Monday, August 30, 2010

SubhanaAllah



Dengan Izin Allah...

Saturday, August 28, 2010

Happy Birthday Cinta....


Genap Setahun dah anak dara abah sayang nie...gigi sebatang pun x keluar lagi...jalan-baru lesen L...belum dapat P pun lagi...x per cinta...pelan2....manja lebih anak abah nie....sayang cinta sangat-sangat...

Friday, August 27, 2010

Insha Allah

Hari nie cuti Nuzul Quran, pagi tadi gi Alamanda, singgah Speedy Video,beli CD Maher Zain...Best betul...

p/s: Semua follower wajib beli esp Kaz n Ain..layan lagu ni...naik bulu roma bersemangat n rasa kerdil sangat diri ni.....

Nuzul Quran 17 Ramadhan 1431H


- click kat gambar quran nie -

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Thursday, August 26, 2010

Kakitangan awam S'gor pula dapat RM500

Alhamdulillah....Syukor sangat2....Boleh buat downpayment beli rumah....he he he...-kak min jangan jealous-kak sayang jangan mintak2 ye...he he he-

Kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan depan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas itu akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas.

Sehubungan dengan pengumuman itu, 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Ia membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.

Selain itu, Khalid juga mengumumkan peruntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru kelas agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan dana RM1.3 juta.

“Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

“Menteri Besar juga menasihatkan kakitangan awam dan guru Kafa supaya bersederhana dalam segala hal dan berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan serta keperluan,” petik kenyataan itu.

Sebelum kerajaan Pakatan di Pulau Pinang mengumumkan pemberian wang raya sebanyak RM400 kepada kakitangan kerajaan negeri sempena Hari Raya Aidifitri.

Semalam, kerajaan pusat pula mengumumkan pemberian wang raya RM500 kepada kakitangan awam gred 1 hingga 54.

Ada Blog baru??

Macam dah tulis hari tu, cerita2 pasal emas takkan ada lagi di blog nie sbb kaz dah tegur, maka bidadarindu ambik inisiatif untuk wujudkan satu blog khas citer2 pasal emas saje...dulu ingat nak share ngan sedara2,follower2,kawan2 terdekat jek...tapi blog baru nie aku buka pada skop yang lebih besar...saper2 jek boleh share...

So untuk saper2 yang minat nak tahu pasal emas or saving dalam bentuk emas nie boleh la jengok2 blog nie..

http://khazanahemasku.blogspot.com/

banyak lagi yang nak kena adjust kat blog tu...buat dalam masa sehari...copy paste jek dari bidadarindu...kalau perasan post date dia sama je ....

ok...selamat berbuka puasa..

Saguhati...

Alhamdulillah...dapat gak RM500...Kak Min suka la tu...hari tu sibuk dok tanya ada bonus ke tak...macam la kita nie keja kat kementerian kewangan....he he...

Tapi uda,farah ngan kaz lagi senyum sampai telinga sbb dorang dapat RM900...tu la rezeki katakan...tiap2 orang tu Allah dah bagi rezeki masing2...Kita jangan ingat saguhati yang dapat tu kerajaan yang bagi...tapi Allah yang bagi semua tu...macam cerita kat sini....nasibaryaninona

p/s: Mana tahu jap2 lagi Selangor announce nak bagi saguhati RM1000 pulak...mana tahu...Allah yang nak bagi...he he he...

Wednesday, August 25, 2010

Kurma Kambing..

Tiba-tiba teringin nak makan kambing masak kurma. Mana nak carik ye bulan puasa nie...??

Friday, August 20, 2010

Sebarang jek...

1. 23 Ogos (Isnin nie) SIRIM nak datang...Audit ISO - Sibuk banyak..

2. Bendahari Kelab Bidadarindu - Please updatekan Monthly Payment...sape yang dah bayar dan yang belum bayar ye...

3. Kek Upin & Ipin Danish...Choclate Moist Nisha..beli kat sini --> http://intanshaharom.blogspot.com/



4. Uda ngan Farah best la ye...Dapat bonus Raya RM400...jgn lupa duit raya utk danish ngan cinta ye...special punya...berita selanjutnya di sini --> http://www.malaysiakini.com/news/140471

p/s :Pagi tadi dengar SINAR, Dato' Fadzilah Kamsah kata "Anak perempuan susah dijaga tapi senang dididik tetapi anak lelaki senang dijaga tapi susah dididik".."

Thursday, August 19, 2010

10 Dinar untuk tunai Haji pada 2015 ??

Nie mungkin artikel terakhir aku pasal Emas, Dinar dan Dirham...(setelah ditegur oleh kaz)

"Hmmmm...entry fasal emas lagi. Cubalah buat entry fasal isteri tersayang atau yan yg tercinta atau anak-anak abah tersayang, hehe, baru best nak baca."
("aya" pun x nak baca pasal emas nie, wan teh apatah lagi..uda ngan abg li je sudi nak baca..rasa malas dah nak share pas nie...)



Kos haji meningkat setiap tahun tu. Berdasarkan statistik 10 tahun terakhir, biaya haji menerusi Dinar terus menerus mengalami penurunan. Tahun 2000 biaya haji sekitar 70 Dinar tetapi tahun ini (2009) hanya sekitar 21 Dinar sahaja diperlukan dimana ia mengalami penurunan purata 12% setahun.

Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!

Uda n Abg Li, jom kita kira sama2 cam mana boleh dapat cam tu...(kita anggarkan kenaikan 1 dinar sebanyak 20% je setahun)


Pengiraan bagi 1 Dinar Kenaikan 20%
16 Ogos 2010 581.00 116.20
16 Ogos 2011 697.20 139.44
16 Ogos 2012 836.64 167.33
16 Ogos 2013 1003.97 200.79
16 Ogos 2014 1204.76 240.95
16 Ogos 2015 1445.71



10 Dinar = RM 14,457.14

simpan Dinar setahun 2 keping...5 Tahun dah 10 keping..kalau pergi ngan tabung haji 10 dinar tahun 2015 dah cukup...nak pakej lebih baik simpan la lagi banyak dinar sampai cukup..

jom daftar nama kat sini saper nak gi Haji 2015 sama2...
1.bidadarindu
2.tudungsyauqina
3.danish
4.cinta
5......
6.tulis jek...bukan kena bayar pun...
he he he...Kita merancang, Allah menentukannya...
"tiada suatu apa pun yang sepatutnya menghalang kita untuk berangan-angan mengapai sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini."

sumber + thank you : emaskini; eda-emas; bullion-and-dinar;

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KoshajitahuninikekalRM9_980/Article

Wednesday, August 18, 2010

Selamat Hari Lahir Mak..


Selamat hari jadi mak..
Ampunkan semua salah silap nyah...
Terima Kasih sebab jaga nyah dari kecil sampai besar ...

tanpa mak dan abah, aku pasti tak ada kat dunia nie..
aku jugak baru tahu macammana perasaan mak dan abah sayang kan aku.....sama macamana aku sayang dan kasihkan danish dan cinta....aku tahu,mak mesti kesunyian selepas abah pergi tinggalkan kami semua di dunia nie....aku bagi pihak mak aku, nak minta maaf pada semua orang, sekiranya ada perlakuan, tuturkata atau apa jua bentuk tindakannya yang menyebabkan mereka tersinggung atau rasa menyusahkan...sekali lagi ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki...

Sayang kat MAK sangat2...

Tuesday, August 17, 2010

Monday, August 16, 2010

100 Bilion dan 3 Biji Telor...


Inflasi - Kalau berlaku inflasi, nilai matawang akan jatuh..100 bilion masa tu hanya boleh beli 3 biji telor jek...Cuba bayangkan "KALAU" negara kita mengalami inflasi...Duit kat bank yang kita simpan skrg boleh beli apa yek?

Tapi kalau kita simpan dalam Emas, pegi mana2 pun ia tetap bernilai...Jom pakat2 simpan Emas


Happy Belated Birthday

Semalam birthday Balqis..tapi saje x nak post n3..sebab birthday awatif hari tu pun x sempat nak post..tapi tahu...cuma x sempat...So hari nie biar post Belated dorang sesama memandangkan kak "aya" kate dorang nak kawin sesama...n dok serumah sesama...he he he...betul ke balqis n awatif...gatai sungguh korang berdua nie ye...

Anyway papa ucapkan semoga korang berkawan baik sehingga ke akhir hayat...jangan gaduh rebut boyfriend satu hari nanti dah la...he he...


p/s : lepas kawin boleh dok serumah...balqis wife no 1, awatif wife muda...feeeewitttt....he he he...kak min ngan kak sayang = biras??abg li ngan abg lan?? mungkin uda boleh selesaikan masalah nie...he he he...

Friday, August 13, 2010

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham


Ogos 12, 10 5:53pm
Kelantan berhasrat menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.

"Kita bercadang mengamalkan semua urusniaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah, iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi," katanya pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di Kota Bharu, hari ini.

Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Simbolik kepada majlis pelancaran itu, Nik Abdul Aziz menyerahkan dinar emas kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Mustapha Salleh bagi pembayaran gaji kepada kakitangannya untuk bulan ini.

Nik Abdul Aziz, yang juga Pengerusi PMBK berkata, sehingga ini lebih 1,000 peniaga bersetuju menggunakan emas dinar dan dirham sebagai mata wang alternatif untuk berurusniaga di premis mereka.

Selain itu, Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bersetuju menjadi ejen dan menerima mata wang syariah itu untuk berurusniaga.

Beliau berkata, tidak ada sebab urusniaga mengunakan mata wang syariah ini tidak boleh diamalkan di negeri ini kerana penggunaannya telah diamalkan sebelum kejatuhan Kerajaan Othmani di Turki.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua pihak menggunakan mata wang syariah itu secara menyeluruh dan bukan untuk negeri ini sahaja.

- Bernama

Kenapa Aku x dek aKaun fAcebook 2 ??

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.


Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betulkan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian "dark side" yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah "lihat" dan "terus melihat". Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!"


Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita.

Cuba bayangkan!

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu "kalah" dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.

Tapi kita tidak sedar yang kita telah "berikan" semuanya di dalam Facebook kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.

Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.

Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham.

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

p/s : jawapan untuk kaz n k.sayang sbb kita kena sembunyikan identiti dan berhati2 dlm menceritakan sesuatu...

Thursday, August 12, 2010

KELANTAN LAUNCHES DINAR & DIRHAM ON 12TH AUGUST 2010



This is the first time in the last 100 years, since the fall of the Ottoman Caliphate, when a Muslim government introduces Shariah Currency. Indeed there has been four generations of Muslims who have not seen Gold Dinar and Silver Dirham; four generations of Muslims who have been divided into little national reservations and sentenced to permanent robbery first by local, then by international Masters of Riba; four generations of Muslims who haven’t known what is their Deen. The introduction of Gold Dinar and Silver Dirham in the state of Kelantan is not a new idea or experiment, it is the return to the medium of exchange that has been known for 1400 years throughout Dar al-Islam as Money of Shariah taking its legislation from Allah’s Revelation and Rasul’s Sunnah.



sumber : dinarkel.com

Kenapa Aku x dek aKaun fAcebook??

Artikel asal : jerungperkasa.com

p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook diambil bulat2 dari Sejarah2U so.. kepada saudara muslimin muslimat.. tolong war2kn perkara ini!!!!!!

Korang tau tak pasal benda nih?! Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi.

Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!!

Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!

Tahukah anda!!!Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda!!! bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda!!! bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?


Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti…
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B’inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .
Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan.

Wednesday, August 11, 2010

Danish dah Berbuka...

Ummi dia msg tadi, anak dah buka puasa...lebih kurang kul 11.41 pagi...nangis tak tahan lapar dah...cian...pepagi bangun sahur sesama...makan la 3 4 suap nasi ngan telur dadar..tapi x pe la..dapat separuh hari pun jadi la...baru first time sayang....abah sayang kat danish......muahhhhh..

Ramadhan



Semoga Ramadhan tahun ini menyuntik lebih banyak hidayah dan kita kekal mengamalkannya sesudah itu..amin

Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan. Maaf atas segala ketelanjuran..

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa...

Tuesday, August 10, 2010

Happy Birthday Uda...



Happy Birthday Uda...baru skrg free nak wish..pagi td gi shah alam...tapi dah wish ikut phone dah..Moga apa yang dihajati akan terlaksana jua hendaknya...

Friday, August 6, 2010

Ranking..

Nie List Top 25 orang yang wish Happy Birthday kat aku semalam...x kira by sms,email,call, face 2 face,or blog..mengikut masa bermula dari 12.00 tgh malam 5 Ogos hingga 12.00 tgh malam 6 Ogos...

1.Kakak Nadia Unisel
2.Cikgu Farah
3.Orang Kaya Mahabijaya Rositah Md Zain
4.Minah Jiwang,Owner Sayang-CintaKasihSayangDalamHati (Amboi Bidadarindu)-tolong taipkan dulu sebelum dia taip..he he..
5.Cikgu MAStura-Seremban
6.Wife Tersayang - Lambat wish tu...
7.Boy Melaka
8.Zuhaida
9.Fauzi
10.Cikgu Skema - Kaz..he he...
11.Rozie
12.Hasliza
13.Jeehan
14.Azima
15.CT Zuriena
16.Din
17.Kak Ina
18.Fina
19.Ahmad Rizal
20.Hidayah Huzaini
21.Najwa - Selalu dia yang Juara,Org Pertama wish tengah2 malam..Org dah ada BoyFriend Ramai...he he he...
22.Anak Abah Sayang Danish...
23.Tuan Haji Ishak KUIS merangkap Al-Fadhil Ustaz..
24.Cikgu Hadzimin WarDieBurn Kem..tq teacher...
25.Orang Kaya Mahabijaya Rositah Md Zain sekali lagi - last mlm tadi...

Ada sorang lagi...Dari Subang Bestari ...Kira dua org la...ngan adik dia..Amira n Amir, aku x masukkan dalam ranking sebab mmg dah pantau blog dia dari pagi sampai petang x dek wish pun...tetiba mlm tadi, tgk dia ada post...tapi post pada 4 Ogos...pelik jugak...siang tgk x dek...mlm baru ada...but anyway...tq sebab ingat gak...

Cuma Paling sedih ada sorang tu langsung x ingat ke aper ke tak tahu la...maybe x dek kredit kot...or x boleh online kot...or tgh sibuk study kot...iye la nak SPM...or dia saje buat2 lupa...saper org tu....dia tahu kot...

--> Update sikit...baru jap nie..10.56 Ain Cute UPM baru jek msg wish Belated Birthday...tq So Much....

Thursday, August 5, 2010

Doa Hari Lahir..


Ya Allah Ya Tuhanku..Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti sebegini...aku ingin sekali lagi menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia sebegini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim... Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

p/s : "Semakin Hari, Semakin Dekat Langkah Kita Menuju Ketetapan Itu"....Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah...

Wednesday, August 4, 2010

Hepi Birthday Nurin Amira Farhanie..



Hepi Birthday Amira...Belajar rajin2 tau...Besar nanti boleh jadi Cikgu...

Tuesday, August 3, 2010

Cucu Baru Tok Wak n Tok Nonah..



Hepi Birthday Cinta-KasihSayangDalamHati

Masa-masa yang berlalu tidak mungkin dapat diulang kembali...
Pandanglah ia sebagai pengajaran kenangan...
Bukan luput dari ingatan...
Bahkan sesuatu yang manis dalam kehidupan...
Moga masa sekarang sentiasa manis...
Dan masa akan datang sungguh indah bersama keluarga tersayang...



Selamat hari Lahir yang ke ....Tutttttttttttttttt...
Biarlah Rahsia...

Monday, August 2, 2010

Lebih mahal disimpan lama




Di sebalik bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.

Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.

Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.

Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.

"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.

"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.

Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.

Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.

Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.

Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.

"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.


KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.


Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.

Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).

"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.

"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.

Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.

Konsep kekayaan

Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.

"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.

"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.

Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.

Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.

"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.

"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.


EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit.


Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.

Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.

Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.

Mas kahwin

Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.

Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.

"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.

"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).


NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir.


Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.

Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.

"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.