Monday, December 31, 2007

Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya AidilAdha..

Dikesempatan ini,saya ingin menyusun sepuluh jari untuk meminta ampun dan maaf kepada mak dan abah,ibu dan abah,isteri tercinta,Hairunisha,anak tersayang,Muhammad Danish Muqri,(abah sayang danish..),Yong n Family,Abang,Yang,Helmi. Mak n Yong,Lang n Family, Makteh n Family,Uda n Family, Pakcik Din n Zakwan, Maksu n Family, Kak Min n Family,Kak Sayang n Family, Arni n Family, Tiqah n Family, Abang Iky n Family dan Qilah yang mana jika selama ini saya ada tersilap kata,terkasar bahasa atau apa jua perbuatan yang telah menyinggung perasaan selama kita mengenali antara satu sama lain.Halalkan makan dan minum saya dunia dan akhirat.Moga Aidil Adha kali ini terus merapatkan hubungan silaturrahim yang telah kita bina selama ini.

Monday, December 17, 2007

Happy Belated Birthday..

"Kak Ani Sedih Abg Saiful tak Wish Kak Ani Pun" Tu Anakku Wanie cakap semalam.Bukan niat untuk melupakkan date tu tapi semua date birthday ada dlm laptop lama yang rosak tu..so x boleh buat pa per..So untuk tebus balik kesilapan tu nie ada hadiah birthday yang special khas untuk Kak Ani sayang..Kek + Kereta...he he...

WalimatulUrus..Takkan Melupakanmu..

Semalam,gi tengok Halim Nikah kat Masjid Jami’ul Ehsan, Jln. Pahang.Alhamdulillah,sekali lafaz jek..Akhirnya..Halim menamatkan zaman bujangnya..Kenduri pihak perempuan Krismas ni.Umah dia kat Sungai Besar pulak 30 hb nie.wedding of the year..
Danish dapat tengok camel yang ada kat masjid tu.Nak buat korban..pandai Camel tu makan rumput ye...padahal kat padang pasir maner ade rumput...Pas tu terus gi umah mak.Chu datang ngan kakak.Danish seronok la main ngan hafiz,amira ngan wan.Balik petang tu singgah umah mak teh jap.saje nak jumpe mak.kak ani kate kembar dah balik kampung ngan uda.la..tak tahu pun uda ada kat sini.rupenya uda ada gak mase kat pd ari tu..memang tak tahu langsung.x best la kakak ngan adik balik cepat..kak ani kater adik nangis mase nak balik tu..sedih sebab amirah dah pindah s.alam.so tinggal diorang je kat belah utara sana.yang lain kire sume dah berkumpul kat area lembah kelang.Tak pe la adik ngan kakak.Tahun depan SPM.Study bebetul..Kalu ada rezeki boleh masuk UiTM Shah Alam ker,UIA ker,UKM ker,UPM ker,UNITEN ker,UM ker..Aper2 U la yang area sini.Boleh jumpe selalu..Ok..Jangan sedih2 lagi...Enjoy lagu nie..

Radja - Takkan Melupakanmu

Oh terindah, lagu yg terindah
Sengaja aku cipta untukmu yg terindah
Semoga dapat meluluhkan segala keraguan
Semoga menghancurkan kerasnya batu prasangka
Aku takkan melupakanmu
Takkan meninggalkanmu
Takkan menduakan cintamu, ku bersumpah
Aku tak ingin mengingkar janji
Tak ingin menjadi duri
Tak ingin menjadi api cinta yg membara
Rebahlah kau di pelukku
Lepaskan resahmu
Bebaskan jiwamu
Dari prasangka-prasangka burukmu
Dari kerasnya batu curiga
Aku takkan melupakanmu
Takkan meninggalkanmu
Takkan menduakan cintamu, ku bersumpah
Senyuman melati
Sambutlah mentari
Raihlah cintamu
Hari ini
Aku takkan melupakanmu
Takkan meninggalkanmu
Takkan menduakan cintamu, ku bersumpah

Friday, December 14, 2007

Tak Sempat Datang..

Semalam pikir2 cam nak gi Port Dickson lepas balik keja.Malam tu jugak balik bangi balik.Tapi Apil telefon nak datang rumah,nak tengok projek cendawan.So dlm kul 6.45 smlm dia datang dan tanya serba ringkas pasal cendawan nie.Dia ngan Rizal plan nak buat kat umah nenek dia.tapi yang penting pergi kursus dulu.baru tahu ape yang nak kena buat.So dia balik pun dekat kul 8.00.Malas la pulak nak gi P.D.kang terkejar2 plak nak balik.Diorang pun dah mandi.tak jadi gi A Famosa.Kak Ani kate boring gile.Sebab x dek xtvt.nak gi swimming pool pun kena naik keta.agak jauh dari apartment.Esok diorang balik.

Thursday, December 13, 2007

Palm Spring Tak Dek Air

Mak Teh call tadi suruh cari no tel A Famosa Resort,Melaka.Diorang plan nak check out ari nie.2 hari lebih awal dari plan asal.Sebabnya...Air tak dek kat Palm Spring..He he..Kesian..nak mandi,buang air sume susah...semua dah bebai kak ani kater..So tak tahu la kesudahan dia cam mane sbb td tel a famosa.

Banglo yang ada skrg lebih kurang 10.ada 2 type.standard n superior.
standard ade 2 kategori plak. yang 3 bilik dan yang 4 bilik.yang 3 bilik - rm688,yang 4 bilik rm 788.superior plak yang 3 bilik rm 788 dan yang 4 bilik rm 888.so mak teh tak decide lagi cam mane..tapi yang pastinyer sumenyer tak mandi lagi tadi....smelllllllllllyyyyyyyyy.......he he...

Wednesday, December 12, 2007

Port Dickson..

Ari nie bebudak tu gi Port Dickson.Ari Sabtu balik.best la tu diaorang..Tengok la dulu bebila ada masa nak lari japs ke sana.Tunggguuuu.....Kalau ada masa...

Monday, December 10, 2007

Warna Warni Perkhemahan..

Pemenang..

Cabutan Bertuah

1.Puan Hadzimin ; 2.Puan Hafidzin ; 3.Nur Fitrah Anis

Explorace

1. Najwa ; Wanie
2. Amirah ; Syazwan ; Hanani
3. Nadia ; Zakwan
4. Bazli ; Amir

Sukaneka

Makan Buah Pear
1. Zakwan ;
2. Amir ;
3. Syazwan

Cari Gula-Gula Dalam Tepung
1. Amir ; Bazli ; Fifi

Belon Beracun
1. Nadia ; Zakwan ; Achik

Masukkan Air Dalam Botol
1. Amir ; Bazli ; Fifi
2. Wanie ; Najwa ; Anis

Bola Ping-Pong Dalam Sudu
1. Afiqah ;
2. Balqis ;
3. Awatif ;

Cari Selipar
1. Muqarrabin
2. Aisy
3. Danish Muqri - Hebat Anak Abah.He hE..Hebat Nangis..

Kita Semua Pemenang,tiada yang Pengalah..

Penghargaan..

Sekalung Penghargaan yang tidak terhingga kepada mereka yang banyak membantu menjayakan perkhemahan kelab Bidadarindu.

Sumbangan Wang Ringgit

1.Haji Hamzah Haji Ahmad
2.Hajah Rosnah Md Zain
3.Puan Ramlah Md Zain
4.Puan Hadzimin Abd Hamid
5.Puan Hafidzin Abd Hamid
6.En Azery Abbas
7.En Suhaimi

Sumbangan Tenaga

1.En Irwan Idris
2.Cik Aqilah Hamzah
3.Cik Afidah
4.Cik Fatin Bazilah Zulkifli
4.En Syazwan Izhar

Sumbangan Idea

1.Puan Hairunisha Hamzah
2.Puan Atiqah Hamzah

Terima Kasih Sekali Lagi..

Success..

Syukur ke Hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya,majlis yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa masalah besar.Cuaca yang begitu baik pada hari tu banyak membantu menjayakan semua aktiviti.Alhamdullillah.Secara kesimpulannya Aktiviti tahun nie boleh dianggap lebih baik jika dibandingkan dengan tahun lepas.Dan dari survey yang telah dibuat,rata-rata semua mengatakan best dan seronok.So insyaallah itu akan menjadikan kita akan buat yang lebih baik lagi untuk tahun2 yang akan datang.
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menberikan sokongan baik dari segi wang ringgit mahupun tenaga dan buah fikiran.Jasa kalian semua hanya Allah sahaja yang boleh membalasnya.Kita hanya mahukan semua orang gembira pada hari tu.

Tuesday, December 4, 2007

Jemputan Ke Majlis Makan Malam BBQ

Kelab Bidadarindu
Dengan segala hormatnya mempersilakan

Hajah Saodah & Puan Roseni Md Zain
Tuan Haji Hamzah Bin Haji Ahmad & Hajah Rosnah Md Zain
En Abbas & Puan Rosmah Md Zain
En Zulkifli Bahaudin & Puan Ramlah Md Zain
En Halim & Puan Rosita Md Zain
En Shahrudin Tila
En Yusof Hassan & Puan Anita Md Zain
En Rosli Md Saad & Puan Hadzimin Abd Hamid
En Azlan & Puan Hafidzin Abd Hamid
En Khairul & Puan Arnie Abbas
En Arzeky Abbas & Puan Lin
En Arzery Abbas & Tunang

ke Majlis Makan Malam BBQ pada

Tarikh : 08 Disember 2007 ( Sabtu )
Masa : 9.00 malam
Tempat : Tapak Perkhemahan Teratak Abah Resort.
Sungai Merab, Kajang, Selangor

Cherating Ari Tu..

Bertolak dari umah kul 7.30 gak.singgah sana,singgah sini kul 9.00 baru masuk tol gombak.sampai area cherating dalam kul 12.00 gak.carik cherating bay resort.x jumpe pun.so amik keputusan terus umah kak sayang je la dulu.cantik umah dia.sedap mata memandang.konsep dia campur-campur.Ruang tamu konsep "Rustic with Mediterranean" Ruang rehat keluarga konsep "Elegant English".Bilik Aish konsep ala-ala "comic" gitu n bilik awatif konsep "pinky girl".itu apa yang aku tafsirkan sendiri la...

Family day?
bilik kira ok la..cantik sangat tu tak la..tapi boleh la duduk.apartment 1 bilik.ada ruang tamu.comel je.tapi sume style lama.lama tak ganti.kusyen,katil,tv,karpet dll.but boleh tido.danish patutnya masuk acara kanak2 bawah 5 tahun.selipar/kasut disepah2kan.pas tu lari dia kena amik kasut memasing.senang kan.tapi masalahnye dia tak nak masuk..dia boleh buat selambe je tengok.geram betul kat dia..he he..masa aku nak main games pulak dia marah tak bagi main.lari dalam guni ngan bola tampar pantai.lari dlm guni.no corot.bola tampar pantai no 1.dapat la hadiah cadar.ok la tu..boleh guna utk kat umah baru nnt.masa games tu dia boleh jerit kuat-kuat."tak yah la"tak ya la".dia kate tak yah main pa per...duduk ngan dia jer..anakku.anakku.sayang danish..

Penyu?
Tak Pergi tengok pun.Danish dah penat.Nak tido.Lagipun diorang yang pergi kate tak pergi pun rantau abang mcm plan sblm nie.just dekat2 situ je..itu pun lepaskan anak penyu ke laut.Penyu tak bertelur pun malam tu..










Satar?
Tak dapat makan jugak sampai ke sudah.Masa kitaorang pegi tu lepas asar.dalam kul 5.00 ptg.kat kedai tu dah abis katanya.apa la diorang nie.dah tahu laku buat la banyak.amik pekerja lebih.baru la boleh besar perniagaan tu..mungkin sebab-sebab cam tu la jugak org cina boleh lebih drpd org melayu.

Balik.
Keluar dari umah kak sayang kul 10.00 la jugak.Lari dari masa sebenar.7.30.Plan kalau balik awal boleh la petang gi amik cendawan kat upm ker.pas tu nak rehat.dah keluar kul 10.00 sampai nyer kul 2.00.nak amik cendawan aper.singgah kat hutan lipur lentang kejap.saje bawak danish relax.penat tu travel.dia pun ngamuk je.letih.










Rumah MakSu
MakSu dah pindah ke Shah Alam.Lepas hantar keropok lekor kat umah mak dan makan masak lemak cendawan,pergi la kejap umah baru MakSu kat Subang Bestari.Taman baru..tak ramai sangat lagi yang pindah.mak,ibu,abah ada kat situ.zakwan tolong kemas bilik amir..kembar tiga suke la jumpe kembar dorang sorang lagi..sampai tak nak ikut balik.dapat gak lelap kat kerusi sekejap.

Friday, November 30, 2007

Moh Ke Cherating..


Minggu nie ada Family Day Office kat Cherating.Balik nak singgah umah baru Kak Sayang kat Kemaman.Nak gi makan Sata la..Sedapnye...Kak Sayang Blanje ye..

Wednesday, November 28, 2007

Perginya Gigi Susu...

Friday, November 23, 2007

Perkhemahan..

Satu Mesyuarat yang akan membincangkan projek perkhemahan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 November 2007 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Teratak Abah Resort
Kg Sungai Merab,Kajang

Sehubungan dengan itu semua ahli kelab dijemput menghadiri mesyuarat ini bagi sama-sama menjayakan projek tersebut.
Terima Kasih.

06 06 08


Ya Allah,
Tuhan Kami,
Berilah Kami Kegembiraan Hati Dari Isteri Kami Dan Anak Cucu Kami,
Dan Jadikanlah Kami Beserta Anak Cucu Kami Pemuka Bagi Orang-Orang Yang Bertaqwa.
Amin..

Thursday, November 22, 2007

Putih @ Hitam


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa
soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap
hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap
hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap
tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg
hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....

Monday, November 19, 2007

Khas Untuk Ashraf Zakwan Bin Shahrudin - Al Fatihah


Aku Yang Kau Panggil Sayang

Aku yang kau panggil sayang
Ingin menghampiri masa - masa silam
Engkau yang ku panggil sayang
Pernah meneroka hati ini
Detik kemanisan pun berlalu
Ke manakah janji mu yang suci

Aku yang kau panggil sayang
Ingin ku mengutip sisa - sisa cinta
Engkau yang ku panggil sayang
Menampakkan hala persimpangan
Tanpa meninggalkan kata-kata
Bila kau kan kembali...lagi

Seraut wajah sering ku usap
Dalam mimpi kita pun bersenda
Siang ku menyebut mu
Di malam sunyi ku di goda rindu..huwoo..

Aku yang kau panggil sayang
Dalam kegelapan ku mencari kasih
Engkau yang ku panggil sayang
Mungkin kali ini kehilangan
Berikan daku saat terakhir..
Mengusap muka mu oh sayang...

Saturday, November 17, 2007

First Day Cuti Sekolah..

Hari nie pepagi gi bayar duit Air ngan Elektrik kat Wisma Percon.Gi ngan Danish je dua beranak.Mulanya ibu nak ikut skali gi umah mak teh nak jumpe mak yang baru datang semalam.Telefon Wanie,katenye nak gi umah kak sayang pagi nie.2 keta.Keta kak min ngan keta mak teh.Pak teh ngan Fatin je tak gi.Fatin ada driving class.Petang telefon wanie katenya kak sayang masak nasi daging.entah dia pun tak tahu nasi daging ke nasi dagang.Suka la tu kak sayang orang datang umah dia.

Kekah..
Hari nie ada katering.Kawan abah.Tumbang sekor lembu.Syazwan datang pagi tadi.petang dia balik umah dia.tanya mak dia boleh tak tido sini.mak dia bagi plak.lepas isyak dia ikut abah dayang umah.Zakwan suka sangat Syazwan tido sini.ada member.Sepupu iwan pun ada gak kat sini.Min ngan Fiq.Sume tengah sembang kat pondok.Emir,Fifi,Anis pun ada.Nak Ambik gambar bateri lak abis.

Mushroom Soup..
Petang tadi ingat nak goreng mushroom.Tapi ibu kate dia teringin nak makan Mushroom Soup.So gi kedai cari tepung jagung.Lepas Maghrib tadi masak la buat pertama kalinya Mushroom Soup.Hentam je..Dorang kate sedap.Tapi bila rase sendiri memang sedap pun....he he..

Resepi dia..
1.Mushroom Segar terus dari "ladang" yang baru dipetik..Ladang..?InsyaAllah suatu hari nanti.
2.Udang yang disalut tepung jagung
3.Carrot.
4.Sos Tiram.
5.Garam.
6.Putih Telur

Cara Masak.
1.Didihkan air
2.Masukkan udang yang disalut tepung tadi.
3.Masukkan Sos Tiram 3 Sudu.
4.Masukkan Carrot yang dah dipotong.
5.Masukkan Mushroom Segar.
6.Masukkan putih telur dan garam secukup rasa.
7.Makan.

Gambar memang tak boleh amik sbb bateri tak dek...

Esok Birthday Party Anis.Pukul 5.

Thursday, November 15, 2007

Upah Danish

Thanx U Sayang sbb "tolong" Abah kemas umah Mushroom Semalam...(Tolong Ker ? He he)So Abah bagi nie kat sayang...Enjoy ya..

Satu A - RM10


Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Good Luck untuk Ain dan Debab(Cucu Angkat Mak) untuk SPM yang akan dioarang ambik bulan nie..So macam tajuk kat atas itu la ganjaran yang mampu dioffer untuk korang berdua.So do the best ya..Jangan lupa berdoa padaNya selain berusaha..

Congratulations Cucu Tok Hassan...

2A 3B

Tahniah Amir..Good Job..PMR ngan SPM nanti buat yang lebih baik lagi..Tak semestinya apa yang kita tak dapat hari nie kita tak dapat jugak esok...iye kan...So Amir nak hadiah apa?Emm...OK lah...Ini je yang Abg Saiful dapat bagi kat Amir...Amir pilih je la nak yang maner...Tapi pilih satu je...satu lagi nak bagi kat Danish....ok...Life Must Go On....

Tahniah Arnie


Tahniah buat Arnie dan Khairul untuk baby girl korang.Moga hari yang mendatang akan lebih menceriakan kehidupan mendatang...

p/s: Daniel dah kena share kasih sayang ngan adik...jgn nangis tau...

Menghadap Penciptanya...

29 April 2004...
Al-Fatihah...
Untuk Anak Kesayangan Abah...Hurin Syauqina...Moga kita akan dipertemukan kelak disana suatu masa nanti...