Saturday, November 27, 2010

Nora Danish Disaman, Polis Gembira Dapat Autograf


Senyum lebar abang polis trafik kita dapat menyaman atau sekadar bergambar dengan selebriti popular Nora Danish. Atau, memang Nora Danish disaman?

Kalau betul disaman, kami tabik spring dengan abang polis trafik yang bersikap tidak pilih bulu, walaupun Nora Danish merupakan seorang selebriti terkenal, saman tetap saman!

Tiada salahnya sekali sekala kenangan manis ini dirakam, boleh dikongsi bersama anak cucu nanti

Thursday, November 25, 2010

MAHA '10

Jom jalan 2 pegi MAHA minggu nie..bawak anak2 n family...



maklumat lanjut di http://www.mahaexpo2010.com/

Monday, November 22, 2010

Doa-doa Menghadapi Peperiksaan



Khas untuk Kak Ani, Amirah dan Efi untuk peperiksaan SPM yang akan start esok..Moga buat dengan penuh ketenangan dan baik sekali...

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”


Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”


Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Saturday, November 20, 2010

Birthday Yong dan Cucu2..

Nie koleksi gambar masa sambutan birthday yong,robin n aish kat umah lang raya hari tu...tema pakaian hari tu ala2 haji2 n hajah2...maklum la raya haji...


birthday girl..


Friday, November 19, 2010

Terlambat...Selamat Hari Raya AidilAdha..

Hi...Mungkin belum lewat utk aku ucap selamat hari raya aidiladha lagi kat sini...Raya kali nie biasa je...cuti pun tambah sehari jek...lepas solat sunat aidiladha,terus siap2 nak gi umah mak...tahun pertama raya aidiladha tanpa abah disisi...alfatihah utk arwah abah...


beraya kejap di hospital..sedih nak makan nugget mcdonalds...

Tapi sebelum gi umah mak,singgah bagi duit raya kat "cik annur" dulu...danish masih lagi x sihat...walaupun antibiotik yang doctor bagi dah 5 hari makan tapi x nampak kesannya...kali nie bila doc check,kuman dah masuk kat peparu dia...punya la kecut perut aku dengar...doc kata,dia bagi antibiotik lagi kuat..the tgk lagi 2 hari...kalau x jalan gak,masuk ward...aduhh...risau betul aku dengar...


cinta ngan ummi kat hospital pakar annur..cinta sedih jek tgk abg dia kena gas

Wednesday, November 10, 2010

Mak, Ibu, Mama, Bonda

Story nie ditujukan khas untuk

1.Anak2 ku, Muhammad Danish Muqri n Cinta Humaira Syauqina,
2.Adik beradik aku,
3.Adik beradik wife aku,
4.Cousin2 belah wife aku,esp anak2 makteh,anak2 uda,anak2 lang,anak2 maksu
5.Follower2 blog nie


Masa kita kecik dulu, kita tak kan terfikir benda ni... benda yg aku nak ceritakan ni la. Masa remaja aku kengkadang aku ada jugak meninggi suara dan ada perasaan marah pada mak aku... bila dia marah aku dan aku rasa tak fair. Abg dgn adik aku tak kena marah pun... Tapi yg buat salah nya memang aku pun.

Kengkadang masa kat sekolah asrama, ada jugak sengaja lambat balik kampung... nak melepak dgn kengkawan dulu. Enjoy-enjoy, lepak-lepak... sedangkan orang tua tu dah menunggu, masak macam-macam untuk anaknya yang balik rumah 2-3 bulan sekali.

Bila aku masuk universiti, diri tu masih tak sedar jugak, yang mak aku tu sentiasa rindukan anaknya, tapi aku sendiri tak ingat dan tak nak memikirkannya sangat... maklumlah dah besar, dan tak suka dipanggil anak mak. Biarlah adik aku yang selalu cium dia, aku nak cium dia... jauh sekali. Dah besar panjang la katakan.

Kemudian, entah macam mana aku boleh lepas semua exam kat U, dengan cubaan beberapa kali pulak tu... wujudlah seorang orang dewasa yang ada ijazah, dan aku ingat lagi masa pesta konvo, punyalah proud nya dua-dua orang tua aku tu. Mengenang air matanya. Lepas tu aku merantau ke Sarawak (walaupun aku tahu, emak aku lagi sedih sebab udahlah belajar bertahun-tahun, dah abis belajar, terus berjauhan lagi.... tapi aku cakap kat dia, lebih baik pegi dulu, drpd dihantar kemudian di tahun-tahun yang akan datang). Semasa di Sarawak, jadilah aku seorang yang bekerja, bergaji dan boleh jugak bagi mak aku tu duit setiap bulan selepas tu.

Maka, di sinilah cerita sebenar yg aku nak ceritakan ini bermula.

Satu malam lepas midnight, seorang ibu ni yg telah berjam-jam menanggung kesakitan... mengerang-ngerang, akhirnya dah dilate 10cm dan sudah sampailah masa utk bersalin... jadi nurse pun panggil aku utk conduct delivery utk ibu "primi" ni... anak pertama dia. Dia takde experience, aku pun takde experience. Aku pakai gown tu, dan bersiap-sedia dgn bantuan seorang nurse... nasib baik nurse veteran. Aku suka kakak-kakak bidan yg dah 40-an, dia org lagi cekap drpd kami yg baru masuk service ni.

Jadi... pompuan tu pun dipersediakanlah utk "labour" - baring menelentang, aku kangkangkan kakinya, suruh dia pegang kedua tangannya kebawah peha (tempat lain tak boleh)... korang ingat ada perasan malu ke waktu ni? Aku rasa aku yang lebih malu menghadap kangkang dia drpd dia mengangkang depan aku. Seluk tangan dalam vagina, kepala baby dah terasa betul-betul kat cervix, dah ready nak tersembul.


Maka bermulalah proses mengeluarkan baby tu... dgn jerit ibu tu, dengan suara kakak nurse (kak Mariah rasa aku rasa nama dia) yg nyaring tu... suara aku pun keluar gak, no choice... kalau nak buat keje ni, mesti boleh bersuara dan "coach" ibu tu buat benda yg sepatutnya. Kalau tak nahas, lemas anaknya nanti.

Ditakdirkan, anaknya agak besar, dan dah tu lagi anak pertama pulak... memang seksa nak keluar. Push punya push, "crowning" (rambut baby dah nampak kat muka pintu) pun berlaku dan aku pun ready nak "episiotomy"... iaitu kena potong daging dinding vagina yg dibawah sekali bila ianya menipis ditolak oleh kepala baby yg nak keluar (potong kena menyerong ke kanan, kalau salah ke bawah... abis nanti koyak ke anus... dah satu hal pulak pompuan tu nanti ada problem berak, kemudian hari). Aku kasi sikit bius, tapi belum sempat kasi habis, kepala baby macam dah nak tersembol... terus ambik gunting epi, apa lagi potong aje terus. Bayangkan ibu yg tengah kesakitan dengan kepala baby yg terpelohong kat tengah-tengah vagina tu... tiba-tiba ada mamat potong dekat 2 inci daging kat punggung dia... jeritnya....



Poop! muncul kepala baby... aku suruh ibu tu push push push... aku letak tangan kat kedua-dua belah kepala anak, dan tarik keluar dan ke atas... tergantung sekejap baby nya tergaing-gaing macam buaian, dan terus aku baringkan, dan terus potong tali pusat. Air ketuban merata-rata, dengan taik ibu tu ada kena sikit... korang ingat korang tak kena main taik mak korang ke masa lahir dulu? Ada terfikir tak? Tali pusat dah potong, aku serahkan baby pada nurse, anaknya nampak ok... menangis kuat... so settle satu perkara. Sekarang kena tarik keluar uri pulak. Jadi... tarik-tarik keluar, terselepuk seketul daging yg memang nampak "weird" dan memang berbau hanyir... itulah bau daging manusia... segar dari ladang!

Bila uri dah keluar, suntikan "synto" diberi (utk mengecutkan rahim supaya perdarahan dapat dihentikan), aku pun urut-urut perut ibu yg keletihan tadi... tapi aku perasan byk nya darah yg mengalir keluar. Aku ambik stool, duduk celah kangkang ibu tu, pasang lampu direct menyuluh vagina... aku tengok luka episiotomi tu taklah banyak sangat berdarah, tapi darah datang sebenarnya keluar drpd dalam vagina. Seluk punya seluk, tengok punya tengok... tu dia, dinding vaginanya koyak 2-3 tempat... 1-2 inci punya luka... darah mengalir macam pili air. Kena jahit semua tu, clamp dulu dgn 4-5 artery forcep... baru darah stop.... ok, break sekejap.

Semua org boleh bayangkan kesakitan ibu yg bersalin bila kita bayangkan baby tgh keluar... tapi korang ada terfikir apa yg berlaku selepas tu pulak... luka tu semua kena jahit. Dan jahit bukan sikit-sikit... mau berpuluh kali jahitan... dan bayangkan kesakitan ibu tu kena dgn jarum tu. Bagi bius pun macam tak jalan aje... tapi jahitkan jugak. Jadi menjahitlah aku agaknya lebih drpd setengah jam... baby nak keluar tadi ambik masa 5-10 minit aje. Ibunya hanya pasrah, berserah diri pada ku... buatlah apa ko nak buat... aku dah tak kose - janji baby selamat.


Lepas abis jahit luka kat dalam, kena jahit luka episiotomi pulak... luka yang aku potong tadi tu. Ingat... aku ni belum byk pengalaman... tapi kena harung jugak. Jahitannya aku rasa boleh pakai aje... tapi takde specialist nak check, kira selamatlah tak kena marah. Dan bila abis, aku sempat cakap kat ibu tu... "saya dah jahit rapat-rapat kak, dan darah dah stop... dan kalau nanti bila dah abis pantang, dan suami kata nape rasa macam kita baru kahwin dan macam masih takde anak lagi... jgn lupa hantar poskad terima kasih"... kakak keletihan tu tak terkincit pun dgn joke aku... ada nampak sengih sikit aje. And I hope you all get the joke!

Ok... settle la satu perkara... dan malam tu aku deliver 3 ke 4 lagi ibu kat labour ward. Dan aku mungkin buat keje macam ni beberapa ratus kali selama 4 bulan posting kat labour ward.

Dan setakat ni... benda yg aku cerita ni adalah benda biasa yg diharungi oleh setiap ibu yg bersalin.... nothing special.

Eh... betul ke nothing? Sekarang bayangkanlah setiap anak yg membaca nota aku ni apa yg emak korang lalui utk memberanakkan setiap drpd korang. Bayangkan muka emak kau tu semasa kepala kau tersembul keluar kat pintu vagina tu... cuba dengarkan jerit-tangis ibu kau semasa kau keluar ke dunia ni. Bayangkan tahi emak kau yg kena kat rambut ikal kau tu. Bayangkan kesakitan yg dia alami bila dijahit kat tempat paling sensitif utk orang perempuan.


Bayangkan ibu kau yg tercungap-cungap semasa kau nak keluar, bila mana kau pertama kali merasa bernafaskan oksigen atmosfera. Bayangkan tangisan gembiranya ibu kau bila pertama kali dia memangku kau ke pelukannya utk disusui. Bayangkan rasa syukurnya ibu kau pertama kali dia cium pipi kau yg berbau hanyir air ketuban... tapi ibu kau tu tak perasan pun bau tu kat diri anaknya. Yakinlah bahawa pada setiap ibu... anaknya itulah benda yg paling berharga lebih drpd emas lagi... percayalah.

Jadi... lepas ni, jangan sesekali kau derhaka pada mak kau tu... meninggi suara pun jangan. Dan kalau dia nak sesuatu... cepat-cepat carikan. Dan kalau dia nak sesuatu, cepat-cepatlah anak... kotakan.

(*) sumber artikel dipetik dari blog Aidid Mu'addib

Tuesday, November 9, 2010

Handphone..


Handphone atau bila translate dalam bahasa malaysianya telefon bimbit or telefon tangan..betul x?

Maknanya telefon tu ada je la kat tangan, bukan "Handbag phone" ker, "room phone"ker,"car phone ker" dsb...

Tapi ada setengah org,bila call, "ala henfon tinggal dlm henbeg la", "henfon tggl dlm keta la"..."henfon tnggl dlm bilik la"...dia x tahu ker betapa penting nyer panggilan tu...kalau x penting mesti org x call...buat aper nak saje2 sedekah seposen kat celcom,kat maxis kat digi...saje2 nak kayekan dorang...kalau aku x call,x dek la org celcom nie dapat gaji....

Kalau x jawap call dgn alasan tgh ambik wuduk ker, tgh solat ker, tgh dlm masjid ker, or meeting ker, boleh gak terima akal...

tm ada buat iklan yg tampal kat masjid2...tiada panggilan sepenting ilahi...tu betul...

ok let say ada situation cam nie...

situation 1 - kerajaan malaysia nak hantar Strawberry Triffle & Blueberry Cheese Tart kat mangsa gempa bumi kat indonesia....so dorang nak tempah dlm bilangan yang banyak dan bayarannya mahal...so dorang ada terbaca kat satu blog tu...sayang-cintakasihsayangdalamhati (contoh je)...so dorang call la nak tanya...tup2 call2 x angkat2...sebab apa? sebab telefon termasuk dlm oven...dah terbakar...dorang fed up call org lain...kan dah melepas nak dapat projek...

situation 2 - anak kat skolah jatuh tangga, kaki patah...cikgu call2 x berjawab...rupanya henphone tertinggal dlm keta...nun parking kat basement tu...cam mana anak masa tu...

situation 3 - laki pegi keja naik motor,bini naik keta...laki eksiden kat jalan...licin...hujan pagi tu...cedera parah...macam cerita -->pahala terakhir seorang isteri nie..call bini, henfon letak dlm henbag..tengah dengar hotfm...x dengar...cam mana?

masa tu menangis keluar air mata darah sekalipun seumur hidup pasti akan menyesal....banyak lagi situasi yang kita x boleh jangka, mak or ayah meninggal kat kg....sedara mara dok sibuk nak cari tempat berlindung sbb kat utara tgh banjir teruk....

saje nak bagi nampak betapa PENTING nyer untk jawab call...jangan main endah x endah je...kita tak tahu, mana tahu masa tu kita sangat2 diperlukan....

p/s : ejaan perkataan x berapa nak betul..nak cepat...nak balik umah...nak main ngan danish n cinta....rindu sangat2 ngan dorang.....saper2 ada pengalaman dgn panggilan2 cam nie,boleh la syer...

Saturday, November 6, 2010

Teka-Teki Imam Al-Ghazali



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri


p/s: Ya Allah, Ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah...

Friday, November 5, 2010

Thursday, November 4, 2010

Tokek..

Baca tajuk je dah macam nak gelak..bunyi macam kelakar...Apa menda Tokek nie??

Semalam, dok sembang2 ngan din, pasal tanam pisang la, bela udang galah la, sbb din nie ada experience dlm bab2 tu...dia pernah kerja kat kampung dulu...pas tu cam mana tah tetiba terbukak la pasal si Tokek nie (bukan si Capik ye..he he)..rupanya tokek nie ialah sejenis cicak rupanya...Cicak Tokek...



Apa yang bestnya pasal si Tokek nie..??Haa nie yang best nak bagitahu nie, Din kata si Tokek nie mahal harganya, ada abg kawan dia jual si Tokek nie RM80K dengan berat hanya 300gm sahaja..

Memula tu dalam hati aku, betul ker ? Pas tu aku mintak tolong pakcik google carikan pasal si Tokek nie, alangkah terkejutnya aku (alangkah?? skemanya bunyi..nie macam ayat kaz je nie..he he he) yang memang si Tokek nie salah satu binatang paling mahal dan berharga mengalahkan gading gajah, kulit harimau Bengal dan sebagainya..nie list harga si Tokek nie mengikut berat..

1) 400 gram = RM500K
2) 500 gram = RM1juta
3) 600 gram = RM2juta
4) 700 gram = RM3juta
5) 800 gram = RM4juta
6) 900 gram = RM5juta
7) 1000 gram = You Offer (6 juta dan ke atas)

Macam x percaya kan? tapi tu la kenyataannya..boleh search sendiri kat google pasal siTokek nie..salah satu sumber yang aku ambik kat sini --> http://www.jutawantokek.com/
Banyak lagi sumber lain...buat research sendiri...

Difahamkan siTokek nie digunakan dalam dunia perubatan dan dipercayai boleh mengubati penyakit HIV...Tu sebab harga dia melonjak mahal..dan yang paling best, spesis nie hanya ada di Asia Tenggara saje...

kat mana nak cari si Tokek nie? "Tokek boleh di temui di hutan-hutan di Asia Tenggara,Rumah Lama,Tangki Air Lama,Pokok Buluh,Celah Pokok Besar dan kadangkala menjadikan rumah manusia sebagai habitat."

Aku saje nak share, mana la tahu, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu...

Mana tahu rezeki kita kat si Tokek nie, mana tahu tetiba org tanya,

"huiiiii, rumah jutawan mana yang besar n cantik tu??

"ala, tu kan umah telah tokek " @ "ala,tu kan umah citak tokek" @ gantikan jek nama2 dlm ayat tu jadik nama sendiri....,sayang tokek ke, mirah tokek ke or wanie tokek...he he he..."

nama tak penting janji poket penuh...tapi yang penting bila dah dapat duit jual si tokek tu, jangan lupa datang jumpa bidadarindu,bukan nak mintak pun duit tu, just ucap terima kasih sebab share info ni...pas tu jangan lupa beli emas...he he he...dah kaya boleh jadi makin kaya...bila umat islam dah kaya boleh bantu org susah,tolong anak2 yatim,bersedekah,pegi haji,bina masjid dan lain2..

cuba bayangkan 1KG = RM6 Juta, tokek kat atas 64KG....he he..

Wednesday, November 3, 2010

USDolar Seperti Tisu Tandas - Tun M

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Sumber : www.utusan.com.my

p/s : lama x dengar khabar mas....cikgu saidatul mastura..

Pencil n Eraser



Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

p/s : danish n cinta,jangan lupakan abah n ummi bila besar nnt yer...