Wednesday, June 29, 2011

Puisi Dr MAZA - July 2010

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
sumber :
http://drmaza.com/puisi/?p=21



kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Friday, June 24, 2011

Mohon Bantuan Idea..

Bidadarindu nak mintak pembaca blog nie sumbangkan idea pada satu masalah nie...

Ok, Masalah dia cam nie...

Bidadarindu ada sorang kawan nie...Selama hari nie, dia dok umah kuarters kerajaan...Tahun depan Pencen...So bila dah pencen kena la keluar dari rumah kerajaan tu...betul kan...Masa keja dulu dia ada la dapat tanah kurnia dari kerajaan...So sekarang nie dengan duit simpanan sikit2 yang dia ada, dia pun buat la rumah...maklum la tahun depan kena dok umah sendiri...

Masalahnya sekarang...modal untuk dia siapkan rumah tu dah tinggal sikit...umah x siap lagi...nak buat loan,susah sikit sebab nak potong gaji pun,tahun depan dah pencen...yang bestnya,bila dia pencen tahun depan, dia akan dapat duit graduiti (duit ganjaran) dari kerajaan...banyak tu...

tapi masalahnya duit tu x boleh keluar lagi...kontraktor dah nak stopkan projek sbb x boleh nak beli barang....

so kat sini boleh x saper2 kasi idea cam mana nak dapatkan modal / pinjaman bank atau apa saja cara mengikut landasan yang betul??...next year dapat je duit graduiti tu terus langsaikan hutang......

Tolong la kawan bidadarindu nie yer....

p/s : jangan pinjam kat abang long dah la...

Wednesday, June 22, 2011

Cinta dan Kakak Balqis Dia...

"Gambar masa cuti skolah ari tu..."

Pantang cakap "Jom kita pegi umah kakak Balqis" "Jom" cepat je dia jawap..


Tah bile masa dorang amik gambar ber2 pun x tahu..tahu2 ade je dlm camera nie..


Sayang betul dia kat kakak balqis dia...yang si Balqis pun rajin melayan dia...Adakah itu tanda2nya yang Balqis nakkan adik pompuan sorang lagi??he he he...

Friday, June 17, 2011

Korea's Got Talent..

p/s : Kesian + Sedih..Wajib tonton sampai abis...

Khas untuk Kak Sayang ngan anak dia, Awatif yang gilakan penyanyi Korea...
Sung-Bong Choi

Wednesday, June 15, 2011

Artikel yang baik untuk kita berFikir...



Wira Arjuna
Jun 15, 11
1:23pm

"Rakyat dicandui mimpi muluk Umno-BN lagi "

D
alam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.

Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.

Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat “yang bakal” dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.

Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.

Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak.

Menyayat hati

Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah.

Saya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Utusan Malaysia melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan.

Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?

Kita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini.

Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.

Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.

Bajet tambahan

Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).

Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.

Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!

Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.

Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan?

Kenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?

Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?

Keperitan hidup

Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?

Jawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.

Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.

Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?

Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.

Segelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.

Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini.

Ungkapan kroni, kronisme

Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.

Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.

Hasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.

Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.

Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.

Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca “kebesaran ETP dan NKRA” di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.

"Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN."

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

sumber :http://www.malaysiakini.com/news/166982

Thursday, June 9, 2011

Pertandingan Blog Kreatif..

Untuk maklumat lanjut boleh layari :
http://selangoridamanku.com/

Wednesday, June 8, 2011

Teratak Kasih HaZuLah" 13

Progress paling Latest...untuk rekod gambar diambik petang semalam..7 jun 2011..

p/s : Cinta plak kena demam campak...malam tadi kami anak beranak tidur x nyenyak...Cinta meragam sikit...kami 4 beranak dok sembang2 pukul 3.30 am...pagi tadi luka2 badan n muka dia sebab kena garu...gatal....


kiri - bhg sisi dari depan ke belakang, kanan - hall depan


kiri - bingkai pintu bhg depan rumah, kanan - second hall dan tingkap sisi..


kiri dan kanan - bahagian dapur rumah..

kiri - bilik tidur tuan rumah, kanan - bilik air sebelah ruang tamu depan..

kiri - bilik mak, kanan - ruang tamu depan..tu pintu masuk...

kiri - tangga nak naik bilik fatin,bazli,kak ani n nani....suka la depa tu..- mencik..bilik kami x masuk senarai punn..,kanan - ruang tepi untuk tempat lepak2...

kiri - hall depan, kanan - pandangan dari depan rumah...

p/s : x dapat kesan dorang makan apa semalam..mungkin puasa rejab kot.....he he..

"Teratak Kasih HaZuLah" 12

sambung lagi...gambar2 yg baru transfer..tapi x sempat update...

p/s : kak ani ngan kak kaz punya blog x boleh di access sampai skrg...naper yek?


kiri - bilik tuan rumah, kanan - bilik mak..

kiri - bilik air bawah, kanan -x brapa sure...rasanya bilik air masterbedroom kot..

kiri - hall depan, kanan - keseluruhan dari hall depan..

mewah sikit,pekerja makan KFC plak masa nie...

"Teratak Kasih HaZuLah" 11

Dah brapa hari x update pasal Teratak HaZuLah Nie..first x sempat...second..camera x dek...pegi India...so guna camera Phone...malas nak transfer...


wah pekerja makan lauk petai ari nie...nie gambar depan rumah...


kiri-bhg dapur rumah...kanan-gambar masterbedroom tuan rumah la...

kiri - bilik air masterbedroom ngan bilikair bawah..kanan- ruang dapur...

kiri - bingkai pintu bilik mak..kanan-ruang tamu..


ruang tepi bahagian depan dan tepi masterbedroom...

Wednesday, June 1, 2011

Desa WaterPark

Family Day kat Desa Water Park hari tu...Danish terbakar macam udang bakar...he he...


Cinta yang keriangan..x nak keluar dari air.....bestnyer...


Matahari tepat atas kepala, mana x terbakar...


Danish yang berani...tah brapa kali telan air pun x tahu la..


Dia x pedulik, main sengsorang pun jadi...tengah buang air ke tu danish??


Abah dan ummi suka kalau korang berdua gembira..