui sakaratulmaut ditemani suami tercinta, Rasulullah s.a.w. Dalam keadaan kesakitan yang teramat sangat itu, Sayyidatina Khadijah Al-Kubro mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga “terasa”. Bahkan umat sehingga ke akhir zaman ini juga turut menitiskan airmata mengenangkan betapa mulianya peribadi isteri kesayangan Rasulullah s.a.w ini.

Katanya :

“Wahai Rasul utusan ALLAH, tiada lagi harta dan perkara lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”.

Rasulullah s.a.w berasa sayu mendengar semua itu. Jibril naik bertemu ALLAH,

ALLAH menjawab pertanyaan Jibril, "bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga aku dengari". Kemudian ALLAH memerintahkan Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah, dan khabarkan berita gembira perihal istana untukknya yang diperbuat dari Mutiara dan tidak bising serta tidak sesak didalamnya......

tu je nak share..yang baik tu dari Allah dan yang buruk tu dari kelemahan bidadarindu sendiri...


- Yayasan Al-Jenderami -

1 comment:

Kaz said...

Tq for sharing bro. Interesting!