Sunday, February 17, 2013

Majlis Maulidur Rasul Al Kubro Al Jenderami Ke 13

Tarikh Majlis - 16 Februari 2013
Lokasi Majlis - Yayasan Al Jenderami,Sepang

Biar gambar yang menceritakan segala galanya..Nie baru betul Maulidur Rasul..Tahun ni MakTeh,Abg Li,Kak Min,Najwa,Wani,Mustaqim dan Robin ikut sekali...Pengalaman pertama dorang...Dari riak muka  dorang memang seronok...memang puas...x tergambar dengan kata - kata..Mustaqim paling puas rasanya sebab penantian selama beberapa jam dibalas dengan nasi beriani dengan kepala kambing.. he he..next year jom ikut bidadarindu lagi ramai-ramai ya...


Sini la tempatnya..Syahdu kan..Macam kat Masjid Nabawi

Nie baru barisan bas,barisan kereta lagi x terkira...entah dari mana datangnya semua manusia nie pun x tahu la,semua ni bukan kena bayar pun,datang dengan rela hati...demi kecintaan terhadap Rasullullah s.a.w

Sebelum Maghrib, - sebahagian jemaah wanita..


Sebelum Maghrib - Sebahagian jemaah Lelaki

Kat dalam, Sheikh2 datang dari Hadralmaut,Singapura,Kanada,India,Indonesia,dan banyak lagi.. 


Jemaah Lelaki khusyuk dengar tausiah dari syeikh

Maulid..

Jemaah Wanita siap bawak anak kecik lagi

Semoga Allah memberkati Majlis yang telah berlangsung,Kita wajib mencintai Rasullullah lebih dari kita mencintai ibu,bapa,keluarga malah diri kita sendiri....Masa majlis nie juga rasa aku rasa banyak benda lagi yang perlu aku belajar lepas nie..terasa cetek sangat ilmu aku ni...banyak sangat yang aku x tahu....

"Terasa begitu kerdilnya diri ini di SisiNya...Ya Rasullullah,aku amat merinduimu Ya Rasullullah...Ya Allah,Pertemukanlah aku dengan kekasihmu di Syurga kelak Amin Ya Rabbal Alamin.." 

Thursday, February 14, 2013

GearBox Kambing..

Alhamdulillah..Malam nie selamat buat tahlil utk arwah abah dan arwah anak2 tercinta kat surau...syukur ramai jemaah malam nie..Terima Kasih pada Imam dan semua..

Menu malam ni simple tapi..uhhh sedap x terkata..gearbox kambing masak (x de nama lagi..boleh kasi je masak pa per pun), Ayam masak Kurma,Sayur kobis goreng,buah tembikai ngan oren dan air limau ais...rugi org semenyih x datang hari nie...Cinta punya la sedut gearbox tu..perrrggghh terbaik....sampai x sempat la nak ambik gambar....kalau ada rezeki bebila nanti  insyaAllah nak buat lagi GearBox Kambing...Semua orang surau balik sengih sampai ke telinga...he he he...



Wednesday, February 6, 2013

Dari Facebook Peminat Azhar Idrus..


Ada orang boleh hidup dengan gaji RM2000 sebulan.
Ada orang tak boleh hidup dengan gaji RM5000 sebulan.

Ada orang gaji RM2000, anak 5, tapi cukup.
Ada orang bujang, gaji RM5000, tak cukup-cukup.
******************************

Nilai cukup itu bukan terletak pada banyaknya yg kita dapat,
Nilai cukup itu adalah 'keberkatan' rezeki yang kita terima.

Ada orang gaji sikit, tapi anak-anak dengar kata, jarang jatuh sakit, tak ada apa-apa musibah,

Ada orang gaji banyak, tapi sibuk, anak sorang dua sahaja, kena bayar itu ini.

Kaya tak semestinya bahagia, miskin pun tak semestinya bahagia.
Cukup dengan sekadar apa yang ada,
Cakap senang, pelaksanaannya cukup payah.

*****************************
Masa aku bujang ni, nak pakai kereta smart-smart.
Kereta smart-smart = Mahal bayaran bulanan.
Akibatnya ? tangguh nak menikah..
Atau , buat kerja part time untuk menampung duit keluar.
Masa senggang kurang.

"Dunia ini cukup untuk keperluan seluruh manusia,
tetapi sikit untuk ketamakan seorang manusia."

Cakap senang, nak buat tu payah.

Guruh Petir.
*Nak jadi kaya tak salah, nak miskin pun tak salah. How you manage your wealth will be ask in Mahsyar Court.
Hidup ini pilihan.